setenang tenang tempat di dunia ada lah bumi madinah. ya aku mengakui nya .benar ....keadaan sangat mendamaikan ...dan walaupun kali pertama sampai di bumi madinah ...percayalah..kalian rasa seperti balik kampung ...tempat kita..dan tidak kekok walaupun baru sampai sehari...
aku sampai di madinah dalam waktu maghrib..perasaan sayu mula dirasai sejak penerbangan dari mesir ke madinah...gelak ketawa usik mengusik bagaikan terhenti tatkala kami menuju ke madinah...hati mula fokus kembali ..kembali pada niat asal bermusafir...utk beribadah...
bila bas bergerak menuju ke hotel ..hati mula tenang ..dan gelojak nak pergi masjid nabawi mula terasa..makin hampir makin berdebar..makin tak keruan...bila bas masuk ke kawasan bangunan bangunan hotel ..mata mula mencari mana masjid nabawi ..mana maqam rasulullah ..dan kami tiba di hotel sewaktu azan isyak sedang dilaungkan...kelihatan org ramai berpusu pusu berjalan menuju ke masjid..sampai di hotel..kami lekas lekas naik ke hotel bersihkan badan dan bersiap sedia utk solat di masjid nabawi..aku dan kak na serta beberapa org jemaah perempuan pergi bersama..kami jalan laju ..laju sebab tak sabar naknjejak kaki ke masjid nabawi..tempat yg aku idam.idam.kan nak sampai..bayang sejak sekolah tendah aku sering dengar abah bercerita tentang mekah ..madinah..raudhah...segala galanya ..dan malam ini tubuh badan ini akan merasai sendiri pengalaman sebenar..kami sampai di hadapan masjid..masya Allah cantiknya ...sungguh bercahaya...kami masuk ke masjid yg mula lengang sebab org sudah selesai solat isyak ..dan masing masing mahu pulang ke hotel..namun masih ada se bahagian ramai solat ..membaca quran dan sebagainya. ...di luar masjid nabawi jugak ramai org yg solat mahupun duduk berehat bersama keluarga...
aku solat jamak takhir ..di dalam masjid nabawi
aku masih ingat sewaktu kali pertama baca doa dalam masjid aku menitiskan airmata perasaan yg sukar digambarkan ..berjaya menjejakkan kaki ke maajid nabawi...allahu akbar..
pada malam itu juga aku mahu ke raudhah . .taman syurga ...aku tak tahu bagaimana rupa raudhah cuma yg aku tahu ..kena berebut masuk ke raudhah..dan bila dah masuk raudhah doa sebanyak banyaknya...solat sunatv..dan lamakan pada bahagian sujud ..berdoalah ..nescaya Allah swt akan makbulkan . ..
kami menunggu..semua jemaah perempuan di kumpulkan mengikut bangsa..org malaysia dan indonesia di letakkan sekali...kami dudk dalam.kumpulan kami...kami dpt lihat jemaah dari turki..jemaah dr negara negara luar..mereka semua kelihatan agak agresif utk masuk ke raudhah.
aku sabar..biar lama mana pun asal dpt masuk ke raudhah malam ini aku sanggup tunggu...aku menjenguk jenguk mana raudha ..kat mana raudhah...besar mana kawasan raudhah itu..satu demi satu kumpulan di lepas kan ke raudha..dan aku boleh katakan kami kumpulan yg terakhir dibenarkan masuk raudhah...org bangsa melayu lemah lembut dan sentiasa sabar ..kami tidak mahu berebut2 walaupun hakikatnya hati ni bagaikan ditarik tarik ...sampai ada seorg mutawifah dr turki dtg ke kumpulan kami dan bertanya ni jemaah dari mana ..sabarnya mereka..malaysia baguss...!!
bila pengawal wanita yang berjubah hitam dan berpurdah itu berkata ...masuk maka meluru kami semua ke dalam ..raudhah ...kami berlari...kami lihat ramai wanita sedang berdoa menangis..keadaan huruhara masing2 tolak menolak..ya Allah.
aku jadi bingung ...kami berada dalam kelompok manusia ada yang berdoa ada yg tolak .
aku tanya " mana raudhahnya .." pengawal wanita menjerit jerit mengawal jemaah , aku pegi padanya ..
" ya ukhti...aina raudhah?" soal ku sedikit menjerit kerana keadaan agak bising dengan tangisan bacaan doa , tolak menolak yg bercampur aduk...aku tgk kak na menangis...suasana disitu aku rasa kan agak dingin . ..dan berbau sgt wangi...perempuan arab itu memandang aku pelik..." anti fil raudhah...!" katanya sambil membuat isyarat tangan berdoa..otak aku menangkap ..doa..doa...kamu dh dalam raudhah...seorg perempuan turki yg lihat aku bingung2 menerangkan ..dlm isyarat yg aku faham..." lihat karpet ..karpet warna hijau tanda kamu berada di dalam raudhah....subhanallah ..aku dh ada di dalam tanna syurga . .ya Allah ..aku berjaya masuk ke raudhah...aku cuba menenangkan diriku jiwa ku . .dlm.keadaan org tolak menolak ...terlalu padat sukar digambarkan..ruangan karpet tidak besar mana utk menampung jemaah yg 5 kali ganda ramai...
Aku menunggu org di hadapan ku solat ..dgn sabr..selepas dia solat aku pula solat ..aku pelik kenapa jiwa aku kosong..aku tak rasa apa apa.
kerasnya hati aku ..kotornya hati aku ..sedangkan aku pernah mendengar sekeras keras hati manusia tatkala di raudhah jatuh juga air matanya...hati berkata kata ...ya Allah ampun kan dosa ku ..ya Allah...terima lah aku sebagai tetamu ..mu...ya rasulullah aku menziarahi mu...perlahan lahan aku merasakan sesuatu dan aku terua berdoa.berdoa dan berdoa...sehingga aku mwnitiskan air mata .....aku rasa aku diberikan masa yg sangat lama di dalam raudhah..bayangkan aku masih sempat membuka telepon dan membacakan doa yg dikirim satu per satu . .dlm pada itu badan aku ditolak tolak...oleh orang silih berganti...setelah aku merasa puas baru aku ajak kak na keluar dan aku tekad esok aku mahu masuk lagi dan solat dihadapan sekali betul betul mengadam maqam rasulullah ....
Sedikit bingkisan gambar mengenai madinah al munawwarah
langit menuju madinah
|
suasana tika menuju ke madinah |
|
member arab... |
jika sampai di madinah ..elok lah membeli belah di sini berbanding makkah..kerana di makkah sudah tiada kedai kedai seperti ini lagi..kebanyakan di dalam outlet shopping mall..atau mgkin kami yang belum jumpa..yelah baru sekali sampai . ..
|
sampai di airport madinah
|
airport di madinah tidak sebesar airport klia...
|
jualan sekitar luar masjid |
terdapat jualan sebegini di sepanjang jalan hendak menuju ke masjid...
|
permandangan ketika berjalan kaki dr hotel ke masjid nabawi.. |
kita akan rasa sangat senang bila berada di madinah meskipun baru pertama kaki menjejakinya
|
menu stew daging ... |
|
dalam penerbangan ke madinah. |
next entry..muzium nama nama Allah...
malam itu selipar aku hilang dan aku langsung tak kisah sebab ada yang lebih gembira berlaku dalam hidup ku
aku dibelanja abg usop suami kak na selipar baru yg dibeli diluar masjidil haram.