Sabtu, 20 Januari 2018

Mak dibawa balik ke Kuala Kangsar

Bawa balik atau duduk di Hospital ? 

Kematian adalah sesuatu yg pasti . Hari ini Doktor Jensen berjumpa kami aku , Che Mad dan Adila. Azua tiada dia kerja. 

Doktor telah memanggil semua adik beradik dan menerangkan pasal keadaan mak. Sekarang menjadi persoalan sama ada mak perlu dibawa balik atau stay di Hospital. Mmg dari segi onkology tiada rawatan apa apa. Tapi doktor beritahu doktor akan memberi keselesaan kepada mak. 

Sebagaimana yg kami sedia maklum. Sel kanser telah merebak ke otak . Mak sudah tidak alert dengan org sekeliling. Mak banyak tido dan tak sedar dengan apa yg ada disekelilingnya. Aku tahu . Tapi aku sendiri tak dpt bezakan sama ada mak tidur atau mak lemah sebab bila aku tengok mak sedang berdengkur. 

Tapi aku bersyukur selama mak di hospital aku dibantu oleh nurse mandikan mak. Dan segala urusan mak akan dibantu. Mak tak berak ada ubatnya. Mak tak bergerak ada fisioterapinya mak nak bantuan apa apa akan disediakan. Mmg tak dinafikan kita yg buat bukan nurse atau doktor. Tapi segala kemudahan disediakan oleh pihak hospital. Berbanding jika kita di rumah keperluan kesihatan mak amatlah terhad. Segala keperluan mak kita taktau hanya mampu rujuk azua. Azua mak ni  macam mana? Azuabmak begitu ? Semua atas azua.... baik. Kalau azua ada tiada masalah tapi akan timbul masalah bila itu takde ini takde. Berbanding di hospital Insya Allah semua ada. 

Dan keadaan akan lebih teruk jika azua masuk kerja. Azua mungkin boleh cuti seminggu kalau keadaan Mak stabil adakah azua akan cuti seperti dulu? Dan mak akan bergegas dibawa balik ke HKL semula? Ini kerja tak betul. Keadaan akan berulang semula. 


Jadinya kami bersetuju tidak membawa balik mak. 

Sabtu 20hb January 2017

Bila doktor lain tengok mak dengan keadaan emak yg terbaring . Dia minta mak di bawa balik sebab tiada apa yg hospital boleh lakukan, antibiotik pun dh selesai. 

Berbeza dengan doktor Jensen dia masih izinkan mak berada di HKL.Tapi doktor India perempuan tersebut menolak utk menerima mak di hospital. Maka kami terpaksa akur sekali lagi utk membawa mak pulang ke rumah. 

Sudah ketentuan Allah mak dibawa balik ke kampung. Allah yg maha Berkuasa mengatur setiap sesuatu perkara. Sebagai hamba Allah kita berdoa agar Allah mempermudahkan urusan emak. 

Masih berharap emak ada bersama kami. Namun sebagai hamba Allah kita kena akur bahawa setiap yang hidup pasti akan mati. Dan begitulah sunnahtullah. 

Masa 31 hb Disember Besday azua mak sempat ada. Begitu juga Besday aku pada 7hb Januari. Esok 21hb Januari Besday abg aku , Abang Cuah. Semoga mak sempat bersama Abg Cuah

11 daripada 12 beradik. Abg ajis tiada.


21hb Januari 2018 
12.40am

Aku masih di shah alam. Sementara 10 orang adik beradik di Kuala Kangsar. Hanya aku dan abang atan yg tak ada. 

Tadi kak nana bercakap dengan aku. Katanya mak nampak macam abah masa balik dulu. Mak nampak makin uzur. Anak kak nana yg bernama Aqilah dah tak nak tengok muka embah. Sebab muka embah dh lain . Dia takut. 

Adila anak Yeop mesej aku tanya di mana .. jadi tak balik? Aku beritahu aku balik esok pagi.. aku tak pasti apa yg akan berlaku. Adakah Mak akan menunggu aku? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Review Get a Bite cafe, Ayer keroh melaka.

View dalam mmg cantik ala ala ..vibe kat Thailand pulak .actually aku first time masuk . Seronok bila dia tulis Muslim Owned. Rasa tak was w...