Jumaat, 24 Februari 2017

Bermastautin di melaka.


Aku tinggal di melaka sejak posting pertama sebagai guru di SMK Datuk Bendahara Jasin. pada 4 September 2006.Aku menyewa di Taman Bahagia selama 4 bulan . bulan N0v aku angkut semua barang balik ke Klang. aku malas nak pikir pasal sekolah.tambah masa tu aku baru mengandungkan Imran..aku selesa di Klang.

Bulan 12 masa meeting pertama sekolah ..aku baru mencari rumah sewa. kali ini aku pindah dari taman bahagia ke taman maju...dulu di taman bahagia rumahnya beratap rendah ..siang sgt panas sampai tak boleh tidur sebab terlalu panas. Akhirnya 2007 kami mula tinggal di Taman Maju dengan sewa rm250. pada aku agak elok dan lebih besar dan selesa. disini lah kami mulakn hidup kami. bulan april imran lahir dan habis pantang aku pulang ke Jasin dengan anak dan suami ditemani atok suami lelaki.. Atok suami aku sgt sayang cucunya .Maka dia suka tinggal dengan kami ..dan akulah orang yang paling tidak selesa, tambah dia seorang lelaki. tidak lama kemudian suami pula pindah ke melaka apabila diterima masuk kerja kerajaan diskim yg berbeza dengan ku. Ya, suamiku seorang PTD. bermula dari situ kami tinggal bersama, tiada lagi episod suami ulang alik ke selangor.

Tapi dengan anak satu aku masih tak faham tanggungjawab isteri dan ibu. Aku sering bergaduh dengan suami yang selalu balik lewat kerja..sehingga 12 malam ..aku tak faham kerja apakah itu sampai balik pukul 4 pagi. aku jadik gila dengan keadaan suami yang asalnya selalu di sisi tiba tiba bertukar. makinlam makin sibuk dan seperti tiada masa untuk kami.

pertengah tahun 2009 kami beli rumah di Taman Tasik di ayer Keroh dan aku bertukar sekolah di SMK Buki baru.bermula dari 2010 hingga 2017 aku mengajar di situ. hampir tujuh tahun
dan aku tinggal di Melaka hampir 11 tahun .

Pada aku melaka sangat sesuai untuk kita tinggal. tidak jammed dan mudah kita nak access ke mana sahaja. bank myidn pun sekitar 2km radius adri rumah aku. Ramai rakan rakan aku yang tinggal di melaka terus menginap di sini kerana selesa tinggal di melaka. tempat makan pun banyak yang menarik. kalau nak bercuti dalam negeri pun macam macam tempat bleh pergi.

cuma yang agak kurang untuk kami ialah hospital islam dan sekolah islam. itu mungkin masih tidak banyak seperti di Bangi dan shah alam. tapi tiada apa yangmengurangkan rasa sayang aku di tempat kami tinggal.

Anak sulung aku bersekolah di tun SAS. Aku bngga dengan sekolah ini. sebab pada aku ia sebuah sekolah yang terbaik. iyad pula tadika di al baghdadi.takperlu risau di sini banyak tadika yang sesuai dari smart kid..little caliph dan brainy bunch semua ada .mampu atau tak mampu sahaja.

untuk sekolah rendah iyad akan sekolah di SRK Ayer keroh sebab iyad akan mausk Pendidikan Khas utk mata. Ihsan akan bersekolah di TUn SAS seperti Orked juga. Tadika Insya Allah seterusnya kan di al-Baghdadi dan transit di Teacher Eton di Taska mualimah.

Yuran Al-Baghdadi ialah RM 380 sehingga petang. selama ni pun bayar pengasuh utk dua orang anak rm550.Tahun depan iyad darjah satu tiada bayarn tadika tapi ganti taska transit. ihsan akan masuk al-baghdadi pula dan tinggallah orked sorang di rumah Cik Peah

kalau kalian kena bertukar ke melaka jangan susah hati
kalian pasti akan suka tinggal di melaka. Melaka ni kecil aje..kalau kena meeting peringkat negeri pun takde masalah. boleh drive sendiri. nak bercuti hujung minggu pun boleh .banyak tempat menarik di melaka dan ramai org suka tinggal di melaka setiap kali bercuti pasti nak jalan ke melaka,

namun kami pasti tidak akan tetap dan berpencen di melaka kerana kami bukan asal dari sini. Selamat tinggal Melaka....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...