Rabu, 17 Mei 2017

part 1: Mak sakit.

pada 11 mei emak dimasukkan ke kpj ipo untuk merawat demam mak yg tak baik baik sejak dua minggu...setelah melakukan ct scan . Dan segala bentuk pemeriksaan terperinci di dapati emak ada bengkakan pada saluran dr buah pinggang ke pundi kencing atau kawasan uretra. Kos pembedahan di KPJ Ipoh memerlukan sekurang kurangnya 30k

Inilah pentingnya kita ada simpanan, sekurang kurangnya bila nak guna duit ada tempatnya . Kalau kita takde simpanan mana nak cari duit nak rawat mak sakit. Apapun kita anggap ini pengorbanan kita kepada mak supaya mak kembali sihat seperti biasa.

Bila tengok kejadian yg berlaku di depan mata kita perkara yg sangat penting ialah mempersiapkan diri kita dengan menjaga kesihatan dan mengambil pelan perubatan insurans utk diri kita . Bayar bulan bulan tidak semahal jika kita kecemasan dan memerlukan sejumlahbwang yg besar. Ini penting untuk masa hadapan.

Menyesal tak ambikkan mak dan abah insurans utk mak dan abah. Yelah dah macam ni nak buat macam mana ...

Bersambung:

17 Mei

Emak selamat menjalani pembedahan .Tissue itu telah dikeluarkan dan doktor dapati ada nanah di situ. Emak batuk teruk. Emak juga sudah hilang selera makan dan minum. Emak perlu kuat utk hadapi kesakitan ini . semoga emak cepat sembuh.

Bayarn hospital juga meningkat. Buat masa ini hampir 43k .. kami masih menunggu keputusan abang yg paling arif samada nak teruskan rawatan di KPJ atau tidak. Apa apa jua aku sedia berkorban utk mak janji mak terus sihat insya Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...