Ahad, 22 Jun 2025

Ancasa Hotel PD





Aku rasa macam apartment ancasa ni dah lama. 
Dia konsep satu apartment tiga. So peserta akan dapat sorang satu bilik. 
Disebabkan ini tido malam aku lena. 
Aku bergerak dr rumah jam 1.20 ptg dan sampai dalam 2.30 petang . Aku bawa pun relaks relaks je.. aku ikt jalan pantai.. sampai lah ke pd … 
Bila dah sampai aku malas nak keluar, so aku bertahan sehingga jam 4.30 petang utk turun makan. 
Makanan pertama aku di sini


Ok. Aku berada di sini sekitar 4 hari tiga malam. Aku mmg dh bawa baju sukan dengan kasut siap siap konon nak ke gym. Arg! Kelaut.. aku cuma brisk walk je hari kedua.. 

Ni sebenarnya bilik kawan aku .. aku ambik gmbr .. bilik aku dua katil single

View dr bilik nampak laut.. 

Ni pulak sunset dr balcony.. damai je…

Panas betul telok kemang ni… pekan PD ni macam takde mall sangat ekk… 

Dr jauh nampak tu… apa yq? 

Makan malam terakhir.. special sebab esok takde lunch…


 

OTW Balik aku Sesat 


aku nak kongsikan pengalaman aku ya tersesat di dalam negeri sembilan… sebenarnya aku aku on the way nak balik daripada mesyuarat aku buka  Google Maps . aku harap dia akan bawa jalan di persekitaran pantai eh macam Tanjung bidara semua kan Kuala sungai Linggi lepas tu masuk negeri sembilan …rupanya tak. Dia bawak aku keluar highway. 


Silapnya .. bila aku nampak sign nak ke highway .. AKU TUKAR LALUAN KE LUBOK CINA. Sebab lubok cina tu melaka.. aku harap dia bawak aku masuk melaka…


Tapi tak .. aku tak sampai pun .. dia bawak aku ke tampin… sekali lagi aku biat kesilapan.. aku ikut jalan nak ke highway.. last sekali aku stick ..-ku tak ubah haluan apa a apa.. aju just follow google maps bawa kemana.. 


Setelah aku macam putus harap .. tiba bila aku pilih tampin aku masuk ke simpang empat. Baru aku perasan salai tepi jalan .. dan nampak roundahout simpang empat. Tanpa cakap banyak aku terus pilih exit masuk highway.. so aku balik ikut highway.. aku bertolak dalam 9.30 pagi sepatutnya sampai 11.30 pg .. diaebabkan aku sesat aku sampai 12.30..


Masa aku lost tu aku jumpa .. sms rembau .. ni otw balik dr telok kemang. 


Rupanya suami aku kata pilih pasir panjang. Aku tak aspect dia bawa jalan lain. 


Adeh! Aku jumpa

Gunuh datuk. Pastu aku jumpa tempat nama PILIN .. aku mmg tak tahu aku di mana. Sekitar tu kampung kiri kanan… 


Mesti org negeri sembilan gelak dgr aapa aku cerita ni.


So utk perempuan diluar sana.. kalau tak tahu jalan . Just follow je google mpas. Ap yg kita agak tu tak sama.. kalau tulis highwy bukan dekat nak keluarhighway tu.. makan 7@8 km gak… 


So hati hati memandu. Tambah kalau ko sorang perempuan.. 


Sabtu, 21 Jun 2025

Claim Insurans perjalanan: Flight Delay






Aku pun baru tahu benda ni. 

Hari tu mmg flight kami ke Jepun delayed beberapa kali. Asal beli bertolak 1.55am. Ubah sehingga kami berlepas jam 4.55am. Nasib mmg kami takde agenda lain. Hanya nak check in homestay. 

Cuba bayangkan org nak nak naik flight lain atau apa apa pengangkutan. Pasti tergendala bila flight delayed. 

Sebab ambik insuras, kami dapat claim . Dapatlah rm 100 

Suami aku sebab dia beli insurans yg cover kami semua dia dapat rm600. Seratus seorang! 




Ini antara document yg korang kena sediakan masa nak claim. 


Ni pun kena ada. Mana nak dpt ni.. drpada email airasia atau mas .. tiket sapa yg issued. Biasa bila delayed dia bagi email.

Ni pulak menunggu status claim aku approved.

 

Mmg penjawat awam wajib beli insurans sebelum mohon kebenaran ke luar negara . Ni beza agaknya org keje swasta. Kami kena isi borang kebenaran ke luar negara. Sekurang kurangnya 2 bulan sebelum pergi travel. 

