Sabtu, 7 September 2024

Courtyard by Marriot Phnom Penh

Tak pernah ada list nak melancong ke Cambodia atau Kemboja. apa yang ada kat Kemboja ni sebenarnya kalau kat Malaysia kita ada tengok filem Filipino ataupun Pangako Sang Yo tapi kalau cerita Kemboja ni …ada tak main dekat TV Malaysia? tapi yang aku biasa dengar Kemboja ialah kedai Runcit Kemboja atau kedai kain  orang Kemboja yang jual baju kurung tu ….pernah sekali kecoh kan pasal mak cik Kemboja macam tulah Kemboja yang familiar di telinga kita

 okey lagi satu kita selalu dengar orang buat korban di Kemboja ataupun wakaf perigi di Kemboja okey tapi bila aku sampai Kemboja  terutamanya di bandar Phnom Penh tak ramai pun orang Islam hanya terdapat dua masjid dan satu masjid tu yang selalu suami aku singgah untuk solat  bila kami singgah makan di kedai Dulang restoran Melayu di Phnom Penh barulah dia cerita yang ada perkampungan Melayu bukanlah perkampungan Melayu, perkampungan Islam di Kemboja tapi jarak dia jauhlah sekitar lapan 7 km macam tu ….okey so sekarang  aku tak tahu nak buat apa kat sini aku tanya kalau nak pergi ke Angkor Wat , jarak dia dalam enam jam perjalanan dan tak ada orang yang pergi sana balik hari kalau nak pergi sana kita kena stay bermalam satu malam di area Angkor Wat baru balik so memang aku takkan pergilah. 

okey jadi kami hanya menghabiskan masa berjalan sekitar  bandar Phnom Penh ni terutama di area hotel kami dengan menaiki tuktuk. Tuk tuk ni kalau korang nak naik ,order aje dengan Grab sebab lebih selamatkan , tak lah adalah risiko kena tipu .






Okey kami stay dekat hotel Yatt baik Mariott Kawan suami aku cakap hotel ni makanan dia halal so aku pun macam happy lah sebab dapat breakfast kan tapi lepas tu masa aku tanyalah dekat dia punya pekerja hotel tu mana makanan yang halal dia tunjuk aku satu three yang  Sebelah dia ada daging babi dan sebelah lagi ada Sosej ayam …pas tu dia kata yang daging babi ni tak halal, Sosej ni halal  nampak tak ?satu penutup satu halal dan satu tak halal ….memang taklah aku nak makan Sosej tu .

so aku ambil kesimpulan  Dia Halal dia tak halal pun sangat pun …tambah dia masak tu satu kitchen kan ….so mungkin periuk yang diguna masak babi tu digunakan pula untuk masak makanan yang dikatakan halal ..
okey tengah aku duduk-duduk makan tu tiba-tiba jumpa dia punya chef namanya pak Udin chef tu daripada Indonesia dia kata dia yang masak dan dia kata memang dia tak campur makanan halal dengan tak halal


 dan dia kata kalau ayam daging tu semua memang ambil daripada Sumber yang halal tapi aku pun ragu-ragu juga sebab orang Indonesia ni kadang-kadang dia punya halal tu tak sama macam kita diorang ada yang makan babi walaupun Islam kan so  

Kesimpulannya kami tak makan pun aku makan salad buah yogurt dan aku ambil daging bef yang dia kata dia memang ambil halal tu tapi kali hari kedua aku makan aku dah rasa  Macam tak best jadi aku tak makan so kalau korang datang ke negara macam Vietnam ,Kemboja  ,Thailand makanan hotel dia memang korang kena hati hati …sebab dia tak sama macam kita kat Malaysia kita boleh makan semua makanan kan  .

Jadi antara yang korang boleh pilih adalah Coffee dia bolehlah minum, telur rebus ,bubur nasi putih tu bubur putih saja tu pun boleh , lepas tu Buah-buahan lah selebihnya tu macam roti pun takut juga sebab dia ada letak macam dia panggil  WHEY yang tu tak halal lah …

ah kita kena jagalah makanan kita ambil sebab makanan yang halal akan mempengaruhi tingkah laku kita doa kita pun sama ada mak atau tidak bergantung kepada apa yang kita makan 



Ni gambar bilik hotel kami.








Ada disediakan buah buahan masa masuk hotel. welcoming lah kiranya..


Aku sampai sini hari jumaat.. isnin aku dh balik dah … aku balik seorang sendiri . Nk amik ank ank di shah alam dulu baru balik melaka. 

 Doakan semoga aku selamat sampai ke Melaka dengan anak anak aku … 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Budaya hijrah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  just nak share tentang satu perkara yang macam agak barulah  jadi trend sekarang..  hari tu kita...