Jumaat, 30 Mei 2025

Dari Melaka Sentral ke Osaka

Kami keluar rumah sekitar 6 petang. Aku sempat singgah sekolah hantar kunci makmal kat jaga sekolah . 
Just nice je kami sampai sana dalam pukul 7 malam.. 7.15 kami dah ada dalam tempat berlepas ..73.0 malam bas tak sampai ..7.45..8.00 malam ..rupanya jam di Pagoh kami …lambat sampai ke Melaka sentral …akhirnya jam 9.15 malam kami bertolak ke Klia 2. 


Kasut skchers aku ni ..tau tau je niat aku nak beli kasut baru kat  Osaka . Adeh!

Kami tiba di Melaka Sentral


Sampai di KLIA terus ke Guardian ..nak beli ubat cucuk hidung orked.. tersumbat pulak … lepas tu kami beli plg extension utk oversea dan kami cari tempat makan… plg senang makan di Old Town White coffee




Sekarang kami sedan lepak lepak je kat food court sekitar jam 4.55am baru berlepas ke osaka…
 

Khamis, 29 Mei 2025

Money exchange

 Susah betul nak cari port tukar duit kat melaka ni.. semua jauh jauh pulak tu nun kat melaka raya..tukaran hari ini antara yang terendah kata nya.. tadi ikut yang di paparkan 1000 yen RM30.50

Tapi kalau dalam wise macam rendah lagi ..1000 yen= rm29.12.. tapi money changer beli rm30.50. Ntahlah pening bab bab duit ni ..

Yang peting duit untuk makan kami 6 beranak dah cukup dah . Homestay pun dah bagi mesej ..rumah kami tingkat 1 katanya. Cara cara nak check in pun dia dh share di message. Baik owner dia siap pinjamkan pocket wifi percuma. Roaming guna umobile baru rm50 seminggu unlimited data okaylah tu.. 

Nak beli simkad jepun ke .. takperlu kot. Setakat ni yang ada hp kami berempat.. iyad dan imran . ihsan dan orked tkde phone. 

Ya Allah debarnya nak bawa anak anak berjalan 
Tolong permudahkan ya Allah … 
Nnt aku share pasal wise card. 
Kat sana boleh je swipe dengan kad wise .. aku letakkan sebagai apple pay

Cuma nak topup kena guna cash rasanya
Sampai kansai baru kita fikir macam
Mana… 


Isnin, 26 Mei 2025

Makin debauu

 Akhirnya beberapa hari lagi kami akan ke Osaka. Dulu aku faham jepun ni jepun lah .. rupanya baru tahu jepun ni ada banyak .. Hokkaido lain , tokyo yang ada gunung Fuji tu lain . osaka ni dalam kansai area.

Mesti nnt ada yang bunyi bunyi kenapa tak g Tokyo … Fuji .. bla bla bla… adoi! Nak jejak kaki ke Jepun satu keluarga ni pun puluh ribu habis, tiket sahaja kami spend sekitar RM10417 ..kalau tak silap aku …utk 6 pax, homestay aku rasa aku dh dapat yang the best utk kemampuan aku dalam Rm2129 utk 6 pax..so flight dan accomodation dah setel. 

Utk pengankutan public transport pula kami kena spend sekitar RM2500 ikut chatGPT…dan last sekali makan . 

Aku baca guna osaka Amazing pass atau shortform nya OAP sebanyak RM 148 per pax dpat cover 40 attraction di OSAKA ..include transportation utk dua hari pass. Hampir RM900 untuk dua hari ni..everything kena darab 6 . Naka masuk USJ pun RM250 kalau darab 6 .. kiralah ..

Aku baru suruh suami add on luggage 20kg .. ssebab nak bawa stok makanan .. kalau kira makan kat luar boleh cecah Rm3500 kita ni kalau boleh nak bajet lah .. cth makan sekali sehari…so breakfast dengan dinner ..masak, tapi dinner bolehlah sekali dua makan diluar ..belum lagi street food dia kan .. shopping sikit sikit .. setakat ni aku takde target nak ke mana .. cuma aku nak cover osaka lah ..pergi yang penting penting.. tapi cover bethol bethol.. naik train …jalan kaki g pasar dia .. as local di kyoto … 

Kami stay di satu homestay sahaja .. pening aku naktukar tukar tarik luggage.. kalau stay lama satu tempat boleh dpat murah sikit..