Kalau korang travel wajib beli insurans . Tak mahal pun dalam Rm50 kalau tak silap. 

Selalu amik etiqa 360 ambik yg cover mahal sikit. Tak boleh ambik yg rendah atau murah sgt. 

Step dia korang keba ada apps etiqa ni..

Sabtu, 14 Jun 2025

Travel

Sebenarnya perkara yg paling penting jika nak travel adalah beli tiket flight. Kalau dh beli tiket flight baru kita boleh rancang step seterusnya. 

Tapi jika belum beli tiket flight segalanya jadi impian .. belum ada action. 

Jadi bab beli tiket flight ni macam macam pancaroba nya. Kita pergi satu family, kena adjust jadual masing masing .. ofkos pergi time cuti sekolah kalau maknya cikgu.. bila pilih cuti sekolah… musim yg kita nak pergi tu jadi perkara no dua. Tak dapat merasa pegang daun autumn .. 

Cth nak tengok autumn di Osaka atau Sakura akhir Mac awal April… biasa tak gu dengan cuti kita. Dan kalau ada takut tiket mahal melainkan dh beli awal awal.. 

Elak kan ke Jepun pada Golden Week atau  (Japanese: ゴールデンウィーク, Hepburn: Gōruden Wīku)[a] or Ōgon Shūkan (黄金週間)  sebab ia merupakan cuti umum Japan dari 29 April hingga 5 Mei setiap tahun. Masa ni mmg rakyat jepun sendiri keluar bercuti mmg crowded dan harga hotel pun naik berbanding biasa.

Korang boleh buat pembacaan sendiri berkaitan Golden week ni. 

Ok! Patah balik bab flight. Kalau nak beli murah boleh cuba Trip, airpaz.. masa kami beli tu kami guna Airpaz.. teringat masa dh beli tiket tu .. semua macam kata “eh! Betul ke kita nak g Jepun… “ dari bulan Januari beli tiket sampai ke bulan Mei.. kami santai santai .. taknak ingat sgt.. 

Hahah…

Ingat lagi mula nak g Aussie .. tp visa susab nak lepas tambah bawak imran budak muda.. kang sangkut macam kawan aku .. suami tak lepas .. last last dia g anak beranak dia. 

Pastu Sapa … pastu mana tah.. yg terbeli Osaka ni .. bila harga dia takde transit dan murah.. biasa murab yg ada transit lama dekat Manila… tu yg bila nampak harga 1.7k sorang direct fligt terus grab tu .. tak cakap banyak! 


Hari kedua : Kobe, Masjid Tertua di Japan

Hari ni kami ke Kobe . Niat asal nak tengok masjid kobe. Sampai kobe suasana agak berbza ya. Kobe ni bandarnya macam sunyi je.. tenang je kalau nak jalan jalan… macam lain vibe dia dari Osaka. Tapi imran tak berapa suka, dia cakap sepatutnya tak payah datang Kobe. 

Berhenti sejurus sampai di station Kobe

Harga seluar di Melaka150 disini murah sikit..


JR Kobe.. antara yg kami selalui naik semasa di Osaka.. JR Line

Family mart di Kobe dekat sgt dengan masjid Kobe

Memandangkan kami dh makan kebab pada makan pertama sampai di Osaka, so takkan nak makan kebab lagi..

Keluar dari station kobe kami terus ke perhentian bas.. kami cari bas ke Kobe… 230 yen ( RM6 lebih) dewasa dan 120 yen ( 3 ringgit lebih) kanak kanak.. di tambang bas …
Rasa macam sama utk semua bas yg kita naik…nnt aku share pasal pengangkutan  di Osaka.
Masjid Kobe yang cantik dan snagat bersih



Orang Malaysia terjumpa di Restoran Pakistan di Kobe… akak ni berjalan dengan anaknya akif ke Osaka dan Tokyo mereka pun DIY

Sedap makan di sini.. pure rasa nak beriani nya.. kami makan beriani kambing , ayam, roti nan cheese…Total makan di sini 8000yen.. aku rasa perumpamaan kalau kita makan di Secret Receipe satu family itulah harga makan luar di Osaka

Jalan jalan di bandar Kobe

Muzium kartun ni yg orked nak masukk sgt

Wheel ni kami tak naik





Pengalaman ke kobe pada aku best. Suasana bandanya tak sama dengan Osaka.. aku dan suami ok je.. tapi Imran kata Kobe membosankan.pada aku seronok rasa suasana aman di Kobe. Kami sempat makan di restoran halal Pakistan. Makan beriani ayam, kambing, makan roti nan dan ayam

Tandori. Dapat minum teh masala. 


