Rabu, 1 Disember 2021

RELIEF CLASS

 okay dah sampai masa aku membebel.

ni perihal kelas relief di sekolah .

utk korang yang bukan guru mesti tanya apa guru relief tu?

oklah kalau guru tak datang sekolah , guru lain akan menggantikan guru tersebut utk masuk kelas. senang cakap anak. anak murid takkan dibiarkan duduk dikelas tanpa pemantauan guru ..ni sekolah kerajaan ..kalau time aku sek menengah dulu mana ada istilah relief 

time kelas ..cikgu nak lepak minum kaat kantin pun no hal! agaknya dia ada hal lah kan ..

kalau meeting ke apa ke..kitorg duduk je diam diam dalam kelas . itu dulu 

tapiiii! zaman sekarang ..n0! no! ...meeting kr apa semua buat lepas sesi persekolahan ..tu yang kitorang guru guru balik jam 4.30 petang atau 5.00 petang ..tu belum musim awal tahun ada sukan tahunan ..mmg terbako kulit ko..balik jam 6.30 petang tu biasa sangat 

ok

guru relief ni paling CRUCIAL adalah time exam . 

ni memang masalah. tadi kat sekolah ada isu . Guru tak masuk kelas time exam. lepas tu guru yang ada dalam tu terpaksa menunggu hampir 30 minit . Disebabkan dia nak ke kelas yang lain ..maka dia pun keluar dan minta aku jagakan kelas tadi .terus aku kena kutip kertas siains dua kelas tadi. 

bila aku mesej dalam telegram unofficial tu bgatau kelas 2 delima takde guru. So automatik org akan refer jadual relief. ok! yang jadi isu bila guru relief tu sebenarnya ada kelas dia sendiri. pada masa yang sama . macam mana dia nak pergi ke kelas relief. siapa yang akan jaga kelas dia pulak ! rupanya ini disebabkan relief yang tersalah buat . 

ok so aku pun bagtau cikgu tu supaya dia maklumkan dia tak masuk kelas 2 Delima sebab dia ada kelas . clash! bukan apa supaya orang tak maki hamun dia sebab tak masuk waktu relief .

Actually tadi aku pun kena. Tapi aku terus refer GKMP utk betulkan .Takkan ada kelas nak masuk kena masuk kelas org kannn! 

oklah mmg bahya exam ni .

ok ni peringatan utk guru guru novis:

- time exam plaing crucial.

- ko kena alert kelas ko kena startkan exam atau tak. kalau ya ..ko kena amik soklan kat BILIK PEPERIKSAAN . kalau jaga je ..takpelah ..tapi still kena tengok gak ..muka waktu pertama ko jaga , waktu kedua ko kena start kelas . paling bahaya kalau ko sepatutnya start exam tapi ko sampai lambat .. bahya bahaya..

-kemudian kan ..guru guru ni mmg jaki betol kalau sesiapa yang lambat m,asuk time exam. paling bagus kalau ko masuk awal 5 minit . contoh loceng bunyik jam 12.40 ko masuk jam 12.35 tu paling cantik . nak elok lagi ko sampai 10 minit awal .okey!

kalau bukan time exam tahan lagilaha ..kalau loceng bunyik ko baru melenggang nak ke kelas ..tapi kalau cerita bab keberkatan .Pada aku ko masuklah awal ,dia menjamin keberkatan gaji yang ko terima. 

so sebaiknya masuk je kelas awal.kalau ko sampai kelas. ada guru tengah mengajar lagi ..ko diri jelah tepi korridor tu ..layan dia mengajar apa. best tau tengok cikgu cikgu laama ni mengajar . 

hahahh..

oklah itu je aku nak cerita .. nnt aku share laagi isu isu di sekolah .

*** sekarang nak cuti lagi seminggu tapi keje sekolah ya ampunnn macam taknak bagi cuti jewww




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...