Khamis, 27 Oktober 2022

Terengganu 2022- Day 1

 Assalammualaikum Day 1 di Terengganu ...kami bangun dan pergi cari makanan utk breakfast..tak jumpa warung yang best ..cuma kedai ni jual nai bungkus..sebab nak cepat ..kami beli je nasik bungkus ni ...ada nasi dagang, nasi berlauk, nasi lemak dan lain lain ... kuih pun ada macam macam jenis 

suami dan Imran solat Jumaat di Masjid Zainal Abidin ni

masa sebelum turun kereta aku mengamuk taknak makan ..sebab ingat kedai india ..rupanya kedai Islam ..nama D Naj Nasi Daun Pisang
sebelum tu kami makan di nasi daun pisang D Naj di Pekan kuala terengganu..ni rekemen by Prof Zul Kadir, kawan sama sama main tenis suami aku ..tapi kami makan rasa biasa je taklah sedap sgtt...oklah...
                                                 

perkhidmatan basikal ni kena bayar dan ada qr code yang kena scan ..lokasinya dekat Pasar Payang 


keluar pasar payang nampak DrawBridge ni apa lgi ..kami bergambar puas puas, masa ni tengah hari mmg takde sapa nak dtg sini bergambar..

ada tempat ni ..kami pun bergambar lagi ..








banyak makanan terengganu di jual yang mungkin kami tak jumpa di tempat lain ..tapi sebab tak biasa makan kami beli pun ..beli benda yang biasa kami beli je ...

hari pertama duduk je ..sebab jumaat banyak kedai tak bukak ..tp ahad ramai orang 

dr jauh nampak tulisan nama Allah ni..kalau kat IPOH tulis IPOH besar besar













lepas kami ke pasar payang sebab keadaan yang sgt tak selesa kami balik homestay ..aku nak bersalin pakaian terlebih dahulu ..cadangnya petang nak keluar balik ..tapi tak ..kami tidur sampai maghrib dan lepas maghrib baru keluar pergi makan ..makan malam anwar belanja total makan RM105...tak best sgt makan malam ni ..ermm..aku share nasi goreng paprik dengan Iyad 


so pengalaman hari pertama yang mensia sia kan masa yang ada esoknya kami rancang betul betul nak ke mana ..

so esoknya kami ke Masjid Kristal, Muzim Negeri , Pok Nong ICT dan pantai Tok Jembal.

Rabu, 26 Oktober 2022

Terengganu 2022

 Assalamualaikum apa khabar semua kami baru balik dari Terengganu rupanya bila aku tengok balik pos-pos lama kali terakhir aku datang Terengganu pada 2015 sekarang dah 2022 lama betul aku tak datang ke Terengganu 

sebenarnya tujuan datang ke juga tu kali ini bukanlah untuk bercuti sangat tetapi untuk menemani suami yang ada tournament tennis di UMT kami bertolak pada hari Khamis 03:00 petang selepas ambil Imran balik dari asrama itu pun ada problem masa nak ambil Imran tiba-tiba Pengetua dia tak kasik balik…Nasib baik lepas dah cakap baik-baik Pengetua dia lepaskan itu pun dengan amaran lah 

Yang penting dapat balik takkan lah aku nak tinggalkan Imran seorang-seorang kat asrama esok tak ada siapa nak ambil dia balik asrama memang nak tak nak dia kena balik Khamis tu okeylah kami mulakan perjalanan ke Tangkak otw itu suami aku drive Sambil bercakap dengan kawan dalam telefon aku pula tidur memang penat sebab baru balik sekolah kan tak lama lepas tu kami berhenti untuk ke tandas tak silap aku masa tu dekat area-area Segamat  kami berhenti untuk beli jagung rebus




Okey seterusnya kami meneruskan perjalanan sampai ke Muadzam. kami sampai Muadzam dalam 07:00 lebih dah nak azan maghrib kami  singgah untuk makan di kedai Cachar kuetiaw kami silap tak order char kuewtiaw goreng banyak-banyak sebab malam tu ihsan nak makan Siakap tiga rasa so kita orang order Tomyam campur, telur dadar, dengan ikan Siakap tiga rasa seterusnya kami meneruskan perjalanan. Total mkn dlm Rm75




Scary betul masa nak drive daripada Muadzam tak sampai ke area Kuantan sebelum masuk Lebuhraya LPT . 

jalan sangat gelap dan banyak lori memang susah nak drive …tambah kereta pun tak nampak sangat sebab gelap beberapa kali juga lah nak potong tapi tak berjaya ada lori itu dia bijak dia drive dan beri kami isyarat gunakan lampu dia. Kalau lampu belakang kiri menyala tanda kami boleh potong tapi kalau lampu kanan menyala tanda kami tak boleh potong, bagus lori itu buat macam tu sekurang kurangnya kami yang kat belakang ni nampak apa yang berlaku di hadapan lori tersebut sama ada kami boleh potong dia ataupun tak…

Lepas dah sampai Kuantan masuk Lebuhraya ke pantai timur alhamdulillah keadaan semua okey. budak-budak semua tidur hanya tinggal aku dan suami sahaja yang drive sampai Kuala Terengganu lewat juga kami sampai homestay dalam 12:30 am lebih kurang… okeylah esok aku akan sambung cerita hari pertama di Terengganu







Nama homestay kami AG Tok Jembal.. oklah not bad… aku paling suka dapur dia cantik….

Lepas tu selesa lah jugak tapi utk toilet kurang sikit… lain lain ok … ada mesin basuh dan iron tu part paling best! 

Kiranya persepsi aku berubah lepas ni prefer dok homesty dr duduk hotel.. plus boleh basuh baju dan masak..hehhe

Ok lah nnt share program esok.


Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...