Jumaat, 22 Mei 2015

menjejakkan kaki ke bumi makkah dan madinah PARt 1

syukur ya Allah ..kau berikan kami kesempatan menunaikan umrah di baitullah dan menziarahi kekasihmu Nabi muhammad.nikmat mana lagi yg mahu kami dustakan...dan plus menziarahi mesir dan bandar iskandariah...

hebatkan?

dulu masa zaman sekolah sebok kawan nak sambung bljr ke mesir..ada apa dengan mesir...aku na ke mesir..tobat lahum...hahah..abah takkan izinkan ..sek menengah pun belakang rumah apatah lagi nak ke mesih universiti Al Azhar...hihi akhirnya aku cuma ke um.
baik kesempatan menunaikan umrah..dengan pakej harga lebih kurang 6k lebih kami dapat 3 benda menziarahi  mesir tengok piramid..madinah dan mekah utk menunaikan umrah ..tq ya Allah. alhamdulillah . .subhanallah .terima kasih ya Allah.

aku boleh bahagikan cerita kami kepada 3 bahagian ..sebelum ..semasa ...dan selepas...

sebelum.adalah frasa yg paling mengujikan kami...kami tahu kami berisiko jalan jauh dengan anak2 yg masih kecil  kami tinggalkan ..bayangkan ihsan waktu itu berumur lapan bulan dan masih menyusu ..manakala iyad masih follow up hospital. jadi dengan azam yg sgt tekad kami tinggalkan merek..kerana niat aku mengunjungi baitullah terlalu tinggi. dan antara yg kuat mendorong aku juga ialah sahabat karib ku dunia  akhirat kak na..rohana mat lodin. kak na ..ajak ..jomlah ama..kita pergi umrah sama..kak na ajak abang kak na...kak na mendaftar di andalusia...dan tanya ama.dah daftar? aku mendaftar .tapi masih pikir boleh ke pergi ni? plan asal nak bawak ihsan ..namun masa cucuk vaksin cw8 doctor wahida advise tak payah lah bawa baby ..sian kecik lagi...dah lah masa tu sibuk wabak mers cov..mmg sungguh ujian..
kemudian dalam 2 minggu nak pwrgi kalau tak silap ...pembantu rumah buat hal nak bunuh diri kelar pergelangan tangan ..ya Allah mmg ujian ...tapi dpt handle..masa tu dh telepon pihak travel agency kalau tak jadik macam.mana ...duit dh bayar penuh . ..dan beberapa hari nak pergi kalau tak silap hari rabu...sabtu minggu tersebut dh nak bertolak...atok jatuh bilik air...ya Allah ..ingat lagi macam mana aku dan pembantu rumah mengangkat atok dr bilik air ke bilik..tak sangka itu asbab atok pergi..akan ada satu entry utk atok insya Allah.
semua itu adalah dugaan..dan apa bila dalam kaalterbang ..aku peluk tangan hafidz ..dan cakap ..abang banyaknye dugaan nak sampai ke mekah ni...ingat lagi sampai hari nak fly aku gaduh ngn hafidz ..sebab aku risau tertinggal flight. sebelum naik kapal terbang tak makan pun ...cuma sempat solat ..dan berjumpa dengan abang am kak aisyah dan kak azua..diorg beri nasihat ...masa tu entah lah hati ni rasa tak tentu hala...

perjalanan yg sangat jauh ...kami transit di bangkok sekejap sebelum.ke mesir dengan Egypt Airways . ..seronok naik kapal terbang ni ..besar..yelah org baru beberapa kali naik kapal terbang jakun lah sikit kan...yg part paling  best. .ada bacaan doa semasa nak berlepas ..bab ni mmg tabik spring!!..dan makanan dia pun sdp..aku ni yg alah sejuk bila lama lama dlm econ mulalah...rasa macam nak pengsan ..tak boleh bernafas takde udara segar..hah
posing sebelum berlepas..

kak na dan abg  usop...my beloved friend

layan frozen dalam flight...dengan  desert  yang so yummy!

dalam kapal terbang...

keciknya ihsan...kena tinggal dah...


bangkok airport...

posing dulu..masa ni tak happy  lagi asyik ingat anak..

menanti masuk waktu subuh..dah subuh ni..nak masuk mesir dh nih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...