Khamis, 29 Mei 2025

Money exchange

 Susah betul nak cari port tukar duit kat melaka ni.. semua jauh jauh pulak tu nun kat melaka raya..tukaran hari ini antara yang terendah kata nya.. tadi ikut yang di paparkan 1000 yen RM30.50

Tapi kalau dalam wise macam rendah lagi ..1000 yen= rm29.12.. tapi money changer beli rm30.50. Ntahlah pening bab bab duit ni ..

Yang peting duit untuk makan kami 6 beranak dah cukup dah . Homestay pun dah bagi mesej ..rumah kami tingkat 1 katanya. Cara cara nak check in pun dia dh share di message. Baik owner dia siap pinjamkan pocket wifi percuma. Roaming guna umobile baru rm50 seminggu unlimited data okaylah tu.. 

Nak beli simkad jepun ke .. takperlu kot. Setakat ni yang ada hp kami berempat.. iyad dan imran . ihsan dan orked tkde phone. 

Ya Allah debarnya nak bawa anak anak berjalan 
Tolong permudahkan ya Allah … 
Nnt aku share pasal wise card. 
Kat sana boleh je swipe dengan kad wise .. aku letakkan sebagai apple pay

Cuma nak topup kena guna cash rasanya
Sampai kansai baru kita fikir macam
Mana… 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Travel

Sebenarnya perkara yg paling penting jika nak travel adalah beli tiket flight. Kalau dh beli tiket flight baru kita boleh rancang step seter...