Khamis, 8 Oktober 2015

mood masak yang sudah kembali.

alhamdulillah dah dtg minat nak memasak semula. maka macam macam menu yang keluar. sebenarnya ini tak lain tidak sebagai kenang kengangan untk hari akan datang betapa kalut membesarkan anak dan masih mampu menyiapkan makanan kesukaan mereka, itu salah satu kegembiraan ibu. suami juga suka sebab dapat menikmati makanan yang sedap tanpa perlu mengeluar duit yang banyak.

tulah ,kita semua suka makan kat restoran yang fancy. terfikir juga baik kita deko rumah kita supaya kita dpat menyediakan menu dan suasana ala restoran ..so hari hari dpt makan kedai . dan duit yang lebih kita kumpul utk simpanan hari akan dtg.

kalau nak cerita banyak benda nak buat dlm kepala ni. nak beli langsir nak cat rumah nak deko deko ruang makan ala rstoran dan sebaqgainyalah, jadikan rumah kita sebagai syurga utk kita.

dalam pada itu sibuk menyiapkan tugasan penting seperti hrmis dan soalan akhir tahun. minggu hadapan imran akan exam. iyad demam..perancangan tukar tiub iyad mesti dibuat pada tahun ini kerana iyad akan bersekolah pada tahun hadapan. ihsan mula boleh bercakap, dan orked sedang explore merangkak dan mengurip barang. biasalah proses pembelajaran.

hari ni ,ibu cuti sempena hari tyt negeri melaka. ayah kerja maka ibu pun plan nak masak dirumah. nnt ayah balik boleh makan yang sedap sedap.

okaylah..semua rutin ni ibu ibu buat, sama sahaja, takde beza pun cuma ada yang menunjuk kerja yang dibuat pada umum ada yang sembunyi. biasalh..saya pun kadang upload gambar masakan. entahlah ..mungkin nak share atau mungkin nak cakap ' tengok ni saya rajin masak.." maka terhapuslah pahala atas kebaikan tersebut. paling tak tahan ada yang lapor buat ibadat dalam facebook. wallahu'alam. itulah membentuk hati yang ikhlas ni susah ..ibarat mencr semut hitam di atas batu hitam di waktu malam, jadi..skrg sy sedang melatih diri switch off facebook dr status yang entah apa ntah. kalau ketagih sgt nak post buat lock ..only you ..okay?

kadang kadang org bacaorg tahu apa isi hati kita, tengoklah mana ada org hantar gambar selpie buruk buruk,...semua nak letak side yang paling indah dalam diri. nak tak nak sedikit sebanyak akan timbul perasaan riak. tambah ada yang letak komen gorgeous!..lawanya..nampak muda and so on!
lagilah naik lemak ..entah entah org tu perli je ..camne tuh
aku lah tu tak cakap org.

tetiba tulis ni ..teringat seorang rakan sek menengah yang baru mendirikan rumah tangga kali kedua. sad partnya ...mengahwini suami org..the cruel part..without first wife permission. curik curik..then lebih menambah rencah ..bernikah di siam. oh man. dunia. inilah ..kita tak tahu takdir kita bagaimana . mmg lah dengar macam teruknya ...tapi itulah ketentuan dan pilihannya utk kehidupannya. scary dgr..

bak kata kakak ku hidup ini ujian . ujian utk kita suami isteri. kita mesti berjuang menyelamatkan rumahtangga. tiada rumah tangga yang tidak ditimpa badai.percayalah..jengkel juga bila budak budak muda baru kawin setahun upload gambo mesra cam kaulah pasangan paling bahagia dalam dunia.

nak je aku cakap
" weh..ko ingat kawin ni sepanjang masa bahagia ke.. jangan ingat awal eprkahwinan suami ko baik ..suami koakan baik macam tu hingga ke akhir hayat! come on lah ...suami aku dulu pun masa baru kawin topup belikan ..minyak kereta isikan ...phone charge kan..apa lagi...macam macam lah ..tapi hakikatnya kita take for granted ,macam lah suami kita malaikat akan begitu selamanya . makanya kita pun amik endah tak endah. teruskan buat perangai manja kita tu..weh! setahun dua nak lah dia layan ..masuk tiga empat tahun ampun!..so nak pesan shout silently sebab assume takde siapa baca l
blog aku .
"wahai isteri isteri muda layanlah suami mu seperti raja ketika sifatnya seperti hamba. kerana takut suatu hari nanti kau akan diperhambakan oleh suami seperti raja ..bley?"


apapun jodoh ketentuan ALLAH ...sabar redha..berbahagialah dengan apa yang kamu ada insya allah bahagia,satu lagi kalau bahagia simpan kalau duka pun siampan ..
baik buruk pasangan simpan ..itulah yang dikatakan suami isteri seperti pakaian. saling menutupi aib antara satu sama lain.
ok cukup membebel..seronok juga boleh cakap apa yang kita raasa
kalau kat fb tu susah sikit ...semua org baca lepas tu kang org kata kau tu acah ahli syurga ..haish!

so faham faham jelah k..

ok!

list tugas kita nak buat:

1. basuh kain tengah on
2. nyapu sampah
3. mop lantai kalau rajin
4.bagi orked makan
5. masak pizza ni tak pastu cuba dulu...hahah

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...