Jumpa pulak tourist dari Malaysia. Kak N dan anaknya Akif, umur 20 baru habis matriks. Mereka jalan berdua. Banyak juga cerita . Asal sama sama perak kan.. mereka di Meru. 



Kami jalan lagi. Kali ni cari Kobe harbour. Suasana hujan renyai … sejuk. Orked dah mengamuk nak masuk musem berdekatan Harbour . Kami jalan agak jauh penat. Takde apa apa pun. Balik kami singgah family mart dan beli menu menu yg halal. 


Malam tu kami tidur lena kerana kepenatan.

Rabu, 11 Jun 2025

HATI IBU

Sebenarnya dalam gembira berjalan ni .. hati ibulah yg paling crucial..

Macam macam benda main dalam fikiran.

Antara yang paling ditakuti , anak jatuh sakit masa di Osaka. 

Jadi precaution pertama, Iyad ambik vaksin influenza. Iyad jelah.. yg lain rasa ok.

Kemudian, stok ubatan yg banyak dibawa. Kalau ubat demam tu semua jenis ada. Yg uphamol , yang demam sebab flu, demam sakit sakit badan.. berpapan papan jugak lah bawak… belum lagi ubat cair kahak, ubat selsema, ubat gatal, krim urut muscle, smecta in case cirit birit.. segala macam ubat bawak .. ubat batuk gamat. Rasanya ada lebih kurang rm200 lebih bekal ubat sahaja. Punyalah takut budak budak ni tak sihat. 

Tapi mmg betul pun. Hari perjalanan ke Osaka, orked hidung tersumbat. Mengadu tak boleh bernafas .. dan sepanjang dlm flight tu dia mmg resah. Tak tido.. dah lama tu baru dia tido.. 

Hari kedua, sebelum ke Nara. imran demam. Dia tak larat pening kepala. Kami cool je.. suruh makan ubat.. makqn coco crunch… iyad dh dengar batuk batuk..

Bila masuk subway semua pakai mask. Risau lah kan ..

Ihsan pun ada mengadu rasa tak selesa.. 

Tapi bila dh berjalan, makan makan .. pergi tempat yang mereka belum sampai .. dia distract agaknya.. lupa sakitnya tu.. elok je… 

So macam kita mak mak ni jangan berat beratkan sangat.. kena cool je.

Tapi ada satu insiden paling menakutkan 

petang sewaktu nak balik dari restoran halal di Nara. Iyad kesejukkan . Kuku kuku semua biru.. rasa macam dia panas dalam kut… dia kesejukan sgt… semua baju sejuk bagi dia pakai… pasti kami genggam tangan dia gosok gosok. Imran,ihsan,orked peluk iyad kuat kuat… nak pindahkan haba panas pada Iyad.. iyad diam je.. macam takde respons. Mak nya dh panik. Pastu suruh iyad goyang goyang kaki supaya badan menghasilkan haba. Sambil duduk goyangkan kaki.. masa ni kami di tepi jalan sedang menunggu bas untuk ke JR station nak balik ke homestay.



Time tulah ambulans lalu.. lagilah aku cuak… macam macam terbit dalam fikiran .. macam mana kalau Iyad pengsan .. kena masuk wad.. pastu Jepun kan teliti sikit.. dia dengar paru paru je dh suh tolak ICU… dari percutian terus jadi tragedi.. ya Allah! 

Sumpah time tu timbul penyesalan apsal tak bawa cuti g bukit fraser je kalau nak feel takat sejuk sejuk ni… 

Tapi Allah Maha Penyayang .. semua urusan dipermudahkan. 

Perjalanan kami lancar sahaja. Mana attraction kami nak pergi kami dapat sampai cuma satu tempat di Kyoto salah tempat. Nak pergi ke tempat lain .. sampai ke tempat lain. 

So bila dh bermusafir ni .. nampak karakter sorang sorang. Sebenarnya Imran paling membantu membaca kan peta. Dan menjadi tunjuk arah. Ayah dan ibu follow je. Tapi ayah akan recheck juga.. 

Ibu ; masuk subway kira anak. 

Sorang tak nampak terus ..” iyad mana?” “ ihsan mana..” tambah kan time balik kerja penuh orang dalam train tu.. kdg bila dh bersesak .. anak pun duduk sepah sepah.. so kena pastikan semua ada. 

