Selasa, 29 September 2020

LE'PAK KITCHEN TAIPING

Oklah ...malam kedua aku di Taping  kak mia datang ..nak amik epsom salt sebab dia nakcuba buat liver detox dan biasalah nak jumpa adiknya ...lepas tu dia bawa kami makan kat Le'pak Kitchen...so masa ni aku tak teruja sangat nak amik gambar sebab seronok berborak dengan dia ..yelah lama tak jumpa..kalau korang nak dtg aku rasa jauh sikit dari pekan Taiping tapi kalau korang korang naka jalan jalan apa salahnya ...korang google je tempat ni mesti jumpa ..

dia dua tingkat kami makan tingkat atas..nak naik tangga tu hati hati sebab tangga dia curam sikit ..curam banyak kot ..oklah ..mmg agak hispter lah kedai ni ..banyak port amik gambar yang lawa lawa .tapi aku dh eksaited jumpa kakak sendiri so tak teruja nak amik gambar ..dua kali ulang hahah..!

ok ..kalau korang makan sini dia akan bagi qr code utk korang order secara online..kiranya menu dalam tu korang boleh tau berapa kos makanan yang korang order...
malam tu kami ramai jugak dalam 7 dewasa 3 kanak kanak..
abg ipar aku yang belanja ...total dalam RM115 utk makan dan minum ..

apa kitorag order yang sedap ..
nasi goreng thai amik pedas sedap !
aku makan nasi dengan ayam grill nasi dia pun sedap ...
muiz order yang ada cheese tu ..sedap gak ..
ihsan order chicken chop sedap dan murah .
kakak aku makan kuewtiaw goreng pun sedap ..nasi goreng cina aku tak rasa
air ..teh tarik dia sgt kurenggg pekat ngat ngat ...





hipster lah ..banyak lampu lampu


Orked dan Muiz

meja dia buat dengan berkakikan mesin jahit lama ..

milo jumbo taboqqq

chicken chop Ihsan


sangat tidak dicadangkan order..melainkan korang suka versi pekat ni


Menu muiz..nyummmy


Kak Mia ..kakak kesayangan aku ...

so lepas ni boleh pergi makan kat Le'pak Kitchen ..murah dan sedap ..serta banyak pilihan menu makanan ...

 

Isnin, 28 September 2020

Mi Udang Kuala Sepetang

oklah aku nak share dengan korang tips nak makan mi udang dekat PORT WELD aka Kuala Sepetang. Kuala Sepetang ni dekat dengan Taiping . Kalau korang nak keluar tol Changkat Jering just nice lah kiranya korang singgah Kuala Sepetang ..matlamat utama nak makan udang besar kat Kuala Sepetang. So! sekiranya korang alergic udang mohon jgn lah singgahn..mengabiskan boreh! sebab...mmg menu utamanya adalah udang ye kawan-kawan...

selalu orang akan pergi ke Mak Jah Mi udang ..sebab apa ..? itu yang paling femes dan paling org mudah jumpa. Hakikatnya menurut org Melayu yang tinggal di kuala sepetang ..diorg mencadangkan kitorg makan di Salleh Stall..oklah ..macam ni citernya ..Adik suami aku nama anwar. Anwar kawin dengan Ida. Adik ida duduk di sini sebab suaminya nelayan. Menurut suami nya, Restoran mi udang di sini ada yang mengguakan udang sabah ..yakni udang import bukan udang pure dtg dari Kuala Sepetang. Dan menurutnya lagi udang kuala sepetang lah yang paling sedap ..katanya ....

Korang kena jumpa sign board ni tau ..


Mi udang XL harga RM20 ..katanya org tempatan beli lagi murah 

Cucur udang ni mmg signature kedai Salleh nilah ...

Kuew tiaw dia mmg sedap ...udang saiz XL

Puas hati dowh! total makan 3 mi udang XL dengan dua Kuewtiaw udang XL masuk cucur dan air sekalian baru RM119..kalau aku tak silap na...



Kebetulan dah sampai kami singgah umah adik Ida yang suaminya tu nelayan ..tengok kawasan nelayan kuala Sepetang ...





so kalau korang dtg sini boleh try Salleh Stall ok ...itu sahaja perkongsian aku bye!
 

