Sabtu, 21 April 2018

Rumah baru

THE POWER OF DOAS

kalau korang masih ingat aku ada buat posting masa baru nak beli rumah.

Actually masa tu suami aku nak beli rumah yang belum siap dan bakal siap pada 2019. tapi aku tergedik gedik nak sangat duduk rumah baru. itulah wanita kan kalau dia pandai merayu pasti dapat tp kenalah perkara yang betul bukan sebaliknya..ahaks! 😆😆

oklah ini semua dengan izin Allah SWT jua ..hah! kena ingat tu ..oklah . kalau korang nak baca betapa aku berharap sangat nak beli rumah baru boleh baca post ni ..

Nak sangat rumah baru


oklah ! aku mmg dah duduk rumah baru sejak januari 2018. Masa kami duduk sini mula mula kami tak bawa barang pun cuma bawa baju yang nak pakai je..bila dan ada tilam katil kami mula bawa barang satu beg satu beg..masa ni kan aku still ulang alik balik kuala kangsar ziarah mak masa tengah sakit.

Ya Allah sulitnya kalau difikirkan balik waktu tu..entah lah ..tak siapa sangka mak akan sakit sebegitu sebelum menutupkan mata ..kami mesti menangis jika mengenangkan mak ..cerita mak yg paling kami ingati ialah saat menjaga emak di hari hari terakhir bersama mak..ya Allah sangat sangat sedih...mak aku doakan mak diampunkan dosa oleh Allah SWT ( mesti kena potong duit emak cepat cepat ...utk sedekah jariah mak)

rupa nya november tahun lepas kali terakhir mak datang rumah . itulah kali terakhir mak menjejakkan kaki ke rumah aku. masih ingat lagi malam tu kami makan di medan ikan bakar. ALhamdulillah mak makan dengan berselera.

Berbalik pada cerita rumah. 

kira nya secara rasmi nya kami duduk rumah baru pada bulan Feb sejak balik dari kampung masa mak meninggal dunia lepas tu kami mmg tak balik taman tasik dah . terus tido sini.. dan hari ni rumah taman tasik siap kemas oleh kak Peah dan aku tak tahu berapa kos upah mengemas rumah sebab kak peah dah siap basuh langsir bagai dan kemas bawah katil yg ada tikus mati tu ..aku kalau dia minta berapa pun aku bayar jelah ..termasuk upah cat tiga bilik anaknya Angah yang buat. 

nnt kami akan upah Tajuddin untuk bersihkan laman rumah tu. Ikut perancangan kami akan sub pada En Jufry untuk buat homestay tapi tak tahulah. Masih dalam perancangan kalau boleh aku beli je dapur dan pakai njoi  selesai masalah pastu aku jalan kan je homestay tu ..dalam  minggu depan dah boleh start. 

tapi suami kata " sabarlah ..jangan tamak sangat.." so sekarang aku tengah bersabar..tapi kepala tengah fikir macam mana nak ON kan homestay tu 😅😅

kalau betul mmg aku kena spend duit sikit. nak beli dapur baru, nak pasang Njoi, nak beli kerusi taman , nak beli frame gambar, dan dalam awal mei aku start bisnes homestay

oklah ! nak sambung cerita rumah baru pulak 

apa best rumah baru?

Banyakkk! biasalah yg baru semua best! ok sebenarnya semua tak rumah baru best rumah lama pun best jugak .sama best aci tak?

rumah baru best sebab baru,tapi lepas rumah lama kena cat pun nampak best sama macam rumah baru. so dua dua best.

lokasi pun sama . rumah baru dekat Tiara Golf ada swimming pool, ada gym dan ada tempa berjimba jimba tapi jauh dengan kedai makan. nak makan luar kena makan area Ayer Keroh.

Rumah baru ada trek jogging ada tasik ada taman mainan ada ikan ..boleh bagi ikan makan setiap petang.. ada taman yg cantik..rumah lama dekat dengan sek imran, taska Ihsan dan sek agama. so sama sama win kan !

Rumah baru dua tingkat, rumah laman setingkat tapi ada laman private. boleh main bola dan bercucuk tanam. 

Apa nak gaduh .dua dua juga rumah sendiri tak jual pun pada orang. 

rumah baru ada lantai kayu bilik mengadap tasik dan ada balkoni, rumah lama dekat Mc Donald jalan kaki je g . ada Mitc dekat giler kalau nak g Mood Republik.

rumah baru ada jaga nak masuk kena letak ic. rumah lama ada kenangan ..kenangan manis dan pahit . semuanya ada..










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...