Sama juga bila keluar train. 

Kira semua ada. 

Risau betul kalau satu tak nampak. 

Itulah.. dalam seronok seronok ada juga benda yg kita mak mak ni risaukan. 


Penyakit balik travel

 Nilah masalah orang balik travel.. baru seminggu balik dah mula riki riki flight tiket nak jalan jalan .. aduh! Bahaya ni … aku ni pulak jenis berasa murah pada dua benda.. 1 . Kopi ..kalau masuk kedai hipster tu minum kopi makan pavlova setakat RM150 tak rasa mahal pun .. konon kita bukan sahaja beli kopi kita beli view ! Ceh .. kemudian aku tak kedekut pasal travel… aku jumpa tiket ke chiang mai ..naik air asia 900 ..satu family baru 7 K.. aku dah gatal tangan je ni .. tapi for sure kena marah … aduh ..lagi satu imran nak masuk belajar ..kita bukan tahu tarikh exam dia ke apa ke..so kena lah kita tunggu mana dia dapat masuk .. belajar kat mana kos apa .. bila cuti semester semua .. baru boleh deal ..aku bgtau nnt korang semua ambik ibu ayah ambik cuti g jalan jalan ..senyap senyap hahha…marah diorag .. ihsan kata taknak masuk asrama … 

Gitulah ! Tak ingat macam mana kami handle budak budak masa kami ke Phnom pehn cambodia … ooo..dioranh tinggal kat shah alam … pastu balik aku drive ambik diorg bawak balik melaka baru ingat …

Tahun depan insya Allah Iyad f2 ( umur 15 thn) , ihsan F1 dan Imran 19 tahun . 

Orked je ada di rumah .. wah! Bolej je ni cuti hujung. Minggu g jalan dekat dekat …

Ya Allah …permudahkan urusan kami sekeluarga .. di ms ini dan masa akan datang… Aamin. 



Sabtu, 7 Jun 2025

Osaka Panga

Ini mungkin hidangan termahal aku belanja untuk suami dan anak- anak.. merasa makan daging waghyu di Osaka . Kali pertama kami makan daging waghyu. 

Malam tu merupakan malam terakhir kami di Osaka. Esok kami akan balik ke Malaysia. Special sikit.. masuk ke kedai ni setelah kami penat berjalan mencari restaurant halal.. 

Takpelah.. so hidangan yg kami makan malam tu adalah berharga Rm1200 lebih kurang.. hahah.. mahal betul rasanya. 
Aku bukan peminat sgt.. tapi rasa bahagia bila suami aku berbesar hati bethol bila dapat makan daging waghyu.. berkali kali dia ucap terima kasih..aku mmg dh siap siap tukar duit yen utk belanja di jepun. Portion duit tu dh ada.. apa salahnya.. 
sedap tu mmg sedap.. tapi tak boleh makan banyak .. muak jadinya… 











Nilah menu daging waghyu tu







Happy betol muka suami aku 

Total makan malam tu

Kat luar bukan main ramai melayu yg beratur nak makan daging waghyu kat sini.. 
alhamdulillah selesai semua nya… dapat jalan jalan Osaka dan penutupnya dapat makan daging waghyu yang melting into your mouth! .. nnt kita cuba waghyu yakiniku kat setapak sekolah Iyad… hahah…

 

Osaka Day 1

 Hari Pertama 1/6/2025


Mmg kami kepenatan lagi pagi tu… imran demam… masa ni fikir macam mana nak jalan ni Imran dh demam… 


Kami relaks. Bg makan ubat suruh makan dulu.. mandi kasi badan rasa lega. Kat luar mmg sejuk time ni..sekitar 23 celcius.. yg lain pun start batuk batuk… aduh! Ni yg paling aku takut ni…


Sebelum berjalan jalan ..kami bergambar keluarga depan homestay. Hari ni tema pakaian pastel and white… 


Nampak tak betapa lewatnya kami keluar jalan jalan… kena chill chill je bila jalan jalan dengan anak anak ni .. penat lapar semua kena ambik kira… biaslah…








Nasib Imran okay leps dah bagi makan ubat .. kalau sakit mmg tak seronok nak berjalan .. betul lah persediaan aku mmbeli ubat ubtn dari Malaysia.. hampir RM250 aku membeli ubt ubatan termasuklah ..ubat demam pelbagai jenis, ubat batuk, cair kahak, ubat selsema, ubat hidung tersumbat, smecta utk kalau sakit perut… gel sapu kaki kalau sakit otot, ubat alahan.. kalau sakit nak beli ubt di Jepun mesti harga nya sangat mahal.. pad wanita pun aku bawa siap siap dari Malaysia. 