Jumaat, 25 September 2020

PERCUTIAN KE TAIPING , PERAK 2020

setelah lama lama menunggu sampai jugak kami ke tempat paling lembap di Malaysia ..sejuk je...hari hari hujan ...

kitorg sampai sampai Taiping hujan, ni ...pun macam mendung mendung je kami tengok...hahha....
lepas check semalam aku mengamuk marahkan budka budak ni sebab active sgt masa check in sampai terlanggar pekerja Novotel dan telefon interkom dia jatuh ..ermm! aku tengok budak lain elok je takde hyper active macam diorg ni...

tulah aku pun silap ..pergi book bilik asing asing ..biasalah nak murah ...sekejap harga 178 esok nya harga 186 ..lebih krang ..eloklah book hotel mahal mahal pastu duduk je dalam bilik takpergi mana hahah....

oklah ..yang bestnya otel ni dia bersambung dengan Taiping Mall...ada Pacific supermarket kat bawah tu ..jadi kalau korang nak jaln jalan g beli makanan ke makan ke dalam mall senang lah ..


lepas dh solat Asar aku bawa budak budak ni melintas jalan g tasik Taiping ..mmg lah dekat masalahnya nak g tu kena melintas jalan besar ...kalau ada traffic light takpe jugak ni takde ...
Ihsan dan orked layan view depan tasik .....





ada banyak basikal tapi kami tak naik sebab kami berempat susah sikit...

view dr bilik kedua kami ..bilik pertama nampak bumbung je semata ..hahah


Main door kat lobby

ihsna mengamuk masa makan malam menyampah aku ..hahha

supermarket pacific ..beli stok makanan semasa kat hotel 

sekitar tasik Taiping ...

food court kat sini banyak jual yong taufu ..banyak kedai jual yong tau 

Pokokyang di tahan supaya tidak tumbang menyembah bumi ..berapalah usia pokok ni 

Ni bilik kitorag ..first night super superior ..next nya premier konon ..hahahh..sama je ..melainkan view lawa sikit dapat tengok tasik 

Keluar je pintu hotel ada seven elevan mmg selesalah hotel ni  

Sementara nak tunggu ayah abis main kitorag makan maggie cup..bukan aku taknak bawa makan food court depan tu ..tapi aku ni tengah sakit perut risau nnt lagi teruk cirit biritnya ..

ni area food court depan hotel ni 


 

STATUS FACEBOOK

Actually tak kisah pun org post gambar bercuti ke apa ke ....biasalah ..ofkos dia post dia nak menunjuk dia dan keluarga sedang bercuti ..common kot bercuti .Tapi tak semua org suka. ada orang yg tak suka dan perli perli ..

so kalau dh tak suka tak yah lah kawan di alam maya ..cukup ko kawan di dunia realiti...dan lagi satu org org yang selalu komen status facebook ni aku terus je banned ..nampak sangat ko tak suka aku so kenapa nak kawan..

biaslah ada org suka baca status kita ..ada org tak suka dan ajuk ajuk macam mana kita tulis status. ermm..so aku pilih medium blog sebagai tempat aku share memori hidup aku ..suatu hari anak anak aku boleh imbau kembali apa yang kitorg keluarga alami bukan sebab nak menunjuk ....oh ko tido hotel ..oo ko kaya ..ooo ko beli benda baru oooo..hahahha...

Sejujurnya mmg Fb tempat menunjuk kalauko taknak tunjuk setting only me kan mudah !

So untuk mengelakkan org ajuk ajuk apa yang aku tuli dalam fb and so on ..so takde lagi lah aku nak share apa apa dalam facebook ...kalau ada challenge apa aku malas nak layan ..biarlah !..sebabnya bila kita post jadi pula bagi org yang tak suka kita ..kang dia sakit mata dan mula kata bukan bukan pasal kita . 

cthkan bila kita share tempat makan ..mungkin kalau sedap next time org boleh makan kat situ,kalau kita share pengalaman duduk hotel nnt ada org boleh amik sebagai review so oklah kan ...ada je post kita yang org sudi nak share..aku mmg tak suka sangat share post pasal jadi baik ni ..sebab aku taulah aku macam mana kan ...aku ni nak baik baik sendiri sendiri je ...

masalah yang tak penah post apa apa ..yang tertiba tau semua benda pasal kita namun tak penah menonjolkan diri menunjukkan diri ni mmg cam musuh dalam selimut.

dia baca pasal kita dia nak tahu semua pasal kita tapi bukan sebab suka kita sebaliknya cakap cakap yang kurang baik pasal kita ..apakah??

so kalau kawan kawan ada yg like oklah ..tapi ada kawan kawan tahu serba serbi pasal kita tapi taak menunjukan kiri ni aku tak suka sangat..hahha..

