Jumaat, 13 Mac 2020

TIPS RUMAHTANGGA 1

Aku tak pasti bagaimana suami isteri lain membahagikan tanggungjawab dalam rumah.Tapi apa yang aku yakin dan pasti selalunya yang berlaku suami isteri akan berkongsi perbelanjaan rumah.

Isteri bayar rumah, suami bayar kereta
isteri bayar taska anak, suami beli barang dapor,
kiranya sebolehnya suami nak isteri support perbelanjaan rumah tangga sama 
kalau tidak " buat apa kerja?"

Buat apa kerja kalau taknak support suami.
Duduklah di rumah buat tugasan suri rumah . suami yang akan bayar segala galanya.

Aku tak setuju. sebab pada aku kalau seorang perempuan jadi surirumah stress dia lebih tinggi dari dia bekerja.

jika dia bekerja sekurang kurangnya dia ada duit sendiri , kalau apa keperluan dia tak cukup dia akan guna duit dia sendiri utk beli .

dan utk pengetahuan korang kerja rumah lah kerja yang paling stressfull dalam dunia sebab dia tak pernah selesai..bagaiman cekapnya kita lakukannya 

dan bila ko mengadap kerja yang takpenah ada endingnya ko rasa macam kerja ko sia ..sia..dh basuh baju septutnya dh takde baju ...selagi hidup selagi tulah ada baju .

Kedua, perempuan macam mana sekalipun dia tetap nak suami bantu dia buat kerja rumah .

korang tengok situasi ni.
1. isteri bekerja : Mestilah suami kena tolong buat kerja rumah yelah dua dua bekerja .

2. Isteri surirumah : " awk ni tolong lah saya buat ..hari hari asyik sy kena buat ..."
                              Suami cakap,," awaklah buat ..kan awak tak keje ..awak suri rumah..."
last last apa jadi isteri tetap kena buat kerja rumah .

ok.

kerja vs tak kerja.

Kerja:

ko boleh " lari " seketika dr environtment rumah yang tak pernah selesai. masuk ke duania lain iaitu pejabat dan kalau macam aku sekolah 

makan . hah! atleast sehari korang dapat makan dengan kwn kawan,,...air nak minum order je , makan lepas tu tinggalkan ..ala macam suami korang selalu buat kat rumah ..heaven apa!

dapat gaji ! yahoo..lepas ko dh bayar apa "portion" ko patut bayar adalah baki sikit utk k beli sepasang baju Hasnuri tak pun Sabella ..itu pun yang rege Rm50 selai ko pilih ..Chop! janji baju baru ..ada ko kesah.

SURIRUMAH:

ko akan buat rutin yang sama ..selamanya ..cuti atau hari bekerja.
tp lately aku tengok surirumah lagi heaven ..boleh lepak lepak chill dengan kawan okeys!

Makan, anak dh tidur atau semua pergi sekolah time tulah ko lepak ngan kawan akwan jiran tetangga . kalau aku, aku takde jiran .semua keje gamaknya .

Duit,
suami bagi duit elaun gamaknya . macam kawan aku M suami dia bagi sebulan 3k pandai pandailha ko ..beli lauk dan utk diri sendiri.

Ada juga kawan aku F, suri rumah tapi bergaya beg LV coach bagai . aku agak ni level datin . aku yang keje pun belum mampu pakai LV 


entah lah :

tapi aku nak ajar tips 

macam ni 

" kalau kau nak isteri pemurah , ko kena pemurah juga menyumbang tenaga"

apa key word rumahtangga bahagia?

Saling melengkapi antara satu sama lain .

salin bertolak ansur .

