Ahad, 8 Oktober 2023

Hotek Park Inn by Radisson Putrajaya

Hotel ni best… makanan di cafe sedap 
Suka hotel ni..
Tapi swimming pool tak luas sangat
Oklah! 
Bilik pun katil luas. Fasiliti bagus berhadapan De centrum ada IUKL depan hotel ni… 
Sepanjang duduk sini ada beli makanan depan hotel ada order grab. 
Kalau nak ke IOI mall putrajaya rm 7 je naik grab. 
So far sgt berpuas hati menginap di sini. Satff pun sgt baik. 















 

Isnin, 2 Oktober 2023

Melaka Car Free Zone

Sekarang bandar Melaka ada area Car Free Zone maksudnya  sepanjang 2.3 kilometer sekitar Banda Hilir ditutup kepada semua kenderaan dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam, pada setiap Sabtu, bermula 19 Ogos.

So bolehlah  kita jalan jalan 
Di sekeliling bangunan merah tanpa takut dilanggar kereta… masalahnya ramai komen nak parking jauh. Hari tu kami parking dlm Masjid Kg Hulu…

penutupan membabitkan laluan di Bangunan Merah, hadapan Menara Taming Sari dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.










Dari sini start polis jaga.. kenderaan tak boleh masuk. 



Santai je letak kerusi atas jalan … macam jalan jalan di Oxford street London











 So next timw boleh try jalan jalan ke bandar Melaka .. okay! 

Isnin, 25 September 2023

Chan Mari Chan

Lama dah niat nak  bawa diorang jalan-jalan pergi makan ke Chan Mari chan. akhirnya hari Sabtu lepas, bawa Imran Outing dan makan-makan di chan Mali chan 


Konsep kedai ni macam beratur dan ambil mangkuk tingkat yang kita nak …kita boleh pilih pelbagai jenis lauk yang kita nak beli dan yang best nya harga dia tertera jadi tak timbul isu mahal atau tidak… kalau kita rasa nk kita ambiklah…Ada banyak menu yang paling sedap gulai udang,udang dia besar kemudian kalau tak nak makan nasi yang lauk lauk  ni boleh pilih untuk makan nasi ayam tapi suami aku cakap nasi ayam dia rasa biasa-biasa saja






ihsan ambik menu kesukaan dia, Iyad pun ambil lauk..
Imran dan suami aku pilih makan nasi ayam dan air pula dah memang tersedia cuma ambil sahaja kalau nak order selain yang ada di sini boleh tekan order guna QR code di atas meja dari segi harga aku rasa okeylah tak mahal sangat tapi potion makanan dia tak besar so kalau orang yang kuat makan tak cukup lah tapi untuk saiz perut aku kira okey




Inilah lauk udang yang Aku cakap sedap tu korang boleh cuba beli nak cakap kari bukan kari tapi entahlah sedaplah pedas-pedas sikit


So kesimpulannya aku kasi 4.5 star kepada restoran chan Mari Chan okey nanti aku buat review lagi



 

Khamis, 21 September 2023

Terminate celcom

 Tahun 2020 aku ada dpt telefon free dan amik bil celcom yg rate 55 ke 65 plan asal. 

Tp pelik setiap kali bayar tak pernah byk tu. Mesti lebih jadi rm75 atau 85 pelik dr mana dtg charge nya tu. 

So tanya adik satu sekolah guna line apa. Dia bgtau Yoodoo. Oklh .. nak try prepaid yoodoo pulk . 

Kalau amik plan 20 g pastu amik fb dn telegrm baru rm35. Kawan satu sekolah amik rm25. Dia kata cukup ke .. 

kalau sebelum ni celcom hanya kasi 16 g je… line yoodoo ni bawah celcom jugak

So oklah kalau nak pakai. Kalau org rumah dia 



HARI PERTAMA MASUK KERJA

  maka tamatlah 60 hari cuti bersalin, aku masuk kerja hari ini.  masuk kerja hari ni budak tengah exam pertengahan tahun . Aku sampai sekol...