Khamis, 4 Mei 2023

Kellie Castle,2023

Seumur hidup aku pertama kali aku sampai ke kellie Castle ni ...kedudukan nya di Kg Gajah,aku selaku Konfius kg Gajah dengan Batu Gajah. 

Menurut Wikipedia, Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghuldi bandar AgraIndia. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

Menurutnya lagi sebenarnya bangunan itu tidak sempat di siapkan ..katanya bangunan yang mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen. 

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan LisbonPortugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya


emmm..tapi mmg unik penciptaan bangunan ini ..kalau tidak masakan Anna of the King memilih nya sebagai lokasi pengambaran .

banyak lagi cerita menarik pasal tempat ni ..antara nya boleh tengok di sini ..https://youtu.be/kzKT9MVHmFk


































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...