hari ini usia baby genap 42 minggu,apa yang berlaku ..
- melur dah discahrge kuning.. hanya dtg utk check up bulanan di KK
- ada dental appoinment kena pergi next week
- luka czer ibu makin pulih , ibu dah start memandu
- susu semakin baik , dan mula tidur lama ..4 jam baru menyusu semula.
segalanya nampak macam baru pertama kali . sebelum ni aku tak pernah kira bila baby nak menyusu. bila ngekk je ..bagi susu badan ..sampai tertidur ..letakkan dan buat aktiviti lain .. bergerak lagi ..sebelum nangis offer susu begitulah seterusnya .
Melur minum susu FM.. aku dah tak bg susu badan tapi still pam supaya susu still supply dan simpan, boleh bagi melur bila bila.. hari hari dia minum susu botol ..entahlah rasa macam gagal pulak jadi ibu bila bagi susu tepong ..berat melur naik ..okay ..berat lahir 3.0kg dan usia 40 hari berat dia 4.6kg. takpelah ..selagi baby sihat ...membesar dengan baik ..susu formula pun okay ..terpaksa fikir macam ni ...
aku pula perlu bersedia untuk naik bekerja semula .
aku cuma cuti 60 hari dan aku tak jadi ambik cuti menjaga anak sebab aku dh jumpa pengasuh yg boleh jaga melur usia dua bulan . ikutkan kerajaan baru annouce bekerja dari rumah ..bermula 15 April 2026. tapi cuma tiga hari selasa hingga khamis. boleh lah ayah dia jaga dia ...tapi tulah still hantar pengasuh sebab isnin jumaat macam mana pula..bayaran 450 kalau tak silap . Kak Ana ni mak Fathul, kawan imran di MOZAC.
masa beraya imran cerita dia dpt baby baru ..pastu mak fathul ni mmg mengasuh anak .so dia kata bagilah achik jaga ..achik pun dh tekde baby nak jaga..tengah mencari ....elok sgt lag tu ..rezeki melur ..bagai pucuk dicita, ulam mendatang...
so tak jadi hantar ke Taska kak eton ..taska kan ramai baby ..lagi susah nak kawal ..kang batuk ..selsema ..macam macam ...takpelah tak dpt claim LHDN yuran taska 3k . nak buat macam mana ..kesihatan dan keselamatan anak paling utama ....cuma jauh sikit ..Melur di Jasin .. takpelah aku doakan yang terbaik untuk anak ku ...
skrg fokus aku sebelum naik keje ..ialah nak jaga Melur , bagi susu baik baik ..pastikan dia sihat .dan boleh mula senaman ringan ..jaga diri balik ..entahlah mestilah susahkan ...berat badan asal macam mana lah nak dpt...kalau dapat 70kg pun dh ok sgt dah ... paling ringan pernah capat dulu 68kg ...sekali tulah ..nak maintain bukan main susah ..
aku hari hari doa cepatlah baby besar ..makin kecik makin fragile aku rasa..takut sgt ..tapi org kata newborn lah paling best ..baby tido je .. takde meragam ..nnt dh masuk 4-5 bulan lain pulak kisahnya ..
entahlah ..mmg ada baby kecik kena hidup cara ada baby ..tak sma macam dulu ..setakat ni belumpergi mall...keluar malam makan ..dan buat aktiviti macam biasa.. tak tahu bila boleh bawak keluar ..mungkin 4 bulan kut ..
setakat keluar g klinik kesihatan , hospital adalah ..pastu drive thru CBTL tupun dah happy gila..skrg mengira cuti pula..next cuti ..raya haji ..ada cuti seminggu ...oklah ..nnt update lagi ..kalau tak sibuk ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan