Jumaat, 7 Julai 2023

Iphone buat Hal

 Aku ni sedaya upaya taknak pergi jusco

Bukan apa kalau keluar .. mesti habis duit. Makan lah tengok wayang lah… ntah apa apa… so baik aku duduk rumah masak apa yg patut. Nak iron baju .. byk lagi keje nak buat. 

Tapi di sebabkan telefon rosak gigih aku nak ke Machine baiki telefon. 

Aku tak ingat beli hp kat mana. Aku punya telefon jadik white screen… aduh! 

Nak repair bayar mahal. Aku geram sebab bila dh nak hantar dia kata aku kena email dulu .. report . Baru mereka boleh terima. Kalau diorg tak dpt email apa apa mereka tak boleh terima apa apa.. oklah.

Dalam masa yg sama aku book org tukarkan bateri kereta aku. 

Lepas tu… aku rupanya tak matikan enjin, masa aku park kereta. Patut bila aku nak park asyik bunyi ja. Aku ingat bateri dh kong betul. Aku pun keluarkan key yg berbentuk kunci utk lock pintu. Ondaway ke jusco aku call org tukar bateri. 

Aku park terus masuk jusco. Ya Allah! Bila org bateri sampai ke kereta aku. Dia tanya akak bukak enjin ke . Aku kata tak. Rupanya aku parking dlm keadaan enjin terbuka dan aku tak perasan. Ya Allah kalau pintu tak berkunci,oleh je org bawak lari kereta aku. Dh tak mati enjin kan .. 

lepas tu minyak dh habis hampir separuh. Aku tak dpt nak bayangkan situasi aku kelure jusco berjam jam lepas tu sampai kereta minyak habis.. tak boleh start kereta. 

Rupanya kalau bunyi tik tik masa nak kunci tu check enjin … pastikan takde bukak enjin . 

Ya Allah . nasib Allah swt pelihara kami. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...