Ahad, 3 Februari 2019

MASA.


semalam lepas Asar, rakan sekerja Kak Jamaliah Jakpar telah kembali ke rahmatullah. 
masih terkejut sebab baru rabu lepas, kami mendnegar dia berbual bual dengan Kak Ila. Sabtu dapat tahu dia dh takde. 

sebenarnya 18 hb Januari lepas , Kak Su ada cerita pasal dia.. katanya dh kena refer Palatif care unit. ini maksudnya onkologi dah discharged the patient. Allahu akbar. cepatnya masa berlalu. sebulan lepas 2hb Januari Suhaila meninggal dunia, 2 hb Februari Kak Jj pula menyusul. sayu nya hati 

tahun ni aku masuk umur 36 tahun . lahir 1983, ada empat tahun menjangkau usia 40 tahun . usia nabi menerima wahyu. Aku berdoa agar Allah SWt memberikan aku kesihatan yang baik agar aku terus dpt berbakti utk agama bangsa dan negara. Jadikan setiap hari aku adalah berkhidmat utk berkhidmat untuk org lain. 

hari hari aku bangun pagi , lepas solat subuh , bila hari persekolahan aku sediakan bekal dan siapkan anak. tak sesusah dulu. semua dh pandai pakai baju sendiri hanya Orked yang suka berdrama pagi pagi. 

ke sekolah aku mengajar ilmu agama. hari hari awal waktu aku sebolehnya nak mereka semua baca quran, sebelum belajar.. biar celik mata hatinya. ya Allah , jadikan pengajaran ku ini sebagai sedekah amalan yang membawa aku ke syuarga Mu ya Allah. 

Cuma aku kena buang sikap marah marah bila masuk ke kelas 3C, aku takboleh cakap baik baik. sebab mereka taknak dengar bila kita cakap baik baik. '

kalau cakap dengan diorag macam bergaduh baru boleh blend dengan diorg macam mana tu..?

aku harap aku dpt ubah anak anak mrid aku agar jadi manusia yang berguna pada agama bangsa dan negara. Ilmu yang aku ajar ni dapat dipraktikan sehingga mereka berumah tangga Insya Allah.

aku tak punya harta yang banyak, semoga ilmu yang bermanfaat yang aku curahkan kepada mereka membawa mereka ke jalan kebaikan Insya Allah. 

Melihat ke hadapan , buat aku jadi takut. Namun kenapa nk takut jika kita yakin dengan aturn Allah SWT. jangan takut Allah SWT sentiasa ada bersama kita

cuti sekolah bermula, aku tak pasti kami akan bercuti kemana. ikutkan aku nak bawa anak anak aku ke Jogjakarta, dlama tiga hari. tak lama tapi cukup hanya untuk berlibur, nnt aku cari hotel yang seronok utk kami lepak lepak di bilik. 

semoga ada ruang dan masa yang panjang utk kami mencipta memori kami bersama . 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...