Sabtu, 31 Ogos 2024

cameron highlands 2024

Rasanya baru juga ke CH , tahun 2023 awal tahun. Tahun ni pergi lagi atas urusan kerja .
Nampaknya banyak perubahan di Ch terutama di Kea farm . so straight to the point. 
Aku nak share beberapa tips yg aku rasakn okay utk korang yg suka sangat bercuti ke CH. 




- aku cadangkan korang naik cameron seawal 7 pagi jika taknak jammed. Kalau nak jalan luas tak kurang belok belok terutama yang mudah muntah bila jalan bengkak bengkok aku sggest naik ikut Simpang Pulai. Tpkalau korang dr KL naik ikut Tapah jauuuuuh lebih dekat jaraknya. 

- bila sampai awal korang boleh santai santai bf kat atas ni . Makan kat foodcourt Tanah Rata mmg layannn. 

- beli strawberry kat agro bawah sikit dr kea farm, klu di kea farmmahal, 
Utk penjawat awam ada rumah peranginanpenjawat awam .. banglo yang besar dan murah , cantik pulak tu

- tempat best di CH.. boh plantation, mossy forest, hobbitton , floral park, bagi sheep makan dan steambot kot. 

Kalau nak makan nasi lemak semua .. banyak di kg sedia ..tu semua area org Islam . 








Aku rasa itu je.. ada bazar di kea farm. Aku kena scam beli strawberry sebekss rm20 mahal nam mampps! 

Korang carik yang empat bekas macam aku tu.. rm 25 kalau kat agro dapat .. agro tu yang bawah sikit sebelum jumpa Kea Farm.. nak chill ala ala di mall korang ke centrium Mall.. ada kedai family mart, cu , dll ,macam majulah sikit…

Aku ada beli desert ni mmg sedap gila 





Beli aiskrim jenama ni ada halal 

Dessert tersedap! 10/10

Gigih aku heret bunga tu dengan strawberry dua pek besar… naik bas dr CH hingga ke TBS .. aku balik naik bas .. selesa basnya CS coach namanya .. tambang dalam 48 macam tu .. terus ke KL sentral/ tbs. Mmg selesa .. aku tido je ,,, tapi bengang ada kes orang munta tumpah di lantai kena beg sandang aku ! Bengang betol . Nntlah cerita . Takde mood kalau diingat balik. 

Ok bai,! 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kurma merah dan goji .

 Tak sangka mengalami nya lagi. Keguguran di awal awal minggu. Sepatutnya aku uzur 27 August. Sebab tak dtg aku chilled chilled je … suami d...