Sabtu, 23 November 2024

Dinner di Pangkor

Ikan fresh… katanya.. kang kita rasa kita review…



 Apa ni masuk kedai Daddy Cafe serve arak? 

Baca review semua bgtau makanan kat sana sedap. Aku pun ajak suami dan anak anak makan mat sana .. sekali… serve arak… pergi kedai sebelah pun sama.. Nipah Deli .. serve arak jugak. Terang terangan secara bebas… 



Ketam rempah ni ada ibarat kari kuah pekat.. manis masam.. ihsan suka sgt… suami aku kurang sikit

Ikan daun ni jenis ikan baru… potong dua separuh masak tiga rasa separuh masak sweet sour

Aku suka lagi masak steam .. ada kuah kuah sikit…

Bilik kami ambik biasa je.. sekadar nak tido malam je

Jam 7.30 pg kami dh ada di jeti , cop tiket baru dan naik jam 8.15 pagi. Kena dtg awal.. kalau tak naik ikut masa yg tertulis di tiket kita… 

Alhamdulillah singkat tapi padat,
Dpt snorkling, beli ikan bilis beli coklat dan makan seafood. 
Biar pendek masanya tapi berbaloi. 
Pengalaman baru utk kami semua..
Doakan rezeki murah kita berjalan jagi ke oversea..

Sabtu, 16 November 2024

Shoppee Affiliate or SA

 


Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadilah kan ..effortless. Ko tepek link pastu kalau rajin buat video simple simple,. Aku kalau dapat SA ni ratus ringgit sebulan pu. Ok .tapi tulah ..nak tayang muka malu ..makan mana nak meniaga pulak ..adoi ..rasa cam segan je ..tapi mmg ramai yg buat live kat shoppee income dapat ribu ribu .. di indonesia aku tengok siap dapat beli kereta ..rumah ..apa lagi ..Tanah ….tapi tulah kita ni nak buat side income je ..ramai cikgu yg jadi SA ni ..macam tcer nana, Yatt .. teacher ayu dh resign.. aku nak buat seganlah pulak …takpelah kita buat ni pun geli geli je ….tapi dh boleh buat life…

Nntlah aku buat live ajar pendidikan Islam … agak agak ada org tengok tak .. ? Heheh … 

Sila like acc shopee aku ek: https://my.shp.ee/rc1szyb?smtt=0.0.9

Review Get a Bite cafe, Ayer keroh melaka.

View dalam mmg cantik ala ala ..vibe kat Thailand pulak .actually aku first time masuk . Seronok bila dia tulis Muslim Owned. Rasa tak was was nak makan . Sebelum tu nampak ada couple chinese masuk .. sah sah sedap ni ..org cina jarang masuk kedai melayu melainkan betul betul sedap! Ini andaian aku jelah … 

Masuk vibes mmg berbeza. Aku suka banyak dessert. Tapi harga biasalah … aku naak ada brew coffee. Aku cuma try kek batik indulgence dia je.. sedap tp aku rasa agak manis. Tak ramai org masa kami masuk ti ..belom viral lagi …

Tempat macam ni mmg aku suka ..tapi tak boleh pergi kerap sgt ..mahal dan manis. So bila agak agak teringin baru pergi . 

ID yg menarik 
.

Ni luar cafe

Ni harga RM9.50 

Get a bite .. nampak cam design canva




Antara desser dia … variety jugak lah









 

Trip to Pangkor berdua dengan Ihsan

 Alhamdulillah kami selamat sampai melaka setelah mengharungi perjalanan yang sangat memenatkan . 

Kita throwback cerita nk ke Pangkor atas urusan kerja. 

Ni first time aku naik bas ke Pangkor. perjalanan dimulakan seawal usai subuh . dari rumah ke Melka Sentral. amik bas terawal ..dapat jam 7 pg ke TBS.. jammed teruk kami sampai lebih kurang 9.30 pg.. 

kami berjaya dapat tiket ke Lumut jam 10 pg. kat sini ada tips sikit. Klo naik bas ke LUMUT jgn naik Bas KESATUAN.lambat gila nak sampai. ambik bas Arwana. Tp Arwana akan exit gopeng.. pergi batu gajah … nampak lah kellie castle tu.. pastu masuk tronoh kut ..pastu pergi Ayer Tawar..Sitiawan dan Manjung ..lepas tu  baru ke Lumut. aku berhe ti di Sri Manjung sebab kakak sulung aku tinggal di sana. Harga tiket RM30. 

Sampai di Manjung, irsyad ambik. Kami ke rumah kakak aku utk makan tengah hari dan solat jmak zohor dan Asar. Kami amik tiket jam 4.30 ferry dr Jetty Marina ke Pangkor. Perjalanan hanya 15 minit sahaja. Actually aku tak pernah pun teringin nk ke Pangkor. tasa macam takde apa apa yg menarik. Tu first impressions aku saja. 

Kami check in di Pangkor Corus Bay utk dua malam . Aku bawa ihsan utk teman aku bermesyuarat.


Ihsan dalam bas mayang sari dari TBS ke Melaka jam 8 malam.

Masih pakai naju dan tudung yang sama .. dr Pangkor balik melaka

Senior di Nilam Puri Kak Normie

View dr dalam bas nak ke TBS dari KL sentral

Kami smpai Sri Manjung jm 10.30 pg ..tadi tiket ke TBS melainkan jam 12.45 tgh hari. So kak Jila, kakak sulung aku bwa makan ke Madinah dahulu




Memandangkan jadual aku yg agak pack .. aku tak dapat berjalan sgt. cuma petang yang terakhir aku dapat jalan jalan sekitar kawasan depan hotel ..kami pergi Pantai Pasir bogak.. mmg dekat je dengan hotel aku stay.kemudian aku makan laksa kedai depan hotel dan beli sikit ikan bilis yg dh siap kupas … dalam sepeket rm 20. Aku ada jugak beli sotong kering . 

Balik bilik aku smbung mesyuarat dan mlam tido. esok aku dapat naik ferry awal se awal jam 10.15 pagi.. 




Depan hotel je ni

View lagi

View dr bridge hotel.. hotel ni bersambung bangunannya

Ferry ambik masa 15 minit sahaja






Berdu je dengan Ihsan 

Nampak jetty marina ni tak berjaga sgt ..kalau melaka ni mmg dh kena renovate tempat ni

Kamera 0.5 kasik nampak tinggi .. lonjong lah pulak ..

Bergambar di jetty Marina

Aku paksa ihsan jawab soalan UPKK bahasa Arab

Bas Arwana mmg selesa. Kosong pulak tu ..kami tido dengan lenanya .

Muka time bas bergerak Melaka ke TBS

Layan tab ..perjalanan mmg panjang


Memandangkan kami tak dpt explore sungguh sungguh Pangkor ni ..maka kami nak repeat lagi Pulau Pangkor satu family. Nnt aku share… 

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...