Jumaat, 21 Februari 2020

Khamis, 20 Februari 2020

Kisah Balu Abam

TAK LAMA SELEPAS ABAM PERGI .....

Tak lama lepas Arwah Abam meninggal dunia , timbul pula isu balu abam yang ibarat hilang tali bergantung bila punca pendapatan iaitu Abam telah meninggal dunia.

Isu ini timbul atau diketahui khalayak bila satu video merakamkan Dato' Aliff Syukri telah pergi ziarah ke rumah balu Abam, iaiitu Hidayah . Antara soalan yang ditanyakan ialah .."betul ke kereta kena tarik?" ..jadi Hidayah dengan berat hati cerita apa yang berlaku. 

bila tengok video ni baru lah netizen tahu yang Hidayah telah keluar dr rumah nya bersama Abam dan tinggal bersama ibu dan ayahnya.

Kasihan juga pada Hidayah ..dh lah sedih kehilangan suami hilang pula punca pendapatan. 

Paling netizen geram bila ada satu post Ali Puteh yang menggelarkan isteri abam berhati binatang! ..tak pasti Ali menghina kakaknya sebegitu..


Ini satu posting org share pasal apa yang Ali buat tu tak betul ..


Ini pula tulisan seorang lawyer . Apa patut isteri buat bila suami meninggal dunia. 




Jangan sampai ditendang ke sana sini umpama bola gara-gara tidak tahu prosedur yang betul menuntut harta pusaka suami yang dah meninggal. Jangan sampai maruah anda dipijak hanya kerana anda tak tahu nak membela dan mempertahankan hak anda sendiri!
.
Saya membelek senarai dokumen yang diserahkan seorang wanita yang baru setahun kematian suami. Saya perasan macam ada sesuatu yang tak kena. “Kamu dah uruskan insurans, akaun bank dan kereta ni semua?”
.
“Sudah puan.. saya sudah uruskan semuanya. Hampir 10 bulan saya uruskan tapi tak selesai-selesai lagi. Sekarang ini rumah pulak nak kena mohon. Urus pusaka memang macam ni ye puan? Saya dah penat..”
.
Saya menggeleng.. rasa terkilan sebab masih ramai wanita yang tak dapat maklumat yang lengkap untuk mengurus harta pusaka dengan betul. “Boleh ceritakan apa urusan yang puan dah buat?” Tanya saya sekadar nak tahu sejauhmana laluan ‘berliku’ yang dah dilaluinya..
.
“Suami ada tinggalkan wang simpanan di bank. Saya pergi ke bank untuk keluarkan duit. Pihak bank suruh saya pergi ke Amanah Raya untuk dapatkan surat Arahan. Saya pergi ke Amanah Raya. Pihak Amanah Raya pula suruh saya ke Mahkamah Syariah untuk mohon sijil faraid. Saya ke Mahkamah Syariah pula untuk mohon sijil faraid. Dah dapat sijil faraid saya hantar ke Amanah Raya. Saya pun dah ke JPJ untuk urusan yang sama. Dalam surat JPJ ada minta beberapa dokumen dan saya pilih untuk uruskan dengan Amanah Raya sahaja”.
.
Kalau dah berurusan di sana, kenapa baru sekarang puan nak jumpa peguam?
.
“Sebenarnya saya dah tanya ramai orang..kat mana saya nak uruskan harta pusaka ni. Tapi jawapan mereka berbeza-beza. Ada yang suruh saya ke pejabat tanah. Jadi saya ke pejabat tanah daerah. Pejabat tanah daerah suruh saya buat carian persendirian tanah tu di pejabat tanah negeri pula (sebab hakmilik tanah adalah HS.(D)). Saya dah buat carian dan pergi semula ke pejabat tanah daerah. Pejabat tanah daerah dah bagi saya borang permohonan pusaka..”
.
Kemudian? Kenapa tak teruskan permohonan? Tanya saya semakin tak sabar..
.
“Puan.. anak saya masih kecil. Suami cuma tinggalkan rumah ini sahaja untuk saya. Mak ayah mertua dah dapat pampasan insurans suami. Tak ada cara ke macamana saya boleh dapatkan rumah ini untuk saya dan anak? Sebab mak ayah mertua dah pernah bagitau.. rumah yang saya duduk ni atas nama anak mereka… “
.
Tak sempat habiskan ayat dia dah keluarkan sapu tangan dari dalam beg tangannya. Merambu air matanya. Mungkin dah lama sangat dipendam apa yang terbuku di hati.. usianya masih muda tetapi wajahnya jelas menggambarkan raut keletihan.. saya yang mendengar cerita pun dapat rasakan betapa letihnya dia mengurus semua seorang diri.
.
“… jadi mereka pun nak tuntut juga hak mereka atas rumah tu. Mak ayah mertua saya bukan orang susah puan. Mereka orang berada. Tapi sejak arwah hidup memang mak ayah mertua dan adik-beradik suami tak suka kami sebab kami bukan orang senang. Dia tak pernah pelawa cucu dia sendiri makan di rumah dia puan. Bila suami meninggal, dia dulu yang tuntut insurans suami. Tak bagi pun kat anak saya. Duit tu saya tak kisah sangat. Saya hanya nak rumah ini sahaja untuk tempat berteduh saya dan anak..”
.
Baru saya faham kenapa dia tak teruskan permohonan sendiri. Beliau rasa tak selamat untuk teruskan kerana ada isu yang beliau tak tau jalan penyelesaiannya.
.
“Puan tau tak, sebenarnya puan tak perlu pergi semua tempat tu. Jika arwah suami ada tinggalkan rumah atau tanah, puan sebenarnya hanya perlu mohon terus di unit pusaka kecil di pejabat tanah sahaja. Perintah dari pejabat pusaka tu nanti boleh digunakan untuk keluarkan duit di bank dan tukar nama kereta di JPJ dan juga untuk tukar nama pemilik rumah dalam geran. Jimat masa dan tenaga. Tak perlu mohon faraid pun sebab di pejabat pusaka tu dah ada pegawai yang mahir kirakan faraid”.
.
Terkejut dia dengar saya bagitau macam tu. “Patutlah saya rasa macam orang bodoh je puan. Tak ada siapa pun yang bagi maklumat macam tu. Suruh ke sana saya ke sana. Suruh ke sini saya ke sini. Kadang rasa macam bola kena tendang ke sana sini. Dahlah keluarga mertua langsung tak ambil kisah.. sekarang apa perlu saya buat puan?“ ada harapan dalam nada suaranya.

