Jumaat, 9 Mac 2018

Mak ...telah menghadap Ilahi

Akhirnya Mak pergi jua..

Momen indah aku bersama mak di bulan Disember. Aku menyambung tugasan menjaga mak di hospital dari Kak lijah. Jumaat aku sampai naik bas dan grab dr stesyen lrt ke hospital kuala Lumpur. 

Masa aku jaga mak agak sihat. Boleh senyum dan bergurau senda. Setiap kali ke bilik air kami akan pimpin mak. Mak meminta aku gosok duburnya setiap kali ke tandas. Mak nak kami anak merasa jaga mak. 

Malam terakhir aku jaga mak kami sempat order makan dengan Sufian kedai Tomyam di Kg baru. Boleh tahan selera mak nak makan. 
Keadaan mak pada aku baik baik sahaja. 

Mak balik ke kuala Kangsar. Seminggu kemidian mak balik ke sentul utk 3 kali sesi kimo yg terakhir. Mak pening . Kepala mak berpusing . Mak mula hilang selera makan dna muntah muntah. 

Hafiz sempat hadiahkan mak microwave oven. Mak tak banyak cakap. Mak tak de selera nak makan...itu kali terakhir aku berjumpa mak di rumah Kak AZua.


Tak sangka itu antara saat saat akhir mak. Selepas aku balik ke Melaka hujung minggu depannya hari Jumaat tak silap aku pergi sekali lagi turun ke Bangi Rumah Abg Am. Mak disyaki ada ketumbuhan di otak.Atau dalam erti kata lain kanser mak sudah merebak ke otak. 



malam tu kami adik beradik berbincang tentang keadaan mak. Azua meluahkan bahawa mak nak anak anak sentiasa ada di sisi mak. Kami akur kami perlu luangkan lebih banyak masa. aku ingat lagi satu malam antara malam malam aku di rumah abg am ..kak AIsyah masak soto sedap mak makan. AKu ,kak lijah ,AZua dan abg am teman mak.. Yang lain dh balik ke rumah masing masing. hari isnin aku ikut hafidz balik Melaka dan aku janji dengan mak aku akan datang balik. ALhamdulillah aku dapat tunaikan janji aku pada mak . JUmaat , 15 Disember aku datang HKL dari Melaka seorang dan sambung shift jaga mak di HKL. AKu kira kalau ikutkan ini 60 hari sebelum mak meninggal dunia. mak pergi 15 Februari 2018. 





Jumaat aku sampai aku jaga mak.Malam tidur dengan mak atas lantai mak atas katil. Mak masih boleh berborak dan solat. Mak ada selera nak makan. Masa tu sebelum dtg ke Hospital mak buat rawatan dengan Perawat nama Noridah. 



isnin, 18 Disember Mak balik Kuala Kangsar. Masa ni mak kerap muntahdan mak mula tiada selera utk makan . AKu ada balik ziarah mak waktu ni. hujung minggu nya kami balik lawat mak. Dan aku kembali untuk mesyuarat pertama sekolah pada 25hb . masa 23hb Disember ada bacaan Yaasin dibuat utk abah dan mendoakan kesejahteraan mak. Mak sedekah kan anak anak sehelai kian pelekat. 



malam tu menu nasi AYam Che Mat , abang ipar aku. 



AKu balik ke Melaka. dan pada 30hb mendapat khabar keadaan mak sangat kritikal kami bergegas balik ke Kuala KNgsar dari Johor. Aku ingat pukul 4 kami bergerak dan pukul 1 tengah hari sampai. mak masih boleh bukak mata dan ingat kami lagi. malam tahun baru ..mak pegang kepala kami ..aku kak mimah dan beberapa orang anak. Kami sempat khatam Al-Quran kali pertama untuk Mak. 



rupanya 1.1 2018 adalah 50 hari sbelum mak pergi.



sejak tarikh itu juga aku balik ke Kuala Kangsar hampir setiap hujung minngu bermula JUmaat dan AHad balik semula ke Melaka. 