PLANT THERAPY ESSENTIAL OIL

 Actually aku oenah beli EO brand tertentu tahun 2018.. Tapinya aku beli kat shoppe la..hahah...mmg sedap bau dia ...aku beli pun taklah mahal sgt..so...aku uploadlah kat FB...tertiba ada kawan aku yang jual EO sindir aku ..katanya kalau nak beli EO beli lah dari pengedar yg sah ..baru lah dpt ilmu lah ..bla..bla...bla...entah lah pada aku kalau apa apa eo pun ko boleh je beli asalkan dia origional dan kau dapat manfaat dari eo tu ...kenapa perlu nak sindir sindir aku tak beli dengan pengedar yang sah .

ada je barang kita beli dr kedai kita tak beli dengan pengedar nya. yg aku tak minat sgt Eo brand tu MLM so sekrang ko nak beli minyak ke apa? aku pun sejak peristiwa tu tawar hati nak guna eo tu ..tersengkang je eo tu kat rumah aku ..

so bila aku dh habis merajuk ahahahh dalam dua tahun ko ..ni sekarang aku nak beli minyak balik. tapi aku tengok satu video tu dia letak cotton ball dalam dryer . sebelum tu dia titiskan minyak tangerine.. dan yang aku pasan brang EO dia Simply Earth . so aku terfikir [ ni video us/uk kot..org putih tunjuk cara dia kemas rumah] so aku pun mula lah mengoogle EO brand lain . emm..merajuk dengan brand MLM tu 

so membawakan aku ke satu brand alternative iaitu Plant therapy ...harga dia ok jugak...sedikit murah dr yang "brand tertentu tu" kalau korang nak beli diffuser kereta beli je kt shoppe china banyak je car diffuser yang best best ..tak semstinya brand tertentu .biasalah ada masa ko nak pakai colgate ada masa nak pakai sensodyne ada masa nak darlie ..hihih..ikut bajetlah kan ...hahah

by the way aku nak pesan, korang kalau nak bisnes maju jangan sesekali sindir pembeli .. sebab cara ko sindir menindir tu buat putus rezeki. dia nak beli beli jelah ..taknak beli takyah sindir meyindir ..biarkan dia beli kat mana tu duit dia..kalau kena tipu pun duit dia,....ko nasihat ok lah ...sinder dengan nasihat bezanya....

so sekarang aku tengah berkira kira nak beli essentail oil nak pasang dalam kereta dan satu lagi nak letak masa keringkan baju ..hihi...lain org lain cara ..hahha



tengok video ni utk lebih bermotivasi ..hahah...

Balik Kampung September 2020


ok..rumah mak mertua aku ni area Kg Sg Rokam ...belakang tu mmg ada pasar.

nak beli ikan lauk semua kat pasar tu ..yg paling best kuih muih kat situ semua murah murah ..best sgt..

kalau kat melaka sepeket ni RM5 kalau kat Zahrin Restoran. 







oklah nnt aku akan ke Taiping .Tak tahu macam mana cuti dengan budak budak ni tanpa Imran ..hahha...imran penting dalam hidup aku..hahh

Rabu, 23 September 2020

LAWNMOWER PARENTS

SIAPAKAH LAWNMOWER PARENTS 

Terpinga-pinga saya dibuatnya. 


Baru-baru ni saya lihat seorang kanak-kanak perempuan di klinik. 


Dah jadi rutin, saya akan uji tahap perkembangan mereka mengikut usia.


“Adik ambil pensel ni dan tolong lukiskan bulatan.”


Baru saja anak ni ambil pensel, maknya terus pegang tangan anaknya dan mereka sama-sama lukis bulatan tu. 


