Sabtu, 12 Januari 2019

BRACES

ini adalah impian aku. 
Impian nak punya gigi yang cantik.

bila aku dh rasa yakin aku nak  buatlah braces ni. 
so, step pertama aku dtg klinik dan jumpa doktor. 

aku nak tanya opinion dia. 

dia belek lama gak gigi aku.pening. 
pertamanya , gigi aku ni tak cukup bilangan ada missing. yang missing nilah membuatkan gigi aku jarang jarang. 

tapi kan aku pelik . sebab aku baca hadis haram hukumnya menjarangkan gigi. bermaksud org yang gigi jarang ni beruntung ke,sebab org nak jarangkan gigi..gigi aku dh sedia jarang.

ni aku amik dari laman web Mufti Wilayah Persekutuan 
Matan hadith 
Di sini kami datangkan  matan hadith yang berkaitan menjarangkan gigi:
  • Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لَعَنَ اللهُ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ ، وَالنَّامِصَاتِ وَالمُتَنَّمِصَاتِ ، وَالمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ المُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

Maksudnya: “Allah SWT melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu. Orang yang mencabut bulu mata dan orang yang diminta cabut bulu matanya. Orang yang menjarangkan giginya demi kecantikan sehingga merubah ciptaan Allah SWT”. [Riwayat al-Bukhari (di dalam riwayat al-Bukhari tidak disebut “وَالنَّامِصَاتِ”), no. hadith 4507, 5476, 5487 dan Muslim, no. hadith 3966]

Hukum Hadith
Hukum hadith ini adalah sahih dan ia juga merupakan hadith muttafaqun ‘alaih (متفق عليه) kerana ia diriwayatkan oleh Syaikhan (Al-Bukhari dan Muslim).

Definisi menjarangkan gigi (تفليج الأسنان)
Menjauhkan atau menjarakkan gigi antara satu sama lain bagi menampakkan kemudaannya (usia yang muda) dan menzahirkan kecantikan giginya. [Lihat: Sahih Fiqh al-Sunnah, 3:50]

Syarah al-Hadith
Adapun menjarangkan gigi merupakan perbuatan orang-orang yang sudah tua atau orang-orang yang usianya hampir dengan usia tua bagi menzahirkan kemudaan dan kecantikan giginya. Ini kerana, meninggalkan ruang kecil (menjarangkan gigi) biasanya berlaku pada budak-budak perempuan yang kecil. Apabila wanita itu sudah tua dan usianya telah lanjut maka dia melakukan hal sedemikian bagi menampakkan kecantikan pada giginya dan memberi gambaran bahawa usianya masih muda. Selain itu, ia juga dinamakan al-Washr iaitu mengikis gigi (menipiskan gigi). Hal ini juga adalah dilaknat oleh Allah SWT sama seperti mengjarangkan gigi. Perbuatan ini adalah haram bagi orang yang melakukannya dan juga orang yang meminta untuk dilakukannya sebagaimana yang terdapat di dalam hadith ini. Tambahan pula, ini termasuk di dalam mengubah ciptaan Allah SWT, pemalsuan dan juga terdapat unsur penipuan. Manakala makna, orang yang menjarangkan giginya demi kecantikan membawa maksud untuk menzahirkan kecantikan semata-mata. Ini juga memberi isyarat bahawa perbuatan ini adalah haram apabila orang yang meminta untuk melakukan hal tersebut untuk menzahirkan kecantikan semata-mata. Bagi orang yang berhajat kepadanya demi perubatan atau aib pada gigi dan yang seumpama dengannya maka ini tidak menjadi masalah. [Lihat: al-Minhaj, 14:106]
oklah berbalik citer aku nak rapatkan gigi aku. 

so mmg gigi depan aku jarang .agaklah jarang nya . 
sampai ada yang ingat gigi depan aku dh tercabut.

jap !aku tayang gigi aku dulu kt korang.
susah pulak nak mengodek gigi aku dalam album ni ..

perasan tak gigi aku yang jarang tu?
sebab itulah aku susah nak senyum nampak gigi. terasa kelemahannya di situ.
dulu aku ingat org taknak kawin dengan aku sebab gigi aku jarang boleh pulak...


ok! apa opinion dr tu.

doia kata gigi aku taklah teruk sangat. pastu kalau nakbuat kos dia agak mahal sebab banyak yg kena buat.
satu aku kena pakai braces lama dalam setahun. dua aku kena buat tiga bridge tu cepat dan agak mahal. satu dalam 600 so tiga 1800. pastu dia cadangkan aku buat wax up dulu supaya dapat tengok macam mana yg aku suka atau tidak...

dia kata kalau braces kena dtg appoitment sebulan sekali...masa tenaga amat diperlukan utk cantik.

emm..pastu dari gaya gaya dia cakap mmg dia taklah suh aku buat braces tu . Ibaratnya tak perlu pun.

lebih kepada cosmetic je bukan dasar mengembalikan fungsi. remaja lain lah ..semangat nak cantik tu agak membara . so lain lah sikit. msacam kita ni dah kawin dah ada anak lain lah sikit..


oklah ! tapi klinik gigi dr ain taman tasik ni mmg best doktor dia pun baikk sgt ..lembut dan friendly gila. 

sukalah ! 

kasik opinion pun berteraskan Islam . Tanya suami kata apa ..kalau dia ok takpelah ..

korang boleh tengok kat FB Klinik Pergigian Dr Ain. 

aku sekarang dalam dilema .
boleh tak korang vote? 

siapa baca kasik opinion korang ekkk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...