Bangun pagi, siapkan anak,mandikan anak, bagi breakfast, hantar anak ke sekolah, amik anak, masak ( potong beli sahaja jk tak larat) kalau tak kau juga yang mengemas, menyapu, basuh kain jemur kain ( skip aku pakai dryer) , lipat kain, iron baju suami dan baju anak anak, 

benda ni kau repeat lah sampai ko tua .

ko pikirlah kaedah macam mana janji ko buat semua benda ni without fail.

aku kagum juga dengan kawan aku ..selamba je dia ...dia kata bfast dia masak, dia akan bangun jam 5 pg, malam turn suami dia masak ...urmm! 

satu kes;
"saya tak basuh kain akak , basuh kain semua kerja suami saya ..kerja saya lipat kain .."

eh ! boleh bahagi bahagi ek !!

ada satu kes ,
dia buat semua kerja rumah , tapi satu sen pun gaji dia dia tak bagi . dia kata kalau nak bahagi duit boleh ..bahagi sama kerja rumah ..erhmmmmmmm.....

ni paling ideal kot;

dia bahagi dua semua gaji dia dan suami .maksudnya bayar sama banyak , dan kerja rumah pun buat sama sama .

suami dia kerja kilang, so bila suami dia ada kat rumah suami dialah tolong masak. dia kata suami dia tak pernah marah kalau dia taknak masak ..sebab faham letih .

so ko nak macam mana ?

********************************************************************************************************************

so beginilah ek ..ada org dapat suami keje bagus , tapi taknak bantu isteri :

" macam nilah aku dh belikan kan rumah ..(dia bayar bulan2) maka ko lah kena kemas rumah, bulan bulan aku dh bayar 2k lebih, takkan aku juga yang nak kena menyapu mengemop, aku dah belikan ko dryer na mudahkan ko , kolah yang basuh baju dh tak payah jemur..kan aku dh belikan dryer....aku taknak makan malam , ko pandai pandailah cari makan, apa anak ko nak makan ko ibu kolah sediakn ...duit? ko kan keje ..duit gaji ko nak guna utk apa ?"

berbanding suami yang tak keje bagus;

duit selalu tak cukup, serba serbi kurang, tapi suami rajin, dia banyak bantu isteri... cakap kerja apa dia tak tolong, air isteri pun dia buatkan . tapi yelah suami keja biasa biasa. talde pangkat pun .

********************************************************************************************************************

kawan,
selagi kita kan dunia ni .takde satu pun yang sempurna

kau takkan berpuashati dengan isteri kau,kau takkan pernah berpuas hati dengan suami kau.

mmg lumrahnya begitu.

apa kau mampu buat?

berdoalah agar ko senang melakukan kerja rumah . sedangkan Saidatina Fatimah pun mengadu pad Rasulullah SAW nak kan pembantu buat kerja rumah. cerita ni Rasulullah SAw dah ceritakan . apa jawpan Nabi, " Fatimah amalkan zikir ni subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahu Akbar 33x"

berlapang dadalah jika suami taknak bantu.

itu urusan dia dengan Allah SWT. bereskan uruskan kami sendiri, jika tidak kamu yang tak settle.

bergembira lah dengan nikmat Allah, sabar dengan ujian Allah SWT. smaping itu doa agar terbuka pintu hati .


ALLAH SWT AKAN UJI SESEORANG PADA TITIK DIA YANG PALING LEMAH.

Aku lebih mengingatkan diri sendiri dari orang lain . bila macam ni aku mudah ingat mak . Mak pun banyak ujian ..mak selalu mengadu. Aku pun tak faham sgt masa tu...sebab situasi berbeza. tapi skrg aku dh faham apa yang mak rasa.

patutlah mak mengadu macam tu . 

kesian mak .Ujian mak terlalu berat .

pagi tadi aku mengangis dalam perjalanan ke sekolah . aku terlalu rindu pada mak dan abah . dan aku sangat sangat harap ALLAH ampunkan mereka. mereka takde peluang lagi buat amal. Hanya ada doa ANAK yang soleh, makbulkan lah ya Allah .

pesan aku,

sayang isteri , bantu dia. dia senang dia akan senang kepdamu..bermanis muka dan lebih senyum dan manja . Kamu mahu lihat senyuman dibibirnya ?
bantu dia ...bantu dia agar dia gembira .kamu pasti turut bahagia . 





2 ulasan:

  1. Nak tanya, material kain Hasnuri macam Sabella tak

    BalasPadam
  2. HAFIZA, tak sama ..hasnuri dia moss crepe..kain sabella yang jenis design queeny sedikit berat dan sejuk . kalau yang plain sabella kurang sesuai sebab ikut bentuk badan ...

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...