Jumaat, 12 Ogos 2016

Sayangi rahim anda; pesanan Dr Hamid Arshat

SAYANGI RAHIM ANDA

Rahim diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang bermula dari nutfah, kemudian menjadi alaqah dan mugdah. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ2 dan anggota yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh dalam umornya 120 hari.
Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.

Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak bolih berfungsi.

Minat untuk scan rahim untuk kesan tumbuhan sila hubungi Cik Nadia di Kompleks YJN - 01119303689

http://www.jabalnur.net/376648671

Rahim sering ditimpa tumbuhan adenomyosis dan membesar saperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.
Tumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia bolih menimbulkan gejala2 yang sama tetapi ia bolih dibuang bedah dan dipulihkan kemampuan untuk hamil.

Cara2 menjaga rahim.

1. Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga - ibu, nenek, ibu saudara adik beradek perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, munkin menyumbang 10% kepada faktor2 penyebab.
Elakkan dan jauhkan dari faktor2 penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Fungsi utama rahim ialah menampong kehamilan. Kahwin dan hamil awal dalam umor muda bolih mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis.
Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Lepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari tumhuban.
Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Rahim sangat2 dipengaruhi dengan dua hormon wanita - estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salurdarah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).
Kedua hormone perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.

Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri2 kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen bolih menimbulkan bermacam2 penyakit dan gangguan. Diantaranya ;
1.  Tumbuhan fibroid, adenomyosis dan kanser rahim.
2. Tumbuhan adenoma dan kanser payudara.
3. Kemandulan dan sukar hamil.
4. Perdarahan rahim.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovary, adrenal dan lemak badan.
Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen.
Bahan plastic dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.
MAKANAN2 YANG BERTINDAK SEBAGAI ANTI ESTROGEN
Makanan2 ini mengadungi aromatase inhibitor yang blok pembentukkan estrogen. Juga mengandungi bahan2 lain saperti sterols, quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin, flavanoids.
1. Buah delima/promagenate.
2. Sayur2 broccoli, kobis, califlour, bak choy, raddish.
3. Minyak zaiton.
4. Cendawan.
5. Anggor merah dan biji.
6. Oats
7. Teh hijau.
8. Buah2 citrous - lemon, limau nipis, grape fruits
9. Kacang2 almond, walnut, peanuts, gajus. Yang tidak diroasted.
10. Bawang merah.
11. Kunyit.
12. Spirulina, chorella
13. Sayur2 hijau , sawi, bayam, salad dll.
14. Minyak kelapa dara.
15. Bawang putih
16. Kucai dan celery
17. Berries - blue berries, black currant.
18. Maca
19. Fax seeds
20. Makanan2 fermented - yogat, tapai, kimchi. Bekalkan probiotik atau good bakteria.

4. Faktor2 yang mengganggu imbangan hormon. Sering tahap estrogen tinggi dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Diantara faktor2 ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi. Pemakanan yang terlebih gula dan karbohaidret, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemokkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen menungkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan.
Tangani dan kawal semua jenis stress.

5. Penjagaan rahim perlu bermula dari umor kanak2. Sering anak2 perempuan dijangkiti kuman diluar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah2. Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge , basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.
Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak2 perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen2 tersebut akan meningkatkan ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. Kegemokkan perlu dikawal dari umor kanak2 dan remaja. Dewasa ini kanak2 terlalu minat makan junk dan fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang.
Remaja mula dilanda kegemokkan bila berlajar disekolah2, kolej2 dan universiti berasrama. Mereka makan terlalu banyak makan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.
Bermula disini gangguan haid berlaku - samada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul2 atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon2 wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

7. Remaja perlu dididek menjaga kehormatan diri agar tidak terjebak kedalam maksiat perzinahan kerana ramai yang terjerat dengan berbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam peranakkan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila kahwin kelak.

8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan haid atau 'datang kotor', 'datang bulan'. Berbagai panggilan untuk haid. Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan telah mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid 'tumpah / melempah' kebelakang rahim. Fenomina tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.
Bila sistem ini gagal akibat penurunan immunity ekoran dari pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid yang tidak lancar dan betakung dibelakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Olih sebab itu ketika haid wanita tidak bolih solat dan baca quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

10. Banyak makanan2 yang membantu dalam jagaan rahim diantaranya nenas yang mengandungi enjim bromalin dan papaya yang mengadungi enjim papase. Kedua enjim berperanan untuk membersih darah kotor dibelakang rahim.
Makanan2 tradisi sudah dilupakan. Keledek merah membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan2 anti inflammatory juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyak makan sayur2 khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk paku, kobis, kacang, karot, brokoli , taugeh dan lain2.
Banyak makan buah2 saperti jambu, oren, mangga, apel, nenas, betek, buah naga dan lain2.
Makan pelbagai kacang saperti peanut, gajus, almond, walnut dan lain2. Baik juga dimakan bersama2 kismis dan korma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain2.
Amalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang bolih mencegah penyakit.
Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.

11. Amalkan supplement multivitamins, vit. C (1GM) dan E(400 IU) ,logam kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...