Sumber facebook: https://www.keluarga.my/tuntutan-hak-bukan-mata-duitan-peguam-ini-jelaskan-sebab-isteri-kena-tahu-hak-setelah-pemergian-suami-2/

Jumaat, 7 Februari 2020

3 hari Imran di asrama

alhamdulillah akhirnya Imran boleh balik rumah setelah tiga hari di asrama...kihihi


lepas ni dh tau lah ..kena ambik dalam jam 3.30 petang kalau awal lagi buat penat je menunggu...jenuh!


ada lebih kurang 4@ 5 bas amik budak budak ni balik solat jumaat 

sampai sampai dia bagi buku writting pad dengan pencil box dia ..selak nampak ni ...wink!

dia naik atas kejap amik barang barang dia ...lega mak tengok dia pandai pikir kena amik barang

menyoroklah konon nak kasik surpprise kat adik adik ya..last last sorang pun tak pasan dia hahah!

dan lagi buat peacee

so ibu lanje pizza ...bagi diorg happy sikit 

alhamdulillah ..mak tengok dia makin sihat ..dah ada kumis kat atas bibior ..ermmm....
tapi satu mak nampak masih malas lagi solat ! ..harap ada kesedaran nnt ...

baik baiklah imran


Selasa, 4 Februari 2020

DIARI IMRAN : MOZAC ARRIVAL DAY

malam seblum hari mendaftar

aku check kasut Imran rupanya ayah dia salah belikan dia kasut..dia beli kasut yang tidak menepati ciri-ciri kasut sekolah asrama penuh.. satu mesti berkulit, bertali dan bertumit, mcm kasut polis ...atau org opis

mmg aku mengamuk .bukan apa .membazir beli kasut yang salah lepas tu ni nak beli lagi...

jadi aku mmg asyik gaduh je dengan imran ...aku akan cakap takkan " itu pun tak tahu ..!!!"dan imran akan cakap " mana imran tahu ....!!"

maka petang tu aku gagahkan jugak amik semua anak dan pergi jusco beli barang dia lagi .

aku beli sepatut dia RM139, aku beli sandal dia RM80 kat bata , nyaris aku tak beli lagi tali pinggang rupanya dh termasuk dalam barang yang dibayar..pastu aku cari marker pen permanent dan wallpaper nak balut locker dia ..nyesal baik beli kat MR DIY lebih banyak dan berbaloi..rm15.

lepas tu melayan kan diorag kami makan kat Mc Donald Bukit katil yang baru aku beli set family RM88...

saja aku jenis suka calculate semua benda ..

aku rasa ada banyak fasa sebelum imran masuk asrama aku ni asyik beli buku dia je...

