Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni berjalan ke oversea tiga kali :
- hatyai done
- next trip nak Sapa, Vietnam
- bandung naik panorama train.
Jadiklah pergi asean country ja.
2025 kita pasang niat nak buat haji.
Oklah aku book lee Garden plaza Hotel . Satu malam dlm 200 ringgit. Sebenarnya ada je hotel lain yg lebih murah. Rm50 semalam, dua katil queen . Besar kot bilik dia.
Bilik aku ni tak lah besar mana. Cuma bawah tu shopping mall. So kira jadi main attraction lah kat bawah hotel ni. Parking pun senang ada basement .
Cuma masa nak check in dia minta pasport semua org. Pandai pandai lah korang kalau book hotel lebih dr sepatutnya.
Jumaat 16 Februari 2024
Kami bertolak dr kl ke perlis. Jauh betul rasanya.
Kami terus check in di homestay perlis.
Homestay kami taklah best sgt. Tapi bersih sebab baru je launch homestay ni.
Petang tu kami jumpa kakak aku , dan petang tu juga anak saudara aku bawa kami masuk ke thailand utk kali pertama dan declare kereta sekali
Rumit juga prosesnya. Tp sebba siddiq tolong oklah sikit.
Just masuk dan singga 7 elevan beli burger. Esok sabtu baru kami sekeluarga akan masuk.
Sebagai info: nak masuk thailand naik kereta kena ada geran asal pemilik kereta dan pemilik kereta kena pergi utk tanda tangan.
Kena isi borang dan satu salinan declaration kereta tu kena serahkan pada peg custom thai.
Satu lagi kita simpan . Bg masa nak keluar.
Sabtu 17/2/2024
So selepas breakfast kami masuk ke Hatyai. Tak jauh pun dr padang besar. Rezeki kami tak ramai org Malaysia ke padang besar. Kami bergerak sekitar jam 10 dalam jam 12 sampai sebab bawa slow slow je.
Kami tak check in hotel sebab sampai terlalu awal . Kami sampai jalna jalan dulu kemudian naik tuk tuk ke Floating market.
View bilik kami. |
Kami terus balik ke hotel setelah berjalna jalan di floating market.
Ada insiden sebenarnya. Tp aku malas nak cerita. Benda kuranh seronok . Nnt aku ada mood aku cerita. Cuma pesan anak anak , jgn sentuh barang jualan . Kes anak aku dia sentuh dia picit peniaga tu mengamuk. Nak bayar dia taknak pasti ungkit macam ni ke perangai muslim. Gaduh pulak dengan suami aku!
Aduh… aku rasa tak happy bila jadi perkara tu.
So kami balik bilik solat lepaknlepak .. terus keluar utk makan buffet 299. Kami pergi drive sendiri.
Homestay kami belakang tu sawah padi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan