Isnin, 15 Januari 2018

Kesakitan dan kematian

Kesakitan dan Kematian. 

Dua perkara manusia paling benci namun itu yg bakal kita lalui. 

Pengalaman melihat sendiri abah menghadapi sakit dan kematian yg kian hampir , buat aku lebih faham betapa pentingnya persediaan kita terhadap perkara ini.

Tahun ini genap usia ku 35 tahun. Aku taknak berpaling lagi aku nak mulakan rutin harian seperti abah. Aku mahu berehat di alam barzakh ku. Ya Allah! Jadikan aku hambamu yg taat dlm beribadah. Subhanallah.. 

Terlalu banyak leka kita dengan kehidupan sehingga kita lupa alam akhirat yg bakal kita lalui. Yg menakut tiada EDD. Kita semua adalah unexpected person . Tapi apa boleh kita buat hanya, bersedia. 

Banyakkan bersedekah, biar papa dengan sedekah agar jadi penahan kita dr bahan api neraka. 

Banyakkan baca alquran. Lakukan solat solat sunat. Patuhi perintah Allah Rasul dan suami. 

Didik anak dengan amanah. Bekerjalah sebagai medan ibadah. 

Menjaga tutur kata jangan mengumpat jangan mengata. Semua akan dibalas walaupun sebesar zarah. 

Abah aku anggap ahli ibadah. Apa yg buat aku kata begitu? 

Abah mulakan rutin hariannya dengan qiamulail seawal jam 5 pagi. Pergi ke masjid solat berjamaah dan dengar kuliah subuh balik sambung baca alquran sehingga waktu breakfast. Abah makan,m. sebelum ke pasar, abah solat sunat dhuha. Abah pergi pasar beli barang mak nak masak dan abah balik rehat sementara menunggu zohor. 

Abah ke masjid dengan jubah putih dengan bau minyak atar yg kuat. Abah pergi 30 minit awal. Abah buat solat solat sunat. 

Balik makan tengahari abah berehat menonton tv.pukul 4 abah dah bergegas ke masjid semula. Menanti waktu asar dan buat amalan amalan sunat. Solat sunat wuduk pun abah buat. 

Setiap kali waktu solat abah masukkan seringgit dlm tabung masjid. 

Balik asar , minum petang. Masa ni kami berbual bual dengan abah. Abh suka menonton berita dan dokumentari. Kadangkala abah ada juga tengok drama. Abah menonton dlm bilik sendiri .Tak payah berebut remote tv dengan cucu . 

 Pukul 7 abah ke masjid utk solat maghrib. Selalunya abah tak balik sampai isyak. Menginjak jam 9 baru abah balik. Makan malam dan abah berehat. 

Sebelum tidur abah akan solat sunat witir. Dan sambung bacaan alquran.  Begitulah rutin harian abah. 

Sambil menonton abah tak berhenti zikir. Abah kata jadikan helaian nafas kita dengan menyebut kalimah Allah. Sematkan Allah dlm hati. Jika diamalkan kita akan sentiasa berzikir. Walaupun mulut tak berzikir hati sentiasa berzikir.

Rutin ini abah lakukan setiap hari walaupun dimana jua dan bila bila masa sejak abah pencen tahun 1995. Aku dlm darjah 6. 

Sehingga abah meninggal 2016. Hampir 21 tahun abah menjalani rutin nya. Tidak termasuk jumaat ada solat sunat tasbih . Tidak lupa bacaan surah al mulk setiap malam. 

Ingat lagi masa abah sakit tak dpt ke masjid abah sedih. Sedih tak dapat jalani rutin hariannya. Abah sedih.. abah masih lagi rasa banyak kurang amalan nya. Sedangkan kami rasa abah dh bebetul all out utk saat kematiannya. 

Abh meninggal menanggung kesakitan. Aku tahu sakit abah penghapus dosa dosa lampau. Allah SWT nak abah mengadapnya dalam keadaan betul betul bersih. 

Ya Allah.. tadi masa ke cafe bila aku terlihat susuk tubuh berjubah memakai baju blazer hitam dan berkopiah putih , aku ingat abah. 

Abah melintasi nya sambil mata curi curi pandang nak melihat wajahnya. Adakah seiras abah. 

Ya Allah damilah abah ku di sana. 
Ya Allah ringankan kesakitan dan ketidakselesaan ibu ku . 
Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani ku masa aku kecil. 

Tiada mampu aku lakukan melainkan membantu ibu yg ada dan mendoakan kesejahteraan abah di sana. 

Abah dah melalui fasa sakaratul maut, dan akan dtang bahagian kita . Bersediakah kita? 

Atuk meninggal pun sangat damai . Dalam bulan syaaban sebelum Ramadhan. Masa tu kami di Mekah. Hampir terjelepuk Hafidz di pintu bilik air bila tiba tiba dia ketuk pintu surh aku keluar dan menangis “ Ama.. atok dah takde...Abang nak balik Malaysia hari ni” 

Aku tenangkan Hafidz. Itu agak mustahil. Flight kami esok . Pagi ini subuh terakhir kami di Mekah. 

Atuk sepanjang duduk dengan kami , mulutnya asyik membaca alquran, dia kurang bercakap. Atok suka berkebun. Makan minumnya dia selesa sediakn sendiri. Benarlah! Atuk org tua yg paling senang diuruskan . 

Kita bakal menginjak usia tua. Kita bakal menghadapi kematian. Di hadapan kita pelbagai pengajaran Allh berikan . Adakah kita tidak mahu mengambil iktibar.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...