maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.
masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekolah terus amik kertas soalan dari bilik peperiksaan . Hari ini waktu pertama exam paper English 1. aku akan start paper jam 7.40 pagi. aku ambik sekali paper English 2 yang akan mula exam pada 9.30 pagi.
kehadiran murid perlu diisi di link google drive. hari ni ramai murid dtg sekolah lewat ..hari hujan.. kebiasaannya murid tingkatan 5 bawa motor ke sekolah. bila hujan mmg mereka akan lambat dan selalunya dimaafkan .Isu global. Btw, sekolah aku batu je implement scan muka murid utk kedatangan ke sekolah. ingat memudahkan ..tapi ada juga murid yang tak paham bahasa ..dia tak scan pun muka dia ..ko rase?!
kebiasaan jam 7.10 pgi aku masuk ke kantin .makan sebelum masuk kelas. selalunya makan nasilah ..sebab lauk selalu habis awal..tapi radi sebab nak kejar masuk kelas 7.40 aku sempat capai popia goreng dua ketul dan minum teh tarik cawan kecik. kawan kawan bersorak nampak aku ..ada yang kata aku nampak kurus. hakikatnya tak kurus pun ..berat aku sama sebelum mengandung dan selepas mengandung 78 kg. kalau 75 kg tu ada lah nampak sikit kurusnya .
hari ini dalam telegram relief takde nama aku dapat relief...kalau tak sakit juga nak memanjat naik ke kelas relief. tadi aku panjat ke kelas tingkat 3 ..ada gap satu kelas ..sebelum kelas sebelumnya ..aku tak turun . rela tunggu di atas ...kalau tak dah turun kena naik balik ke tingkat 3 ni.
PINDOUDOU
nak share gan orang satu apps membeli dr china ..direct..namanya pindoudou. tapi hati hati lah takut scammers. kena pandai pilih kedai yang trusted. org di threads cakap harga di pindoudou jauhhh lebih murah dari shoppee.. so kalau nak cuba boleh cuma jangan beli yang mahal..barang murah murah dahulu ..dia direct seller dr china.
setoakat ni aku belum membeli lagi ..so tak berani nak share.ok atau tak ..aku ingat macam nak beli sofa ..ermm...nnt lah ..
EMAS
Ssemalam kami ke PG jewel. suami aku nak tolah semua emas dia ..dia ada dalam 15gram. so dia dapat sekitar RM8980. entahlah macam rugi ke untung .bila kira balik pg jewel ni amibe dalam RM598 segram bagi emas 999. sedangkan harga emas hari ni RM665. emas tetap emas ..baru atau lama tetap emas. kat situlah org niaga emas ni ambik untung .
dan semalam aku tolak barang emas yang aku taknak pakai . ada subang ,aku tolak sebab aku takde lubang telinga, ada satu cincin ..cincin nabila ni berat dia 4g, kemudian ada rantai putus aku beli di makkah ,tapi mmg rugi rupanya emas di mekah tu emas 750 dia ambik 380 segram ..aku beli dalam 500 kalau tak silap. entah siapalah ajar elok beli emas mekah ... lain kali jangan beli ...JANGAN !so semalam aku ambik satu gelang berat 10.86 g aku tambah dalam 1450 kalau tak silap .


Tiada ulasan:
Catat Ulasan