Jumaat, 28 Julai 2023

Abdullah Chan 2023

Hari ninkami meraikan hari lahir iyad . Anak kedua. Tahun ini masuk usia 12 tahun
Hanya makan makan di Abdullah Chan . Kami berlima juga berbukanpuasa sempena 10 muharam alhamdulillah. Semua puasa melainkan iyad.Iyad ada smbutan hari lahir di sekolahnya. 













 

Selasa, 25 Julai 2023

Berbaloi ke buat homestay

 jika sewa dengan homestay better buat homestay ..tapi kena lah rajin mengemas rumah..

seterusnya mesti kena tahu homestay kalau baru nak mulakan , nak iklankan di mana. Nasib baik aku dh start buat page homestay ni masa tahun 2014 kot di FB ..dah ada 275 org folower..

selepas tu aku daftarkan pulak di Air bnb. Masalahnya jika di Air bnb kita takboleh pilih guest kita..ok chop! baru tau kita boleh of kan instant book ..so kita boleh lah chat dulu sebelum kita amik booking dr Airbnb..

paling risau guest non muslim ..kut bawak anjing ke..arak ke ..risaulah kan ...

so far dua org tetamu non muslim ok ..takde masalah besar.

tulah risiko risiko nya kan ..

so hasil income buat homestay ni boleh cecah 2k-3k . paling banyak 3k lebih tp macam bulan Jun dah turun dapat dalam 1.7k je ..tapi tu belum tolak kos ..bayaran bulanan rumah, bil api air, dan upah mesin rumput. so bil api boleh cecah 400 utk dua bulan ...kena berjimat ..kalau guest keluar cabut semua plug ..termasuk coway . antara nya lah ..

sebab mmg customer akan guna aircond kaw kaw punya ..

lagi satu ..hrga homestay ni aku tengok tak boleh nak pergi jauh ..

walaupun org kata 3 bilik dua aircond ..termasuk ruang tamu..dalam RM220..

aku perhatikan mmg susah nak dapat .kebiasaan nya org sanggup bayar dalam RM190 semalam ..itu pun ada yg mintak kurang sehingga 170 ..kalau dua malam lagi lah ..

macam mana kita nak upah cleaner ..kalau bayaran semalam RM150 ..tolak bayaran cleaner RM50 dapat 100 je ..

tu belom masuk kos ..wifi, kalau ada..lepas tu kos netflix atau.....kos kos yang lain ...semua ni sebenarnya diambil kira dalam pengiraan untung kita ..

so bagi yang nak buat homestay silakan ..lokasi paling penting ..kalau tengah bandar mmg ramai yang nak ..kemudian nnt ada modal upgrade utk buat instagrammable port ..ni mmg feveret orang ...


kalau korang nak book homestay pm aku ..pembaca blog aku dapat special price ! ok?


Row Six Aeon Bandaraya Melaka

 Actually kami selalu je nampak restoran ni tapi takpernah masuk. Masa kat ipoh hari tu makan di Black Canyon macam best sgt… tomyam pun sedap! So hari ni kita test makan di Row six ni 


Konsep dia macam kepelbagaian makanan negara negara asia. Ada menu negara singapore, Indonesia, Vietnam , Loas dan lain lain. 

So antara menu yg famous seperti nasi gepuk, tomyan set dengan satay, laksa kari singapore, laksa pennag, nasi goreng tomyam seafood, air pun pelbagai jenis air



Iyad pilih menu yg sedap


laksa singapor kari


tengok menu dalam gambar semua menyelerakan

last last malam makan bubur ayam di rumah

laksa order banyak sangat ulam ..macam makan rumput

kopi vietnam

Masing masing tengah pening nak order menu



oklay jump to conclusion, semua sedap! dan berbaloi dengan harga boleh dtg makan sini lagi ... 

Jumaat, 7 Julai 2023

Iphone buat Hal

 Aku ni sedaya upaya taknak pergi jusco

Bukan apa kalau keluar .. mesti habis duit. Makan lah tengok wayang lah… ntah apa apa… so baik aku duduk rumah masak apa yg patut. Nak iron baju .. byk lagi keje nak buat. 

Tapi di sebabkan telefon rosak gigih aku nak ke Machine baiki telefon. 

Aku tak ingat beli hp kat mana. Aku punya telefon jadik white screen… aduh! 

Nak repair bayar mahal. Aku geram sebab bila dh nak hantar dia kata aku kena email dulu .. report . Baru mereka boleh terima. Kalau diorg tak dpt email apa apa mereka tak boleh terima apa apa.. oklah.

Dalam masa yg sama aku book org tukarkan bateri kereta aku. 

Lepas tu… aku rupanya tak matikan enjin, masa aku park kereta. Patut bila aku nak park asyik bunyi ja. Aku ingat bateri dh kong betul. Aku pun keluarkan key yg berbentuk kunci utk lock pintu. Ondaway ke jusco aku call org tukar bateri. 

Aku park terus masuk jusco. Ya Allah! Bila org bateri sampai ke kereta aku. Dia tanya akak bukak enjin ke . Aku kata tak. Rupanya aku parking dlm keadaan enjin terbuka dan aku tak perasan. Ya Allah kalau pintu tak berkunci,oleh je org bawak lari kereta aku. Dh tak mati enjin kan .. 

lepas tu minyak dh habis hampir separuh. Aku tak dpt nak bayangkan situasi aku kelure jusco berjam jam lepas tu sampai kereta minyak habis.. tak boleh start kereta. 

Rupanya kalau bunyi tik tik masa nak kunci tu check enjin … pastikan takde bukak enjin . 

Ya Allah . nasib Allah swt pelihara kami. 



Sabtu, 1 Julai 2023

Terus kan atau terminat?

 Aku sedang membuat kira kira sama ada nak terminat atau teruskan asbf aku.

Masalahnya sekarang aku kena bayar asb tinggi dari 483 dah jadi 533. Abg ipar aku kena maybank. Lepas tu aku lupa nak guna khidmat dia pasal pengiraan untung rugi ni.. adoii apalah aku ni

So aki tanya dia elok amik asbf atau terminate. Dia kata elok lah amik.pastu aku kata dh naik interest dia .. yg kuban kuban.. dia kata terminated dan apply yg baru..

Wah! Ilmu baru ni… aku kata kalau dpt tutup asb ni duit yg ada aku nak tutup loan kereta aku.

Aku pun tak tahu mana nak korek. Hahha.. aku bajet je dividen tahun ni 10k, aku dpt jual balik saham aku 10k pastu tolak emas 10k. Itu lah kira kira aku. Tapi tak pasti ok ke tak perkiraan aku tu. Kalau tersasae jauh mmg tak dpt lah aku realisiasikan diri aku financial freedom pada usia 40 tahun. 

Usia lagi dan lagi. 

Terus kan cari part time income.. buat homestay, guru tuisyen dan terkini jual buku.. ada ke org nak beli buku aku. 

Best lah kalau ada mini laundry bisnes macam ni… teringin nak buat.. tapi kena sewa tempat lagi.. ermm…


Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...