1) masa kat jusco IPOH - beli bed protector, beli kasut yg salah tu (RM70), beli slack dua helai, beli stokin lagi kat bata ..sebelum tu beli selipa PUMA kat Al ikhsan + track suit satu lagi


2) pergi jusco melaka dengan ayah dia: beli baju putih, beli spender dua kotak (ni pun mahal bukan main satu kotak dalam RM20) beli kemeja putih, beli box simpan barang2, beli mangga kat daiso akhirnya tak dapat pakai RM5.90, singlet 2 pasang...

3) keluar dengan ayah dia- beli songkok, beli baju melayu dua pasang, seluar tido dua pasang, ayah dia kata " ni tadi habis 200..." emmm

4) singgah NSK melaka beli barang mandian dan makanan dia sikit air kotak orea, munchies, 

5) pastu yang aku keluar beli barang semalam RM230


aku kira kira kos beli barang dia semua adalah dalam : RM1000 lebih gamaknya ..lantaklah janji mahu belajar elok elok..


PAGI HARI KEJADIAN

sebab malam susah tido aku bangun jam 6.20 aku tak solat ..turun bawah basuh pinggan semalam sediakan coco crunch baru aku naik mandi dan bersiap ..aku suruh imran masukkan barang dalam kereta... aku dh siap suruh semua masuk ..elok je aku mausk kereta tanya orked mana beg dia kata tertinggal dalam rumah aku mengamuk lagi ...

mulut membebel..pukul 7.25 keluar rumah ..dah dekat 7.40pagi baru hantar ihsan dan iyad.

lepas tu ondaway hantar orked imran bagitau dia tertinggal purse ..dalam tu ada ic...dah lah sebelum tu aku kena ke sekolah aku fail yang semua sijil ada pengesahan tertinggal jenuh aku nak minta balik sign En Zul...

aku bebel lagi dalam kepala ligat pikir nak keluar duit ASB seribu buat topup apa yang kurang masa pendaftaran nnt ..aku kena ke sana sebelum jam 9 pagi..pendaftaran 9 pagi kat MOZAC...lepas hantar Orked kami singgah breakfast ..jumpa mama eisya ..anak dia sama imran di TUN SAS sekarang di TKC agaknya ..

aku sempat ke pejabat pos ..isi birang nak keluar duit asb seribu ..dia kata tak boleh ada lima ratus je...aku kenen kenen sikit budka tu dapat lah rm900 jadiklah ..takut takcukut duit yang suami aku kirimkan ...

masa aku sampai ramai yang dh sampai...imran tadi no 7 utk bayar yuran kira lewatlah ..sebelum keluar kereta aku ngamuk lagi bila dia tertinggal semua baju sekolah ...aduh!!! mmg stress aku..pikir balik ngape nak stress kan memang nak balik rumah jugak nnt ..amik jelah ...

imran dapat bilik MOZAC1, kelas OMEGA...lepas dah menunggu sambil membebel ..dapat lah no pendaftran tak sangka cikgu kelas imran aku kenal..nama dia Ustazah Syukriah ..dia pulak kata kenapa keluar Sultan Muhammad ...sayang ..! aduh pening aku ..tapi mmg ramai ex sultan muhammad masuk mozac..dorm imran je hampir 5 orang kut ..kebanyakkan nya student mozac melaka 80% orang melaka...

lepas tu aku beratur nak beli barang ..nak sampai turn aku kena pergi dewan pulak ada taklimat dengan GPK 1. Pn Hajah Salmah atau nama samaran BONDA...

oklah ..short cut!. ..aku naik bilik lambat semua org dh cop locker dengan katil ..imran terpaksa amik katil paling hujung dekat tingkat ..eloklah dapat tengok permandangan ...best apa ...locker pun besar ...banyak barang boleh simpan ...

lepas pasang cadar  bagai , aku ajak imran keluar dulu nak beli barang lagi sikit..

so kami ke MR DIY beli mangga ..5.30 kot ..lagi berbaloi ...dr daiso ....lepas tu beli walpaper lagi dan hanger, topup hanger yang ada...

lepas tu kami balik rumah ..dalam jam 3.30 keluar balik .singgah tailor jahit lencana imran ..aku tak penah jahit lencana kat luar selalu jahit sendiri je pakai tangan ni sebab nak cantik pergilah upah ..tak sangka aku satu baju dia charge RM 3..bila aku google mmg harga biasa RM2 ..dia kata tak penah jahit lencana ke sebab aku tak tahu harga ..mana pernah ada sekali itu pun dh lama rasanya baru RM 1 satu lencana..cekik darah!!

tu bed protector imran akemi brand 
oklah ..kami terus ke mozac..aku pakai naik ke asrama mana tahu ingatkan boleh masuk rupanya tak boleh ..aku tolong kemas locker imran ,pasang lapik wallpaper, pasang sarung bnata yg tadi tertingall takdapat...kemas almari dia ..sekali cermin jatuh ..berderai kaca..dah lah dalam bilik dia takde penyapu ..jenuh macam ni ...
'
tapi aku suka konsep takde tog sampah nak elakkan monyet selogkar ..memang takde sampah weh..budak tak buaang sampah merata rata ..kat kellas tak pasti pulak macam man a...tapi sekolah diorg ni sikit je student adalah dalam 600 oarang student ...tingkatan satu sahaja ada171, 127 tambah 44( intake kedua)...

dalamjam 5 lebeh jugak segala urusan selesai ....

