Khamis, 1 Ogos 2024

Rumah sewa vs homestay


 Kalau korang ada sebiji rumah. Aku nak share .. korang patut jadikan dia side income

Pengalaman aku antara sew dan homestay better kirang buat homestay. 

1. Rumah terjaga

2. Lebih untung

3. Kita boleh tengok rumah selalu. 

Nak kata banyak kerj sgt pun tak juga. Kalau ko tak larat amik sebulan 4 kali kemasukan pun ok. ( bergantung stay berapa lama) 

Aku ada daftar dalam air bnb tapi ada benda yg aku tak suka. Pertama, duit lambat masuk. Penyewa dh keluar baru duit masuk. Kedua, kita tak dpt adjust. Maksudnya nak pilih bil dia nak duduk. Macam air bnb , booking dot com mmg best.. tapi kalau ko yg kena kemas mmg tak terkejar. 

Melainkan ko ada pekerja yg mmg bersihkan rumah . Itu ok.

Kalau ko macma aku, jenis nak kemas sendiri sebab tak puas hati org buat cincai.. kita nak jaga reputasi homestay. Tambah kita jenis kedekut. Dpt rm250 nk bayar org kemas rm100 tu kemas saja tau. Tak masuk basuhkan cdar semua. 

Kalau 4 mlm dpt seribu oklah byr seratus. 

Macm aku aku settlekan sendiri. 

Kalau boleh rumput pun nak mesin sendiri. Bukan apa nak jimat kos dan puas hati. 

Alhamdulillah setakat ni ramai jugak repet customer. 

Macam budak ni .. siap tanya akak nak jual rumah ni tak.. sebab semua dh suka… adoi ! Risau pulak aku dengar. 


Nasib gurau je tau! 

Ok lagi satu lokasi rumah sgt penting. Kebetulan homestay aku ni dekat gila dengan MITC

Jadi kalau ada event kat mitc mmg org carilah..

Mana tak nya tk sampai 2km kut.. tempat makan bersepah.. ada dobi, kedai kopi, woodfire, ayam geprek.. makan makan semua sedap dan dekat dekat je…

Harap ramai suka stay di hs aku. 

Kalau korang nak tips start bussiness homestay boleh komen ..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...