Isnin, 19 Mac 2018

Lorry IKEA sampai rumah! Yeayyy!!!

Lori ni mmg angkut barang kitorg ngn satu customer dr seremban. 7k weh total semua sekali.. nnt kita kira semula..  
Alhamdulillah lega .. setelah tunggu lama sampai jugak barang barang  ikea yg kami dh order.. hmmm.. seronok memang seronok tapi yg tak seronoknya kena pasang sendiri satu persatu dh macam makan steamboat nak makan kena masak sendiri.. adoi nak buat macam mana nak ikea punya pasal tpkan ...belum nampak cantik macam gruop deko ikea yg facebook tu .. mungkin belum cat lagi gamaknya.. so takes time! Perlahan perlahanlah.. ni pun dh banyak duit suami aku rabak !! 😭😭😭😭tapi dia setuju takpelah kan ... hmmm penyesalan beli katil lerabot kedai pakistan masih terasa nak buat macam mana .. aku redha jelah ... suami aku pun kusut gamaknya.. naknpindah isteri asyik balik kampung aje.. tu yg dia pakai beli aje..   

So selama hampir seminggu kami bergotong royong pasang semua perabot ni.. kalau nak staff dia pasangkan tp 10%dr harga barang yg kita beli. So kena bayar upah pasang 700 lah. Hmm tak payah ! Pasang je sendiri. Ok! Kos pengangkutan adalah rm 180 . Dulu mahal sekarang dh murah! So kalau nak kena spend banyak sikiy baru kira berbaloi. Kalau tak beli lah sikit sikit.. dtg hujung minggu ni ambil katil . Lepas tu lemari dan sebagainya. Kereta stavic suami aku muat pulak nak mengangkutnya. 

Ok ! Meh tengok secara dekat harga benda benda ni semua
  1. Meja makan 900 lebih kurang, extendable boleh jadi 8 seater. 
  2. Kerusi makan mahal sikit.. tak ingat 6 biji sekali sarung 175
  3. Kerusi arm wing rm699
  4. Katil imran iyad siap ada drawer dua 600
  5. Meja belajar imran 99
  6. Meja belajr iyad 99
  7. Kerusi belajr imran iyad 58x2
  8. Almari pakaian imran 499
  9. Katil orked 499
  10. Tilam iyad 399
  11. Tilam imran 399
  12. Tilam queen orked 
  13. Sarung cadar ibu ayah
Nnt aku check balik apa lagi tertinggal. Kira oklah. Beli barang ikea ni kualiti dia.. harag ratusbratus je.. beli barang kedai perabot pakistan tilam pun 500 tapi span tebal bukan spring. So masalahnya cuma nak mengangkut, tapi sejak ikea turunkan harga oklah .. dulu tak silap 450 nak bawa je.. mahal tuh! 


Kerusi meja makan yg bersepah sepah .. adoi stress aku.. bila lah nak nampak ghupe meja makan ni? πŸ˜…πŸ˜…


Rupa di kala siang hari... Alhamdulillah seperti yg aku nak .. nak tambah frame gambar kaison je nnt ..

Kerusi yg belum jadi kerusi... 
Kokorang agak agak katil tu aku beli sekali ke.. katil ni dh lama kami beli king saiz . Harga masatu tak sampai seribu dlm 500 kot 
Ni kerusi yg femes gila ! Org semua suka kerusi ni harga dia 699 .. seringgit lagi cukup 700 ... uwa ! Mahalnya kau! 

Hari yg sama org lantai ni baru siapkan kayu.. aku suka kaler yg gelap macam ni cantik.. ni belum lap lagi so tak nampak berkilat ... total buat lantai dlm 2k ada satu kontraktoe ni kata kalau dengan dia dia bagi 3.8k je ! Gulp!! Ko rasa? 

Add suasana malam hari.....




Ad


Ni harga katil orked. Kalau tak suami aku nak beli yg super single harga beza seratus baik ambik yg ni besar sikit.. nnt org dtg boleh tumpang tido... 

Add caption

Tertiba masuk menu IKEA  pulok! 

Ni pulak rege tilam .. tilam paling murah dlm ikea.. tilam spring harga 399 utk sinle bed. Pada aku ok .. kualiti pun not bad! 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...