Ahad, 21 September 2025

16 MINGGU

 aku tak pasti mengandung kali ini adakan paling susah dalam 4 orang anak yg lalu. Tapi mungkin kerana kesibukan menguruskan anak ank kita terlupa utk memikirkan mual mual ni. 

Tapi kandungan kali ini alahnya agak lama .. masuk minggu ke 16masih ada rasa nak muntah .. terutama lepas makan … macam makanan yang masuk tu tak boleh silap sikit .. terus jadi .. tak boleh makan makanan yang pedas, makan nasi semalam, minum teh susu,kopi,milo pun tak boleh .. paling rasaok sikit roti gandum… jadi mmg kalau nak selesa minum air panas suam je .. tu yang baik..

Ni sekarang aku di sekolah ..sebelum ke sekolah minum teh tarik aku jerang atas dapur ..makan roti gendum sapu jem strawberry satu … beli air sirap konon nak minum .sepanjang masa dr aku minum sehinggajam 10.14 ni perut aku bloating .. ni dah mula rasa nak muntah .. first time aku muntah disekolah …tapi tak muntah lagi ..selalu nya berjaya tahan . Tp macam muntah je penyelesaian terbaik bila rasa macam ni … perut tu mmg tak selesa langsung… yang org calap sebu perut ni macam nilah … kadang aku dh putus asa apa nak di makan jangan bagi perut rasa macam ni …

Sendawa pun tak jalan … ada doktor kasik ubat air kapur dan tahan muntah .. tak selesaikan juga.. entahlan ..hadap je … berdoa Allah swt mudahkan sehingga melahirkan anak … benda ni susah nak describe .. org takkan faham.. yg org nampak mengada .. org lain mengandung elok je … ko je teruk ! 

Kalau sesiapa ada petua nak hilangkan mual masa mengandug boleh share ya … nak sgt rasa happy masa pregnant ni .. mungkin ini pengalaman terakhir.. lepas ni kita ikatlah .. tak ak risiko mengandunb lagi… cukup lah .. kesihatan pun penting juga.. umur dah banyak .. banyak risiko mengandung ni …

Tapi bersyukur sebab kesihatan ini sentiasa dipantau.. makan vitamin, jadi lepas ni dh melahirkan pun nak juga jaga kesihatan .. terutama bab makan .. supaya kesihatan terjaga .. jangan ada diabetes, kencing manis, buah pingganb, dan lain lain …

Harap lepas ni lebih kuat melakukan brisk walk . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

16 MINGGU

 aku tak pasti mengandung kali ini adakan paling susah dalam 4 orang anak yg lalu. Tapi mungkin kerana kesibukan menguruskan anak ank kita t...