Rabu, 29 Januari 2025

Plan percutian 2025 ; OMG! OSAKA?

Dah lama kami tak bercuti . Sejak balik Hatyai itu kali terakhir, oh lupa pergi ke pulau Pangkor. Entah mcm mn semalam aku tertengok buku Sufi Kembara yg ada share itinerary ke Osaka.. so saje check harga tiket ..

Pastu suami join sama .. tengok kalender .. ada tiket murah naik phillipine air … so godek godek dptlah harga srkitar 1.5k seorang return osaka. Pastu suami kata cuba guna Atome. Aku download atome .. ambik air paz.. tengok tengok ada tiket direct ke kansai 6 jam ..balik pun sama ..total satu family rm10,413  .. murah kot .. entah mcm mn sebelum maghrin elok buat payment . La… boleh boleh terbeli tiket ke Osaka. Semudah itu ko buat pertimbangan . Maka sekarang aku sedang merencana agenda di osaka. Nampak nya paling jimat travel di kansai city dahulu … tanpa melibatkn kwsn lain.So skrg masih mencari kawasan utk accompdation, dan transport di sana. 

Osaka kau tunggu!

Ahad, 19 Januari 2025

Daftar SSM



 Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya aku dengan rasminya telah mendaftarkan homestay aku tapi dengan nama yang lain sebab perkataan homestay tidak lagi boleh didaftarkan dalam bisnes ,so aku letakkan nama bisnes aku adalah AmaHafiz stay house.. okey! jadi aku rasa memang kalau korang ada apa-apa bisnes korang kena daftarkan bisnes korang sebab bila korang daftarkan bisnes korang-korang akan rasa lebih yakinlah untuk menjalankan perniagaan Dan kalau berlaku apa-apa ke perkara korang tidak bolehlah dikenakan undang-undang 

Okey asalnya aku letak nama perniagaan aku amahafidz stay house tapi tadi SSM query sebab dia kata aku gunakan nama lain so aku telah memberikan bukti sokongan IC suami yang mana,  nama suami aku Muhammad Sharul Hafiz , Hafiz bergabung dengan nama Jamaliah jadilah AMAHAFIDZ homestay tapi kalau lepas ni x boleh jugak ….nampak gayanya aku kena letaklah nama company tu yang tak ada kaitan dengan nama. 


okeylah so lepas ni next time aku adalah aku akan pergi ke bank untuk nak buka akaun perniagaan- akaun bisnes tujuannya supaya semua duit yang masuk ke dalam homestay aku melalui akaun perniagaan tersebutlah tak lagi masuk ke dalam akaun peribadi kan jadi lepas ni kalau macam ada duit yang kita kena keluarkan pun kita ambil daripada duit syarikat so kita tak boleh apa ni sewenang-wenangnya membelanjakan duitcompany tersebut okey jadi perbelanjaan tu nampak lebih telus, okey kemudian lepas ni mungkin aku boleh susun balik dengan masukkan ke dalam cukai pendapatan aku yang bertambah dengan adanya perniagaan homestay ini okey itu sahaja aku harap selepas ni aku akan lebih giat untuk mempromosikan homestay aku agar mendapat keuntungan yang besar dan kesilapan kita ialah takut nak daftar perniagaan takut kena bayar cukai sebenarnya lagi besar company kita lagi banyak untung kita sepatutnya kita bolehlah menyumbang kepada negara

 jadi jangan takut untuk daftarkan anda itu saja bye

Kalau korang nak daftar perniagaan senang je.. pergi ke https://ezbiz.ssm.com.my/?0

Kemudian daftar kali pertama. Lepas tu korang kena pergi pejabat SSM terdekat dan daftar nama bisnes korang di sana . Ada screen untuk korang mohon online. Ada pegawai akan guide, bayaran nya RM 70 sebab aku pakai nama perniagaan . Kalau nama korang 

Atipah binti amit ..murah sikit dalam RM40 kut

Kejap sgt proses nya. Dalam sejam dah boleh dapat sijil macam aku punya tu . Kemudian korang boleh bukak akaun bank guna sijil ssm tu. 

Next akunak ke LHDN berkenaan cukai yang aku kena sebab operate homestay ni …




Travel

Sebenarnya perkara yg paling penting jika nak travel adalah beli tiket flight. Kalau dh beli tiket flight baru kita boleh rancang step seter...