“Eh tak apa puan, bagi dia yang buat.”


Berkali-kali saya cakap, barulah maknya lepaskan tangan anak. 


Saya minta anak ni lukis garisan lurus pula. 


Lagi sekali mak dia pegang tangan anak dan sama-sama lukis garisan tu. 


“Puan, kita biar anak yang buat ya. Saya nak tengok cara dia pegang pensel.”


Dengan berat hati, dia biarkan anaknya melukis seorang diri. 


Bila dibiar anak yang lukis, cantik je lukisan anak tu. Pandai juga dia pegang pensel. 


Bila saya ceritakan pada isteri, dia kata kemungkinan besar saya dah berjumpa dengan “Lawnmower Parents”. 


Mak Ayah Lawnmower


👉🏻 Mak ayah yang akan buat apa saja yang perlu untuk halang anak daripada menghadapi kesukaran, kerja yang susah atau hadapi kegagalan.


👉🏻 Mak ayah ni akan potong semua halangan hinggakan anak tak terima sebarang cabaran.


TANDA-TANDA ANDA MUNGKIN MAK AYAH LAWNMOWER


🚨 Tak benarkan anak menangani konflik.

“Kakak nanti main dengan kawan yang sama je ya.”


🚨 Buat apa saja supaya anak tak didenda atau ditegur di sekolah.

“Tak apa abang terlupa. Mak hantarkan botol air dan buku yang tertinggal tu ke sekolah sekarang.” 


🚨 Anda ambil alih untuk selesaikan tugasan sekolah anak.

 “Apa-apa kerja sekolah, biar ayah yang buatkan.”


🚨Anda masih menguruskan bilik anak yang lebih tua.

“Cepat pergi sekolah, biar ibu kemas bilik kakak.”


🚨Anda tak benarkan anak tunggang basikal kerana bimbang cedera.

”Jangan main, pegang tangan ayah”


🚨 Anda sanggup berjumpa guru untuk tentukan jadual kelas anak atau bertengkar dengan guru sebab markah peperiksaan anak.


🚨 Sanggup belikan apa saja untuk anak supaya anak tak rasa ketinggalan. 


Kesannya, anak tak ada kemahiran mengurus dan menyelesaikan masalah hidup. 


Kajian dari University of Minnesota Institute of Child Development menunjukkan, bayi 2 tahun yang ibunya terlalu mengawal ketika bermain, tak dapat kawal emosi dengan baik ketika usia 5 tahun.


Anak tak tahu cara nak urus beban emosi seperti stress, gelisah, dan sentiasa takut gagal.


Ada masanya, kita beri ruang pada anak untuk belajar atasi konflik. Ada masanya, kita biar anak buat silap. Itu peluang untuk mereka jadi lebih kuat sebelum pergi ke alam pekerjaan. 


Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Moga ada manfaatnya pada kita semua. 


Jemput follow FB Redza Zainol.


Lebih banyak ilmu kekeluargaan dan kesihatan kanak-kanak di ▶️ https://t.me/NotaRedzaZainol


Selepas membaca perkongsian seorang parent dalam group MOZAC aku terpikir mmg ada ramai parents yans sebegini dan baru aku tahu istilah nya ialah LAWNMOWER PARENTS

dan bila aku buat pembacaan LAWNMOWER PARENTS VS HELICOPTER PARENTS. 


CIRI -CIRI LAWNMOWER PARENTS

1) Ibubapa yang Lawnmower Parents ni takkan bagi anak dia menyelesaikan konflik . contoh ada mainan anak rebut ..dia sanggup beli mainan yg baru supaya anaknya tak gaduh . ini salah satu sikap Lawnmower Parents. Betul, anak-anak tidak akan bertengkar - tetapi mereka juga tidak akan belajar bagaimana berkongsi atau menangani konflik.

2) Do you "help" with homework.

Ibu bapa sepatutnya tidak buat kerja sekolah anak. Tapi Lawnmower parents ni akan melangkah setapak ke depan dia bukan saja bimbing anak dia sebaliknya dia turut sama buat kerja sekolah anaknya. Contoh lain, anak tertinggal kerja sekolah di rumah dan mak ayah sanggup ke sekolah hantarkan keja rumah . itu tidak mengajar anak menjadi lebih bertangunggjawab . biarkan dia lebih bertanggungjawab ke atas diri dia.