Korang doakan perjalanan kami dipermudahkan Allah SWT aamin.. 



Ahad, 25 Mei 2025

Tarcor Park , Melaka

 Best tempat ni.. fell dia macam ko g US.. aku tak tahulah tapi macam tulah vibe dia… port makan banyak semua benda yg kita suka … 

Ada uniqlo, ada kedai cadar cadar tu harmony kot.. lupa namanya.. kalau korang dtg melaka wajib jalan ke sini.. dekat klebang tempat ni.. best tau.. tapi panas.. biaslaah dekat laut…Jaya Grocer pun ada kat sini.. cam tempat high ends lah kiranya…

Okaylah. 

Homestay aku still available cuti raya haji ni ya.. 30-6/6/2025…





Sedap gak.. biji biji dia tu…

Seriusss sedap .. air delima campor lemon refreshing gila!



Aku amik sesuap .. manis!




4 days to go

 Sejujurnya Japan tak pernah ada dalam bucket list aku. Tapi bila aku baca di IG banyak yg repeat jepun. Katanya dr nak pergi sekali jadi pergi berkali kali.. so aku nak rasa lah kenapalah kena pergi tu berkali kali..

Org kata seronok pergi Jepun.

Tapi aku silap .. beli tiket Kansai sepatutnya balik ikut Narita ..so dapat cover tokyo sekali.. tapi sayang aku ke kansai sahaja.. cover osaka, Nara , Kyoto dan Kobe. Tanya org yang paling selalu ke Jepun dia cadangkan ke Osaka dulu..

So aku decide cover 3 bandar utama ni.. Kyoto, Osaka dan Nara .. Nara katanya balik hari cukup

Apa menarik di Kyoto ya? 

Arghh! Pening. Dah tanya chat gpt macam macam itinenary lah pulah dia share.


Apapun kami ke klebang semalam nak caru baju di uniqlo. Best betul port baru shopping .

Nnt aku share.

Sabtu, 24 Mei 2025

SPM 2024



Alhamdulillah … selesai fasa anak pertama .. berjaya menamatkan sesi persekolahan sekolah menengah. imran beryaja mendapat 8 A 1B ( 4A+, 2A,2A-,B).. sebagai ibu aku amat berbangga dengan kejayaan i,ram. Pada aku imran sudah buat yang terbaik dalam pelajaran . 

Sekarang tibalah masa utk Imran mengatur langkah masuk ke alam universiti. 

Baru tahu ..kalau kita dulu ada UPU je .. itu pun aku amik 3 PILIHAN je… sekarang ada banyak…

1- matriks setahun. Form 6 setahun setengah, asasi setahun di universiti umum. ( mohon melalui UPU) , selain itu Imran ad juga memohon biasiswa under mara dan Yayasan Angkasawan  Negara . 

Sekarang keputusan form 6 dah dpt, imran dapat tawaran Form  6 dan layak memohon f6 dalam UKM.matrikpun dh dapat di KMK, aliran sains. 

Sekarang dalam dilema nak sambung ke mana ..


 Kita doa sama smaa.

Namun secara jujurnya aku ak share . Kejayaan ni adalah usaha pihak sekolah yang buat pelbagai kelas tambahan dan program kecemerlangan dan mereka satu batch. 

Termasuk imran yang rajin . Aku dan suami hanya boleh beri bantuan dr segi kewangan dan sokongan moral . 

Imran juga usaha keras utk mencapai kejayaan …semakin banyak kita berkorban semangat berjayalah anak anak kita. Jadi kalau org wish ..aku akan lebih menyatakan semua dengan Izin Allah SWT.

Sekarang aku kena berusaha bantu Iyad dan Ihsan . Macam mana nak bantu mereka turut boleh berjaya seperti abang abangnya..

Attitude yang paling penting! 

Nnt kita akan bincang sama sama mcm mana nak bantu anak anak kita. 



Travel

Sebenarnya perkara yg paling penting jika nak travel adalah beli tiket flight. Kalau dh beli tiket flight baru kita boleh rancang step seter...