YURAN ASRAMA PENUH

RM1300 termasuk yuran makan 1 sem 

pastu barang koperasi dalam RM550

TOTAL : RM 1850 hanya bayaran di sekolah belum masuk total beli semua barang ..

patutlah masa Nadhirah dapat asrama dia tak pergi kos terlalu mahal hampir RM 5 ribu sekali masuk asrama ...(masuk sultan muhammad total hangus 700)

inilah pelaburan jangka masa panjang ..lepas ni dh tak payah beli banyak banyak ..guna sahaja apa yang ada ...


 ok ..cukup dulu nanti share lagi ..


*** imran ada call ..aku cakap nak bagi buku kat dia ..suruh guna semua buku tulis sultan muhammad hari tu 


ALBUM IMRAN MENDAFTAR DI MOZAC

Tiga orang tengah tu kawan sek rendah Imran 

gambar depan dewan ...

bangunan kelas 

bangga lah dia jadi Muzafarrians

locker besar sama utk semua SBP ..buku beg sekolah semua letak dalam locker ..nnt pandailah dia adjust 

katil tepi tingkap ..

bangunan surau yang open style 

Yakin je bila dh ramai kawan ...

pagi pagi ibu panjat bukit MOZAC hantarkan buku sekolah kau !

tak lah rindu teringat aja...

Ahad, 2 Februari 2020

SEKOLAH RENDAH SWASTA

Di Melaka sekolah iMusleh paling popular dekat Melaka Perdana..dan terbaru ada sekolah rendah yg akademiknya sama dengan Little Caliph sennag cerita sambung tadika naik sekolah rendah di situ..dan yg aku ada dengar sekolah rendah bawah PASTI

di KL mmg banyak sekolah rendah swasta ..antaranya bawah UIA namanya SETIA BUDI, in aku tahu sebab kawan aku hantar anak di sini..

Paling mahal antaranya CEMPAKA SCHOOL..scha dan awal hantar anak dia Lara kat sini..

kwang kwang kalau mampu silakan ..
tak kenapa tertiba aku nak tulis pasal sekolah swasta sebab aku perhatikan pengalaman anak anak aku sekolah di Melaka ..walaupun cuma sekolah rendah kebangsaan biasa tapi Insya Allah anak anak ini mampu berjaya .

Ada kawan aku yg takut anak terdedah dengan gejala negatif sehingga enggan hantar anak sekolah rendah . Sebenarnya tidak semua sekolah rendah ada budak jahat .. kalau anak kita kelas depan pasti anak anak kita bergaul dengan budak yg datang dari family background yg baik ..jadi jangan risau ..guru guru sentiasa memerhati pelajar pelajar ini mereka takkan di biarkan bergaduh bermain sesuka hati di sekolah ...

kalau ada pelajar yang nakal mereka ini sememangnya liar di rumah ..maksudnya suka melepak luar rumah, berkawan dengan budak lebih dewasa, join mat mat motor, merokok ..semua habit buruk ni bukan develop di sekolah ...takkan jadi nakal sebab hantar sekolah rendah ..sepanjang aku bekerja jadi guru kat sekolah menengah selama 14 tahun ..aku perasan eplajar yang nakal ni berpunca dari pergaulan ..tapi pergaulan yg tak baik ni dia sendiri yg cari ..dia yang suka bergaul dengan budak budak yang nakal..aku ingat aku ada pernah telefon seorang parent pasal anak dia tak beli buku ..dan paling aku sakit hati parents dia backing anak dia dan kata " sy boleh bagi duit cikgu belilah buku .." siap ayah dia naik pejabat nak terjah aku sebab call anak dia bagitau anaknya tak buat keje ...masa tu Mr Ng Chin yang jadi guru KANAN HEM ...dia tak call aku sebaliknya defend cikgu lagi ..last last budka ni di tangkap sebab ada case mencuri kat JUSCO..

aku cuma nak cakap perangai buruk ni tak jadi secara tiba tiba ..dia develop ..jadi kita mak ayah bila nampak perangai anak mula cenderung ke arah tidak baik ..kita amik tindakan supaya tidak merebak 

jangan musnahkan masa depan anak anak dengan pendekatan taknak hantar sekolah takut budak budak ni bergaul dengan budak nakal ..salah fahaman tersebut.

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...