13hb Januari Kami bawa mak  ke HKL untuk mengetahui keadaan Mak yang sbenarnya menurut perkiraan Doktor. 



15 Januari 2018 aku ambil cuti separuh gaji untuk menjaga mak di wad HKL. Emak semakin uzur dan langsung tidak respons lagi pada kami. tarikh 19hb Januari Doktor Jensen berjumpa kami dan merangkan segala galanya yang kami telah lama jangka. Mak dah sampai hari hari teraakhirnya ..namun tiada siapa dapat menjangka berapa lama. 



20hb Mak balik Ke Kuala Kngsar. Aku balik ke Shah Alam dan esok Ahad aku balik semula ke Kuala Kangsar. 



22hb Januari hingga 26 Januari aku kembali bekerja. 



dan 1hb Februari aku amik cuti rehat khas. MAk berubat dr gangguan makhluk halus. berbagai versi cerita yg ada. ALhamdulillah Allah peliahara mak . Tiada siapa peprcaya mak dikaitkan dengan saka yang menyebabkan mak lambat diambil nyawa. 



aku masih ingat hari Jumaat sewaktu kami sama sama sarapan kami merenung mak. Kami lihat jasad mak lebih panjang dr mak yang sepatutnya. mungkin sendi sendi mula mula melonggar menyebabkan tangan kaki mak nampak lebih panjang. 15 hari sebelum mak pergi.



9 FEBRUARI AKU BALIK LAGI. esok nya kami buat bacaan Yaasin dan kami jemput 40 org pelajar Idrisiah untuk sama mendoakan yang terbaik untuk mak. mak bernafas ikut mulut. keadaan mak takkan bertahan lama. Namun kami tak tahu bila. 



11 Februari aku balik semula ke Melaka,Kali ni dengan Hafidz sebab dia dtg dari Terengganu untuk menziarahi Mak. 



Hujung minggu semestinya ramai yang akan balik sebab satu Malaysia cuti umum iaitu 15 dan 16 Februari Tahun Baru Cina. Aku dah menjangka tiket bas pasti habis. Hafidz menasihati aku tunggu dan balik bersama sama dia.15hb Februari Khamis. Aku masih di rumah. Aku kemas beg. Hafidz balik pukul 3 kami bergerak ke Shah Alm.



Rupanya di saat inilah mak sedang menghadapi nafas nafasnya yang terakhir. Azua kak MImah Kak Mia Kak JIla dan anak anak saudara aku duduk mengelilingi mak. membacakan kalimah tauhid di telinga mak dan Aku masih di Shah Alam.



Betul betul di persimpangan trafic light masuk ke UITM Shah Alam nombor Kak Nana naik. 



" Ama...Mak dah takde.." "bila " aku tanya ," 630 tadi.." Ya Allah! Aku dah takde Mak. Hati aku menangis. Namun tidak diluaran hanya dalaman .kami tenang kembali ke rumah mak mertua packing barang barang. dan bertolak balik ke Kuala Kangsar buat kali terakhir utk melihat mak. JENAZAH MAK. MAK YANG TIDAK LAGI BERNYAWA. MAK YANG MELAHIRKAN AKU. MAK YANG MENYUSUKAN AKU ...MAK AKU SATU SATUNYA DI DUNIA DAH TAK ADA.



AKU SEAKAN MAHU TERBANG BALIK DAN MEMELUK MAK. ALANGKAH BAIKNYA JIKA SAAT SAAT AKHIR KAMI BERSAMA MAK MAK SEDAR KAMI ADA DI SISI MAK . KAMI SENTIASA BERSAMA MAK. MAK..KAMI SANGAT SAYANG PADA MAK. MAK MAAFKAN KAMI ..KAMI LALAI KAMI TERLALU SIBUK SEHINGGA KAMI ADA KETIKA TAK JENGUK MAK. MAK ..ADAKAH MAK MAAFKAN KAMI .. ADAKAH MAK PERGI DENGAN MAK MEREDHAI KAMI. MOHON AMPUN MAK..



