Ahad, 8 Mac 2020

KISAH IMRAN I

Sabtu aku dtg ziarah Imran muka dia kelat. Macam takde mood. aku tanya kenapa dia bagi alasan "orked ihsan ni buat bising bising ..." dia macam marah marah.
dia mengadu kawan kawan dia ramai yang balik tinggal dia bertiga yang lain semua balik ..macam macam sebab ..dia kata dia penat ..

oklah ...aku pun macam rasa pelik je...yg suami aku kata " dia tak suka kita lawat dia ..jomlah balik.."
Ahad aku dtg balik ..petang sebab nak hantar baju sekolah dia yang aku dh siap iron.

lagi sekali muka dia moody..macam tak happy ...aku suruh dia amik baju dan barang yang aku beli .
lepas tu aku kata kalau imran macam ni," ibu nak balik lah .."lepas tu aku duduk aku tanya tanya lagi ...dia kata kawan kawan dia balik dia susah lah bila yang lain takde ..aku macam pelik ..korek punya korek baru lah tahu cerita sebenar.

rupanya selama ni dia kena basuh baju senior dorm dia..budak form 3. masa kawna kawan dia form 1 ada dia taklah rasa terbeban sangat . tapi bila semua balik tinggal dia bertiga jadi dia kena basuh ..berdua dengan kawan sorg lagi ....yg lgi sorg asyik main games dekat cyber cafe bawah tu ..

last last dia menangis dan cakap kalau buat salah kena pumping ...sampai tangan dia sakit ..

aku tenang lagi . cuma aku fikir apa kaedah terbaik aku nak selesaikan dengan budak yang buli imran macam ni ..
kebetulan aku ada amik gambar ahli dorm dia ..so aku dapat tahu nama dan dia kelas mana ...nak tangkap budak ni senang je sebab aku dh dapat nama dia ..aku rasa aku guna kaedah yang baik dulu..jangan sampai aku cari maklumat mak bapak budak ni kang jadik kes besar pulak...

aku risau bila imran jadi macam ni ..antara dua ..antara nak anak aku kuat dan jgn mudah dibuli sesuka hati ..dan ini resam hidup berasrama kena terima ..so ?
dalam hal ni aku boleh beri ruang dan masa lagi ..tengok keadaan dia bagaimana ..

aku akan fikir cara solusi yang terbaik . yang tak membahayakan anak aku pula..

selama ni aku ingat anak aku ok je kat sana ..rupanya kena juga ragging ni ...dan paling aku tak tahan bila ada yang kata "biasalah ...."

aku ni sanggup tiap hujung minggu amik pakaian anak aku basuhkan ..kau dh kenapa hambakan anak aku basuh baju kau ..apsal ko tak bagi mak ko basuh kan baju ko dik ..

doa orang yang teraniaya ni makbul ,..ko tu tahun ni amik PT3 ..kalau ko terus terusan buat macam ni ..aku takut apa apa jadi pada result pt3 kau ..beringatlah sikit ..Allah Maha melihat dan mendengar ...jangan lah sampai terkeluar sesuatu yang tidak baik utk kau wahai anak..

oklah ..aku rasa aku akan jumpa secara face to face dengan budak ni ...

tengoklah macam mana ....

aku guna kaedah yang paling baik sekali utk mengatasi masalah ni ...

doakan aku ! 
cinta hati aku yang pertama ..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...