Khamis, 25 September 2025

Spayslater

 Spay later ni actually mcm kad kredit.

Nak apply pun tak senang jugak. 

Kena naikkan ic depan belakang. Dah mohon kema tunggu sama ada lulus atau tak

Aku rasa kalau korang sejenis yg disiplin boleh je pakai. Sebab banyak benda juga dia bantu

Macam aku .. kalau nak renew roadtax aku pakai spaylater. Harga 700 divide tiga bulan..

Kalai macam ari tu nak bg imran hadiah pun aku pakaispaylater belikan hp ip 13

Nak beli terus .. syg duit

Ada sekali tu aku belikan airpods rm800 beli di kedai apple tp bayar pakai spayslater..

Alhamdulillah hari ni aku benas dr hutang spayslater

Pada aku , korang yg pakai mesti tau .. kemampuan nak byr .. jgn sampai declare muflis. 

Bayarn bulanan hadkan . Sebgai cth RM300 sebulan. Kalau lebih .. stop berbelanja. 

Sebelum aku penah pakai atome. Tp aku prefered spaylater. Cumanya nk beli emas secara ansurans hukumnya haram. Emas brg ribawi. Kena beli cash




Nk transfer pun boleh .. nk cash out aku tak pasti .. 

I get a credit limit of RM9000 with SPayLater, and I have beaten 97% of the Shopee users. Let's find out what is your available limit & enjoy SPayLater responsibly together

 https://shp.ee/bk0y55a

Oklah nnt aku share lg




Ahad, 21 September 2025

16 MINGGU

 aku tak pasti mengandung kali ini adakan paling susah dalam 4 orang anak yg lalu. Tapi mungkin kerana kesibukan menguruskan anak ank kita terlupa utk memikirkan mual mual ni. 

Tapi kandungan kali ini alahnya agak lama .. masuk minggu ke 16masih ada rasa nak muntah .. terutama lepas makan … macam makanan yang masuk tu tak boleh silap sikit .. terus jadi .. tak boleh makan makanan yang pedas, makan nasi semalam, minum teh susu,kopi,milo pun tak boleh .. paling rasaok sikit roti gandum… jadi mmg kalau nak selesa minum air panas suam je .. tu yang baik..

Ni sekarang aku di sekolah ..sebelum ke sekolah minum teh tarik aku jerang atas dapur ..makan roti gendum sapu jem strawberry satu … beli air sirap konon nak minum .sepanjang masa dr aku minum sehinggajam 10.14 ni perut aku bloating .. ni dah mula rasa nak muntah .. first time aku muntah disekolah …tapi tak muntah lagi ..selalu nya berjaya tahan . Tp macam muntah je penyelesaian terbaik bila rasa macam ni … perut tu mmg tak selesa langsung… yang org calap sebu perut ni macam nilah … kadang aku dh putus asa apa nak di makan jangan bagi perut rasa macam ni …

Sendawa pun tak jalan … ada doktor kasik ubat air kapur dan tahan muntah .. tak selesaikan juga.. entahlan ..hadap je … berdoa Allah swt mudahkan sehingga melahirkan anak … benda ni susah nak describe .. org takkan faham.. yg org nampak mengada .. org lain mengandung elok je … ko je teruk ! 

Kalau sesiapa ada petua nak hilangkan mual masa mengandug boleh share ya … nak sgt rasa happy masa pregnant ni .. mungkin ini pengalaman terakhir.. lepas ni kita ikatlah .. tak ak risiko mengandunb lagi… cukup lah .. kesihatan pun penting juga.. umur dah banyak .. banyak risiko mengandung ni …

Tapi bersyukur sebab kesihatan ini sentiasa dipantau.. makan vitamin, jadi lepas ni dh melahirkan pun nak juga jaga kesihatan .. terutama bab makan .. supaya kesihatan terjaga .. jangan ada diabetes, kencing manis, buah pingganb, dan lain lain …

Harap lepas ni lebih kuat melakukan brisk walk . 

Khamis, 18 September 2025

 18/9/2025

Aku kena vertigo. ya Allah ! Sgt sgt takut bila ingat balik. Kepala berpusing. Sekeliling kita berpusing laju.. tutup mata pun masing berpusing . Mual aku ke tandas sampai terberak .. bila dh ok ..aku jalan ke katil .. letakkan kepala pusing lagi … aku solat subuh ..aku sujud… berpusing lagi .. tak sempat beri salam aku termuntah ais berwarna kuning…

Sepanjang pagi aku mula ..takde apa yg keluar hanya angin dan asid … aku tak lalu makan … aku cuba makan biskut kering … dapat makan dua keping ..muntah …. Acid kuning bercampur biskut … ya Alllaj macam mana ni … pagi tu betul betul collapse.. walau pun tak berpusing maisng terasa berpinar pinat … ada jadi trauma nak angkat kepala…

Bila aku dh boleh makan ..aku tidur …. Bangun rasa lapa ..makan lagi dua sudu nasi … tido…lapar bangun makan dua tiga sudu nasi ..paksa telan …

Kepala sakit.. aku rasa lebih baik aku muntah muntah jgn kena vertigo ni ..dasyat … 

Lepas solat zohor ok sikit ..aku paksa diri bangun …

Hari tu anak anak yg tolong masak … bila jadi macam ni aku rasa .susahnya mengandung umur dh banyak ..macam macam jadi ..masa muda tak jadi benda benda macam ni..

