Isnin, 25 September 2023

Chan Mari Chan

Lama dah niat nak  bawa diorang jalan-jalan pergi makan ke Chan Mari chan. akhirnya hari Sabtu lepas, bawa Imran Outing dan makan-makan di chan Mali chan 


Konsep kedai ni macam beratur dan ambil mangkuk tingkat yang kita nak …kita boleh pilih pelbagai jenis lauk yang kita nak beli dan yang best nya harga dia tertera jadi tak timbul isu mahal atau tidak… kalau kita rasa nk kita ambiklah…Ada banyak menu yang paling sedap gulai udang,udang dia besar kemudian kalau tak nak makan nasi yang lauk lauk  ni boleh pilih untuk makan nasi ayam tapi suami aku cakap nasi ayam dia rasa biasa-biasa saja






ihsan ambik menu kesukaan dia, Iyad pun ambil lauk..
Imran dan suami aku pilih makan nasi ayam dan air pula dah memang tersedia cuma ambil sahaja kalau nak order selain yang ada di sini boleh tekan order guna QR code di atas meja dari segi harga aku rasa okeylah tak mahal sangat tapi potion makanan dia tak besar so kalau orang yang kuat makan tak cukup lah tapi untuk saiz perut aku kira okey




Inilah lauk udang yang Aku cakap sedap tu korang boleh cuba beli nak cakap kari bukan kari tapi entahlah sedaplah pedas-pedas sikit


So kesimpulannya aku kasi 4.5 star kepada restoran chan Mari Chan okey nanti aku buat review lagi



 

Khamis, 21 September 2023

Terminate celcom

 Tahun 2020 aku ada dpt telefon free dan amik bil celcom yg rate 55 ke 65 plan asal. 

Tp pelik setiap kali bayar tak pernah byk tu. Mesti lebih jadi rm75 atau 85 pelik dr mana dtg charge nya tu. 

So tanya adik satu sekolah guna line apa. Dia bgtau Yoodoo. Oklh .. nak try prepaid yoodoo pulk . 

Kalau amik plan 20 g pastu amik fb dn telegrm baru rm35. Kawan satu sekolah amik rm25. Dia kata cukup ke .. 

kalau sebelum ni celcom hanya kasi 16 g je… line yoodoo ni bawah celcom jugak

So oklah kalau nak pakai. Kalau org rumah dia 



Sabtu, 16 September 2023

Pekan Lama Collaboratiob With Duck










Habis main tenis terus kami ke Plan B. Asalnya takde plan A atau Plan B. Tapi sebab Plan B je ada kat Ipoh sonkita ke Plan B je..

Tapi sampai sampai ke Plan B, terus tukar plan ke Pekan Lama. 

Nampak ramai org makan dalam ni .. so hujan hujan ni mmg sedap pekena laksa… kita cuba laksa ipoh. 

Mantul ke tak..

Nnt kita up gambar dan kasi review.


** tolong promo homestay kitorg .. bulan ni cam sendu sikit

 

Selasa, 12 September 2023

Homestay bertambah baik.

 Alhamdulillah sejak jum beroperasi. Kini hampir 3 bulan homestay amahafidz berkhidmat. 

Alhamdulillah looking forwad utk baiki lagi mutu servis. 

Terkini kita dh pasang aircond pada bilik ketiga. Kemudian tambah meja belajar, kerusi serta dua kerusi di meja makan.


Next time nak beli frame utk menambahkan seri rumah itu serta beli pokok pokok utk halaman rumah. 

Insya Allah harga boleh cecah 250 atau 280 di Airbnb. Kita yakin dengan keselesaan yg kita tawarkan.


Lepas ni kita upkan dengan kopi serta gula  dan biskut.

Wifi tu agak berat kena tangguh bil bulan2. Agak naik expenses kita. 

Kerusi yg dibeli di shoppe




Dah beli aircond baru, tapi bil eletrik pun bertambahlah..

Dah cat pintu pagar baru.., yeay kaler hitam.


Memandangkan tido keutamaan org dtg berehat .. so kita mak keluar modal sikit beli cadar ikea. Lebih sejuk lebih selesa .. doakan. 

Boleh korg side income. Lega sgt takde guna duit gaji.. pendapatan homestay ni membantu kewangan kita lebih baik . Dengan Izin Nya..

Budaya hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah  jadi trend sekarang..  hari tu kita...