Ahad, 21 Januari 2018

Al Azmi Garden; murah dan sedap.



Kebetulan kak azua dan che mad nak jaga mak di hospital. Aku san adila balik ke rumah kak azua di Bandar Baru Sentul. Aku lupa apa nama tempat rumah kakak aku , tapi setahu aku itu flat lama berdekatan dengan LRT Sentul Timur. 

Malam nnt abg abg aku akan sampai dari Perak. Esok doktor Jensen akan berjumpa dengan kami utk perbincangan. 

Maka, kami berdua berjalan kaki ke kedai paling hampir. Restoran Al Azmi Garden . 

Kami pilih set berdua. Pada kiraan aku murah. Bayangkan kami dapat makan berikut: nasi putih dua, sayur kailan ikan masin, daging masak merah, telur dadar dan tomyam campur. Termasuk desert pulut mangga kalau beli asing harga RM9. Dan pulut mangganya sangat sedap! Sumpah sedap... hahha! 

Total: RM 27.50 tidak termasuk air. 

Korang rasa murah ke tak? Dan yg paling best sedap! Kami makan berdua tak terabis. Air buah pun murah. Dalam RM2.50 je... 

Next time boleh makan kat sini lagi. Bawa hafidz. Dia mesti suka pulut mangga. 


Menu yg kami amik. 


Set pulut mangga yg sodap! 

Inilah kedai Al azmi garden. 

Kenangan bersama sama mendengar penerangan doktor. Kenapa kami nampak tenang? Sebab kami mmg telah tahu conditions mak sebelum kami bawa mak ke Hospital. Hanya Allah SWT yang mengetahui segala aturanNya. Kepada Allah kami bermohon petunjuk dan pertolongan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...