Mungkin lain orang tak sama simptonnya.. kali ni aku sangkut GDM kena kencing manis masa mengandung.. bacaan gula lepas minum air gula 8.5 sepatutnya bawah 7.5… semua anak tak kena GDM… nampak nya kena kontrol makan … alhamdulillah ari tu nampak macam uri rendah .. dah naik ke kedudukan sepatutnya… darah tinggi clear .. HB pula mmg tak boleh minum kopi … kalau minum HB tak cantik … skrg aku ambik iberet….

Masih mengharap muntah muntah selesai dan masuk frasa sedap nak makan …. Belum lagi ..masih peringkat silap makan sikit muntah… aku kena pastikan makanan pertama masuk makanan yang elok tak berangin…

Cuti sekolah semua tak kemana ,.ihsan ada mssm dan aku pun tak berapa sihatn… minggu depan dh start sekolah … penatnya Allah sahaja yang tahu …

Semoga segala nya baik baik sahaja .. doakan


Selasa, 9 September 2025

Hadiah Allah SWT

 maha Suci Allah 

Diusia 42 Allah izinkan aku mengandung lagi . Mmg unsangkarable ..tapi itulah aturannya . 

Pada tarikh 19 Julai 2025 paling aku ingat ..aku kena bertugas di MMU teknik menjawab soalan. Masa ni penat sangat ..dan langsung takde selera makan … hari sabtu tu cuma makan seketul karipap zus ..itupun tak habis .. taktahu kenapa takde selera nak makan ..lapar tapi tak boleh masuk … 

Lepas tu penat ..nak tido je…pada 21 Julai ..suami desak jom ke klinik check .. kenapa badan asyik lesu dan takde selera makan .. lepas hantar Orked dan Ihsan tuisyen terus ke klinik amal bukit katil … doktor scan terus bagitau ..” Tiba tiba mengandung … “ hah! Dua dua terkejut … lepas tu doktor bagi dengar bunyi jant7ng baby.. ikut traikh akhir period dah 7 minggu … 

Ya Allah… mmg tak sangka ! Doktor bagi rest dua hari .. dpt MC dan berehat ..

 Maka bermula lah episode muntah muntah… masa ni semua orang tak tahu … kami berua je tahu… 

Masa cuti MC tu aku ke klinik ayer keroh konon nak bukak buku . Tapi dia kata alamat aku kena bukak buku di Bemban . Dan dia kata buka buku selepas 10 minggu ke atas.. 

macam menolak nolak pulak … entahlah ! 

Aku nak describe rasa apa orang mengandung tu. Mungkin aku dh lama tak rasa benda ni ..last mengandung masa tahun 2015 .. beza 10 tahun antara Orked dan baby ni …

Perut ko kerap kembung .. banyak angin ..sebu …nak makan tapi perut berangin … pastu siap ada rasa mual sebab ada gas dalam perut.. kalau tidak aku tahan tahan kan .. jangan muntah ! Tapi aku silap …yg sebnarnya mintahkan je … baru perut ko lega sikit .. tp kejap je leganha lepas tu ko akan rasa kembing balik … terus terang cakap ..perut ko sentiasa bloating .. kembung banyak angin … mmg tak selesa langsung … tengok makanan mmg takde mood nak makan .. ps tu aku bukan morning sickness tapi evening sickness .. pagi tu mcm paling boleh masuk makanan ,..masuk jam 2 prtang dh start … tak de selesa nak makan .. org kata paksa ..ko cakap senang lah … tak kena kat ko ! Kalo ko dh kena baru ko tahu apa yang aku rasa … 

Orang lelaki jangan kata isteri mengada ngada .. percayalah itu mmg betul bukan buat buat … mmg rasa mual , loya ,..menangis lapar tapi takde selera itu benar! Kena banyak sabar . 

Bila macam ni kadangkadang timbul pikiran yang bukan bukan …banyakkan istighfar … dan berdoa pada Allah SWT … dan selalunya aku akan baca kelebihan ibu mengandung untuk kembalikan semangat …

Baca kat sini :  https://my.theasianparent.com/pahala-ibu-hamil Bila ko baca , ko mula tenang .. mengingatkan ganjaran yg Allah swt kurniakan kepada kita . 

Lagi satu nnt aku share proses buat buku pink utk mengandung … apa kena ada dan kena bawa …next post nya. 

GDM MAMA

 takpenah sangkut minum air gula.  di kala umur 42 ./.lepas minum air gula sangkut ! bacaan normal 8.5 mmol/L..bacaan normal adalah 7.8 mmol...