Lepas semua macam dh ok.. kami baru mula kan perjalanan . Hari ni kami akan menjelajahi Nara. 

Kami menaiki kintetsu line..ni lebih dekat untuk ke Nara Park berbanding naik Jr line.  




Nara ni pun ada cerita juga. 


Nara park ni kalau naik Kintetsu dekat je nak jalan berbanding naik Jr line. Tapi harga tiket dia mahal sikit. 






Kami sampak ke nara park mmg excited. Dapat tengok rusa rusa dia yg sangat jinak.. dan yg tak best nya taik dia bersepah sepah. Kena hati hatilah .. takut terpijak. 


Lama juga kami di Nara park ni. 





Kami sempat berhenti rehat dan makan bekal .. dr breakfast di homestay, baru kami makan semula . Lapar betul .. bekalan makanan kami bawa tak banyak pun …dua tiga hari sahaja bertahan. Sebenarnya klu nk jimat … kita kena masak sendiri kat homestay.. kemudian bawa bekal … kalau beli di family mart sekali beli mencecah dalam RM70 atau RM80… kami makan di Osaka ni agak mewah .. bila lapar je masuk dan beli makanan … takde jimat jimat … 

Lagi satu nak jimat kat transportation .. kalau boleh ambik kansai mini pass .. utk tiga hari 3000 ¥ seorang. Macam kami setiap kali nak guna subway beli tiket .. contoh nak ke nara .. kami beli tiket ke Nara dan begitulah ke Kobe dan Kyoto. 


Rusa kat sini kalau kita tunduk dia tunduk balik ke kita .. mereka jinak .. masa kami pergi rusa rusa ni nampak kelaparan … mungkin sebab makanan rusa dah habis dan tak dijual…ikut kan kalau tengok video dia bgtau rusa rusa ni tak nak mkan sebab dh kenyang …










Okay. Lepas tu kami decide nak cari kedai halal di sini. Nama kedai dia Susuruka, Susuranka Nara. .. bapak jauh.. ada dlm 2km kut kami jalan nak ke kedai makan.. masa ni hujan pulak renyai renyai bertambah lah sejuknya.. 


Dalam perjalanan nak ke restoran halal tu kami jumpa hidden gems… mmg takde orang ..ada local je area tu .. yang bestnya d tasik kat situ .. dan ada banyak rusa lagi … 











Nnt aku cerita lain pasal kedai makan ni. Tapi tekak aku tak rasa sedap sgt.. tp oklah dpt makan menu Jepun. Nak rasa je… aku makan soup

Mopu tofu.. rasa makan mi kicap.Baca kt tiktok kemain sedap! Haih! 



Oklah balik tu kami kena berjalan lagi. Iyad tiba tiba kesejukaan . Tangan kat bahagian kuku biru.. dia kata dia sejuk sgt tak rasa apa.. muka dah pucat! Aku syak dia panas dalam kut. Kami berteduh di tei kedai yg dh tutup sambil tunggu nak naik bas.. imran ihsan orked peluk Iyad. Nak kasi haba panas. Aku tak henti henti gosok tangan iyad nak kasi bahang panas. 

Aku paksa iyad gerak gerak ..bagi badan keluar haba. Dia duduk sambil goyang goyang kaki.. ya Allah nasib ok.. aku dh fikir bukan bukan je.. masa tu ada ambulans lalu. Aku terdetik.. ya Allah jangan lah sampai masuk wad pulak.. duit lagi… 


Kami dh lah tersilap tunggu bas . Arah berlawanan. Lepas kami seberang jalan tunggu di tempat yg betul baru dapat naik bas. 


Kami sampai di Jr station. Besar bangunan nya . Macam aeon kat tempat kita. Kami singgah masuk beli makanan utk breakfast esok. Beli susu, ikan salmon sikit, beli lemon sebiji. 


So ada menu nak breakfast esok.


Kami jalan lagi.. sehinggalah kami sampai ke station shin Imamiya utk balik ke rumah.


Selesai cerita hari pertama kami ke Nara. 

Ancasa Hotel PD

Aku rasa macam apartment ancasa ni dah lama.  Dia konsep satu apartment tiga. So peserta akan dapat sorang satu bilik.  Disebabkan ini tido ...