3) Lawnmower Parent akan argue pada guru jika markah anak nya rendah . sepatutnya biar budak tu deals sendiri dengan guru dia. kenapa dia dpt markah yang macam tu ..bukan kita sebagai mak bapa argue kan utk dia...

Lawn, tolonglah diri sendiri dan anak-anak anda, dan biarkan rumput tumbuh di depan kaki anak-anak anda. Ya, mereka akan tersandung dan jatuh, tetapi mereka akan bangun semula, dan anda dan anak-anak anda akan berasa bangga apabila mereka melakukannya. Dan ambil dari saya, ibu bapa pemotong rumput yang pulih, bahawa lebih menyenangkan berada di sini di beranda, memerhatikan anak anda membuat jalan mereka yang indah, bengkok, unik, daripada berada di sana di atas rumput yang berpeluh, mendorong mesin pemotong diri sendiri. [ google translate ]

Kesimpulan :

Aku taknak jadi Lawn mower Parents aku nak didik anak aku biar kenal susah dan senang ..sebab bila aku senangkan anak aku aku tak boleh pastikan dia akan senang jugak sampai bila bila ..tambah bila dia dh kawin . adakah dia akan berkahwin dengan pasangan yang "Lawnmower " jugak?

ni maksudnya ko dah spoiled kan anak anak ko .. ko bentangkan karpet merah utk dia berjalan dan bila didah kawin dia nak isteri/ suami dia buat macam mana mak ayah dia buat dan sediakn utk dia . This is the BIG BIG mistake!



From Taiping with Love

 masa aku kecik aku suka baca komik lat pasal from Taiping with Love. Dulu taiping sinonim dengan Ayah Puda, adik abah. Kami panggil ayah puda dengan wan Bai'e...Ayah puda dulu merupakan pengetua MRSM Taiping. Tiba tiba aku teringat nak google pasal ayah puda ...sekarang cuma tiggak Ayah Chik sorang adik bongsu abah. Abah 4 beradik no satu Wah, Abah, Ayah Puda dan Ayah Chik. 

dalam ramai ramai adik beradik abah , ayah puda yang paling kaya rasanya . Ayah puda pernah pakai kereta Peugeot. Masa kecik aku segan bila ayah Puda datang rumah, sebab ayah puda kaya ..


dulu masa aku kecik ayah puda pergi oversea dan bawak balik bunga tulip utk abah ..bunga tulip palsu lah ..artificial. Lepas tu dulu, bila nak rasa ayah puda akan bawa abah jaln jalan g mall beli barang keperluan . Abah boleh ambik apa apa sahaja barang yang abah nak satu troli. Ayah Puda akan bayarkan termasuk baju raya abah ..ayah puda belikan.

Ayah Puda meninggal dulu sebelum abah meninggal dunia. 
Ayah Puda meninggal sangat kurus ..langsung tak nampak muka dia ..




Akhirnya ayah puda meninggal dunia sebab sakit buah pinggang.

oklah sebenarnya kami akan bercuti ke Taiping ...tapi Taiping bagi aku mengingatkan aku pada bapa saudara aku .Sekarang abang sulung aku pula tinggal di Taiping ...yeop duduk lama di Taiping dan Kak Ina kerja kerani kat SERATAS

aku dah book hotel di taiping. aku pilih Novotel Taiping sebab tengah pekan Taiping

aku terpaksa book dua bilik .satu harga RM178 dan satu harga 182..mmg lah mahal tapi no choice sebab aku nak bilik yang tengah pekan dan walking distance nak ke court tennis. Aku pun baca baca hotel tu senang je nak carik port makan .so aku rasa pilhan aku tu antara yang tepat. 


dulu bila ada appoiment Hospital Taiping abah akan bawa makan kat bandar taiping. Tak ingat sangat makan kat mana.

Dulu kalau nak amik lesen kereta, test JPJ akan di buat di Taiping walaupun ko belajar memandu kat Kuala Kangsar. 

oklah nnt aku share lagi....

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...