setelah menggunakan ipad .. aku akui ipad ni ada banyak kelebihan ketika kita nak mengajar dan membuat catatan berbanding laptop.
tapi utk menaip dan membuat kerja ..laptop paling mudah. tapi kalau katakan kita cuma ada satu pilihan sama ada nak beli ipad atau laptop aku suggestkan beli ipad..sebab kita bleh beli keyboard asing . dan ipad terus dapat berfungsi seperti laptop.
aku beli ipad air M2 terkini baru keluar tahun 2024 ni ...mmg setakat ni aku berpuas hati dengan ipad. banyak benda aku boleh buat on teh spot . sebagai contoh nak amik kehadiran murid, nak edit dokumen , buat nota, kerja dan sebagainya .
so sebagai cikgu aku mmg sugggest korang beli ipad. dan paling best kalau korang guna LCD projector ipad ni boleh je connect terus tanpa guna cable..pastikan line internet kuat .
skrg aku sedang melihat lihat apps yang boleh digunakan untuk permainan interaktif dalam kelas.
barulah namanya PAK21. ada penggunaan teknologi dalam kelas.
kadang ada teknologi pun tak kena cara pengajarannya tak membantu juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan