Isnin, 10 Februari 2025

Selera Gen Alpha



 Apasal lah budak zaman sekarang suka sgt makan benda yang mahal mahal ni. Beli kt family mart ko dapat apa sangat. Baik ko beli nasi. Tp dh tekak gen Alpha ni mmg lidah makan benda benda macam ni ..ramen, ayam goreng, tobboki, burger, pizza.. kalau beli sushi yg bentuk 3 segi tu 4.60, rm4.90 baik ko beli nasi ayam ..nasi berlauk tahan perut ko sampai petang. Jenuh nk ajar budak budak ni .. bukan elok mkn benda benda gitu..Yg elok mkn real food. Sesekali boleh lah. 

Ingat dh boikot kfc Mc D dah takde fastfood.. dia pilih pulak mart mart ni.  Satu air harga RM7.90 .ada promo baru satu lg less 50%. Mmg gini comfort food budak budak ni mkn.

Kalau lawat time kat asrama lagi pening.. nak beli kfc boikot, mc D boikot.. yg ada apa..family mart jeler.. kalau tapaukan nasi ayam , nasi kandar.. makan tu makanlah.. tapi tak happy sgt..

Jumaat, 7 Februari 2025

Hadiah iphone 13




Sejak Imran form 1 aku  tak belikan dia hadiah hari jadi.. asyik cakap, “nnt ibu belikan iphone…” itulah yang aku dok ratib. Sampai masa akhirnya aku belikan juga iphone utk dia. Aku beli iphone 13. Sama macam aku ..cuma aku punya yang pro. Aku dapat harga RM1976 di shoppee. Aku beli ansuran dengan shoppe pay. 

Mmg byk benda aku pakai shoppepay ni .. beli benda yang harga 1k ke atas aku amik shoppepay. Kalau boleh ambik yang tiga bulan je. Dia sama macam kad kredit . Ada processing fees. Tapi dia patuh syariah . Nak beli cash bukan takde. Tapi syg duit. 

So hari tu ada cerita … sebelum dia exam bertutur kalau tak silap aku.. terpaksa aku belikan dia airpods pro 2. Kenapa terpaksa.. sebab dia telah merosakkan airpods kawannya. Maka aku taknak dia runsing disebabkan airpods tu asyik rosak . Maka aku telah beli yang baru dan minta dia beri pada kawannya si Fathul. Aku rasa ralat juga sebab beli earphone sampai rm800 tapi apakan daya . Aku kena ambiktanggungjawab tersebut . Bukan aku mak yg terlalu manjakan anak .tapi cuba korang bayangkan ..klau sebab airpods tu dua dua hilang fokus belajar baik lah aku gantikan . Duit boleh dicari . Aku cuma taknak mereka rak concentrate pasal SPM. 

Pasal hp .. selama ni dia cuba pakai tablet smsung ayahnya nak belajar. Dah habis sekolah ni dia nak keje pulak …keje sambila kat kantin sekolah mozac ..nak kena ambik hantar ..kena call .. mesti kena ada hp. Mmg ada je telepon real me ni kat rumah … tp mengenangkan janji aku nak bg iphone sejak dia f1 maka aku tunaikan. Harap dia guna dengan sepenuh manfaat. 

Dalam hidup ni kena usaha untuk dapatkan sesuatu yang kita nak . Tahun 2020, aku hadiahkan iphone 11 ada suami tahun 2022 aku dapat iphone 13 pro dan aku belikan suami aku iwatch … tapi skrg iwatch tu dh rosak sebab dia bawa masuk laut. 

Eh, bukan aku nak menunjukk nunjuk. Ni semua pun beli bayar bulan . Kalau aku kaya aku beli cash semua. 

Esok dia start masuk kelas teori untuk ambil lesen memandu. Harap dia lulus lesen L cepat boleh bawak kereta ..nak gerak ke mana senang . Tapi ambik masa juga nak lulus. Yg ni ayah dia lah pulak sponsor. Aku sponsor hp .. 

and last family trip ke Osaka. 

Selera Gen Alpha

 Apasal lah budak zaman sekarang suka sgt makan benda yang mahal mahal ni. Beli kt family mart ko dapat apa sangat. Baik ko beli nasi. Tp dh...