Sabtu, 5 Januari 2019

nurse dan linda rafar



Dah lama aku nak luahkan pandangan aku pasal nurse ni
 .Sebenarnya aku tak nak memihak mana mana belah . cuma ku nak bagitau mmg ada benarnya apa yg Linda Rafar nyatakn sikat sesetengah golongan nurse ni . Tapi! tak semua macam tu
ada yg baik dan sangat membantu. Cuma ada segelintir kecil sahaja yg sellau buat muka atau cop kita macam macam.. biasalah kan! 
cuma nya pengalaman aku bila anak masuk wad atau mak , aku tak tunjukkan sangat kita ni cerewet. lebih krang aje. Selagi mampu buat kita buat. Cuma ada part part tertentu yg aku kena bertegas aku bertegas lah. Case aku , nurse memang kenal kalau kta wad Paeds tu atau SUrgical . so aku tak risau sgt. kalau ada nurse yg si=ombong ke apa ke ..aku layan baik baik aje..sebab pada aku selagi anak aku dlm rawatan mereka aku tak perlu nak sombong sgt, Kalau diorg tak nak buat ke apa ke.. kita buatlah kan . Pernah sekali tu nurse suruh tukar katil . biasa nya bila tukar katil lemari kecik sebelah kati tu kita tolak je ke katil baru kita ..so bila nurse kata " mak ( nurse panggil mak") kita tukar katil ya.." so aku kemas lah semua barang barang letak dalam locker tu sebab senang nak bawak . pastu ada sorang mak patiet ni kata ."akak tak payah buat, sepatutnya nurse tu yg tolak.(locker kecik tu ) .." dia cakap sebab dia tahu itu bukan kerja parents tapi kerja nurse. Dia pun nurse kat Hospital melaka bezanya dia kerja wad dewasa ..bukan wad kanak kanak.

kalau nak ikutkan mentaliti nurse di goverment ni berbeza dengan nurse kat private. sebab private nurse lebih cekap berbanding di goverment . ni menurut pandangan kakak aku yg kerja sebagai nurse di IJN lah . dia kata nurse kerajaan semua bergantung pada doktor tak berni nak buat sesuatu. yelah kalau salah kang nurse dipersalahkan pulak .

Nurse dan Linda Rafar

Cuma sebilangna kecil sahaja yang berperangai begitu. Hakikatnya ada beribu banyak nurse yang jauh lebih baik .

Masa Iyad dalam NICU ada nurse susukan iyad,berikan kata kata semangat pada aku saatt aku rasa down sgt..Bila iyad membiru setiap kali diberi susu dan pernah sekali nurse susu kan iyad dalam incubator dan Iyad berhenti bernafas, Nurse kata budak premature mmg boleh jadi terlupa bernafas. pastu kita kena geletek geletek kaki dia kejutkan dia suh bernafas. Boleh pulak ekkk ko main lupa lupa ..adoii!

Ada nurse yang jaga anak kita macam anak dia. ada juga nurse yang amik mudah.Nurse ni yang aku tengok baik baik Allah SWT mudah urusan dia keje. mana yang sombong ni tak tahulah macam mana ...

tapi aku rasa apa yg jadi pada Linda Rafar sebenarnya penah jadi pada org lain tapi kami tak voice out.sebab pada kami perangai dua tiga ketoi nurse yang tak senonoh ni tak mampu menutup kebaikan nurse nurse yang lain .

Sebenarnya bila anak kita sakit masuk wad, emosi kita sebenarnya semulajadi dh tercedera. mudah terasa dan sangat memerlukan kata kata yang baik dan sokongan. Tapi nurse juga sangat2 sibuk menguruskan pelbagai hal, maka kita tak boleh mengharapkan apa apa . selain memudahkan dia bekerja . itu sahaja.

Goverment hospitalni banyak pesakit bukan macam swasta. pesakit dia silih berganti masuk, macam mcam kes besar.

cuma aku nak bagitau the best pediatric surgeon utk kanak kanak terutama bab perut ada di hkl. Jangan bazirkan wang korang ke swasta . pergi cari Doktor Zack atau Dato' Zakaria di Institut peadiatrik HKL . dia mmg hebat bab gastro . Insya Allah ! unsang heroes doktor doktor ni .

dia ada buat part ime kat KPJ, dan paham paham jelah berapa bayaran kalau buat rawatan kat KPJ ni kan ..

sejak aku menjaga Iyad di HKL dari usia dia 4 hari aku jumpa macam macam penyakit budak kecik ni . termasuklah aku penah tengok kemaluan baby khunsa dan baby kembar siam .

ada 1001 kisah di hospital ni . semuanya menyayat hati hanya yang kuat sahaja diuji sebegini.
paling tak tahan bila aku lihat sendiri pasangan ibu bapa muda yang discharge anak prem nya pulang ke rumah dengan menaiki moto. korang bayangkan bawak baby besar tak sampai 2kg redah kl nak balik ke rumah . ada yg amik teksi . dan macam macam jenis kesulitan .

ada kes yang mak jaga anak di hospital HKL. manakala suami pulak ada di hospital kuantan admitted pada masa yang sama

Anaknya kanser hati. sampai doktor dh bagitau mmg takde apa rawatan yang boleh doktor lakukan. tiga lagi anaknya di rumah uruskan diri dan sekolah sendri. Aku dapat tahu lepas anaknya meninggal dunia . si Mak nya ke hospital kuantan pula menjaga suami nya yang sakit .

itulah berat mata memandang berat lagi bah yang memikul. subhanallah.

Nasihat aku pada Linda berdamai sahaja lah . Mak kita lebih utama. Abaikan benda lain . Allah SWT kan ada.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...