Isnin, 6 Jun 2016

Berjaya Eden Hotel, queensway , London; sebuah review jujur.

Kami check in hotel Berjaya Eden Queensway di London .Here the review ...😘😘😘


english classic.

Cantik kan..

Restoran yg attach ngn hotel ...rasa Malaysia.
Alhamdulillah 4hb kami sampai di London. Kami sampai di station St Pancras amik tube terus ke Queensway. Tukar dua tube.

Jalan sikit kami terus sampai hotel.Naseb mudah nak carik...tak sesusah nak carik the Palace hotel kat Paris..sesat larat. Dan frust rasanya.

Actually hotel ni cam ada kena mengena je ngn berjaya times square..😑😑😑aku agaklah...( mmg pun under berjaya hotel)

Sebelah hotel ni..kira nya boleh tembus dr dlm Restoran Rasa Malaysia. Nampak mewah..tp kami tak makan kat sini pun..kami makan kat Canteen Malaysia Hall ..mmg sedap...sama macam nasi campur kt Malaysia...ada sirap percuma lagi.😙😙😙

Jom lihat gambar sekitar hotel ini. Opps..lupa! Kami dpt harga nya dalam £134 menyamai rm 790 waktu tu untuk dua malam. Hmmmm.kita not bad lah!
Kat malaysia pun hotel mahalkan ..apatah lagi london.hihi..

Ok sambung sikit..pengangkutan dr hotel ni sgt mudah ..bas boleh turun depan hotel je..tp kena kenal bas nombor berapa..hihi ni ada susah sikit..😅😅😅

Nak senang naik tube Queensway...atau tube Bayswater...sebelah sebelah je..tp sumpah! dua dua dekat

Bayswater road banyak sgt kedai makanan halal..termasuk Tuk Tuk...dan Noddle Odle..sedih tak sempat makan kat sini...sob!sob!....cuba buka web Noddles Odle tu ada cop halal pastu ada menu dia nak makan atau take away.

Depan dia ada kedai souvenirs murah £10,  22 pieces fm. Hurmm.oklah...

Area sini banyak kedai arab ..dan ada Pappa Roti.😗😗😗

Ok dh terlajak citer...nah gambar hotel.

rupa hotelnya ....best !superb!

Selfie sikit depan hotel...

Pandangan arah kanan hotel

Pandangan hadapan hotel 

bilik dia...dua katil single...


Ada kettle..coffee..tv ..selesa lah

Bathroom ..

Posing sebelum jalan2

Bunga bunga sekitar hotel...mmg cantik...walaupun summer tp sejuk macam di Cameron tp sejuk lagi..😥😥

 Malaysia Hall tutup...

Jumpa ikan keli sambal kat london.

nasi yg sedap..sambal belacan 50 pence..darab nam 3 hingit malaysia..hai! Ko hado😅😅😅

Rakyat Malaysia yg baik hati macammana nak jalan2 di London.


sepanjang jalan hati pun berbunga bunga 

licin...😅😅

ada sedikit tips..kita selalu booking hotel awal kan ..tp ada kalanya kita booking esok nak check in boleh dapat murah. sebenarnya kami dah book hotel Holiday Inn Excel di area yg agak jauh dari bandar London dengan tujuan nak murah kan .Tapi saat akhir hotel tersebut telah dibatalkan. Maka masa kami berada di Paris lagi dua hari nak ke London baru kami book. lega dapat tengah bandar dah harga lebih murah RM100 dari hotel sebelumnya. Apapun rezeki juga. 

mmg difikirkan duduk hostel murah tapi bila pergi suami isteri mesti kita nak privacy kan ..so ! mmg plan nak duduk dorm dilupakan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...