10.30 malam aku sampai di Kuala Kangsar. Lebih awal dari Abg Atn Abg AM dan KAK lijah. semua kami jauh . aku dsri Melaka ,dua lelaki dr KL dan kakak aku dari Perlis. 



selalu mak baring di tepi rumah, tapi sekarang mak diletakkan di tengah rumah. bau bakaran setanggi memenuhi rumah. mak kini bertutup kain putih . aku sedih melihat mak tiada lagi . Aku pergi memeluk kak AZUA  "dah jangan menangis ..mak pergi elok...jangan nangis ...lagipun kamu kan balik ziarah mak minggu lepas..." aku asyik cakap maafkan Ama mak..maafkan ama mak. tak balik lagi awal...aku rasa kesal. namun sudah ketentuan bukan aku di sisi mak waktu mak pergi. 



aku berdiri di sebelah JENAZAH mak. aku singkap kain putih jarang itu. aku lihat mak pucat. wajahnya tenang seperti tidur, tidak seperti wajahnya semasa terlantar. nampak garang ..dan seakan marah . sebab mak sedang menanggung kesakitan. hilang segala derita mak. Ya Allah Ganjarkan lah mak syurga atas segala kesakitan yang ditanggung oleh mak. Tolong Ya Allah ..AKu merayu pada mu..Kasihanilah IBU ku YA Allah.. Apalagi aku mampu lakukan untuk mak ..mak dah pergi.. tiada lagi pertolongan atau layanan aku dapat berikan kepada emak. Emak dah tiada. 



tiada lagi bergegas naik bas utk melawat mak ..Mak dah tiada. tiada lagi pegangan tangan sehalus baby ..mak dah tiada. mak dah pergi Ama..mak dah pergi untuk selama lamanya. 



Masa mak terlantar sakit . Kami ada kata jika pergi itu baik bagi Mak engkau ambil]lah Ya Allah supaya mak tidak tersiksa lagi. aku ingat itu mendamaikan aku. tidak Ya Allah ..aku kehilangan kasih sayang dan keberkatan doa seorang ibu. maafkan ama mak. Ama banyak dosa pada mak. Ama tak betul betul jaga mak macam Azua jaga. Ama sepatutnya cuti dari bekerja untuk terus duduk di sisi mak. Ya ALLAH sampaikan salam ku buat mak yang amat aku kasihi. Aku akan sentiasa mendoakan mak. memohon supaya mak duduk di kuburan yang menjadi antara salah satu taman taman syurga.




Malam itu kami tak tidur lena. Menemani Emak dengan baacan satu Al-Quran. Bergilir gilir kami menbaca sehingga menjelang subuh. sekuruh ahli keluarga mendoakan emak . membacakan yaasin dan ayat ayat al-quran. Malam ini malam terakhir kita bersama.Anak anak tidur bersepah dilantai mengelilingi mak

PAGI HENING ITU



8.30 pagi anak anak perempuan memandikan emak.Emak selesai dikafankan pada jam 1030 lebih kurang . Aku mengucapkan terima kasih buat sahabat yang hadir syarena wahida dan hidayah. Memandikan mak memang rutin harian kami ketika menjaga mak..kami akan memastikan mak dalam keadaan sentiasa bersih. Walaupun mak sakit, mak sentiasa dijaga rapi terutama oleh kakak ku Azua. 



aku tak peduli apa yang korang fikirkan , Namun aku melihat jenazah mak sangat cantik Mak lebih cantik dari waja semsa dia hidup,. orang nya nampak kecil molek dan muda. cantik ,.semua orang melihat wajah mak menyatakn mak nampak cantik dan tenang. Hidungnya mancung. orang nya nampak muda. aku merasa sungguh puas . Bila melihat wajah tenang mak sebelum kafan menutup muka nya .aku berasa yakin .." insya Allah mak disisi yang baik. aku yakin dan aku akan mendoakan mak. 



cukup sekadar di sini. 









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...