Rabu, 29 Jun 2016

London; Day 1.

Melancong ke London impian semua orang. Tipulah kalo ko kata ko tak heran / jakun ngn london. Sama macam aku .pergi ke negara yg maju seperti London bagaikan mimpi jadi kenyataan. 
Namun, segalanya tersurat aku pergi ke London selepas abah menghembuskan nafasnya yg terakhir. 😭😭

Setelah berada di Paris satu malam dua hari , kami berangkat ke London dengan menaiki eurostar yg tiketnya kami booking awal 3 bulan.harga nya jauh lebih murah ...berbanding kalau kita beli walk in di sana. Harganya boleh mencecah ratusan pound. Total tiket ke london kami hanya lebih kurang rm856 untuk dua orang return. Selain naik train laju ada bas ..tapi perjalanan agak lama dan kalian boleh ke London dr Paris atau dari Amsterdam terpulang. 
Kami berada di Gare du Nord awal 2 jam sebelum berlepas. Ada pemeriksaan kastam sebelum berlepas.sediakan tiket eurostar yg di cetak dr internet.nnt nak masuk cuma perlu scan bar code  
Perjalanan hanya memakan masa dua jam..dan borak punya borak dah sampai London .Kami sempat melihat ladang gandum yg menghijau ..bukit bukau dan kampung dr Paris ke London. Masa melalui bawah tanah merentasi laut tu kami tak sedar...tau tau dh sampai.
Kami sampai di St Pancras station terus nampam sign patung berpeluk..cari way out / sortie atau keluar. 
Kami ke mesin utk beli ticket oyster kad prabayar utk transport di London merangkumi tube dan bus. 
Harga card £5 satu. Dan kami topup hanya £5. Jadi dengan £5 pound lah kami jalan dan tak cukup. Masa kami naik bus nak balik hotel dr oxford street kami dapat resit yg menyatakan topup kami tak cukup. Hahah....
Nak bagitau ..di London naik bas 3 x kena tolak amount card naik kali ke 4 dan seterusnya adalah percuma. Kalau tube atau train bawah tanah tu £6.50 maximum per day. Lebih dr tu percuma. So kita boleh estimate lah cost pengangkutan kita. Dan tak sangka kami lebih banyak naik bas dr tube. Sebab naik bus dpt tengok permandangan kota London dr tube yg gelap je...
Ok ..sambung ..kami tuju ke hotel di Queensway dekat dengan Bayswater...dan paling best dekat gila dengan Malaysian Hall yg ada cant


Keluar dari eurostar ...baru sampai King Cross Sation ..bau london seh!

Perjalanan Paris ke London 

simbolik..statue lelaki perempuan bercium ...

Dari king cross station kami amik tube ke Queensway untuk ke hotel kami
Inilah station tube Queensway ...depan tu ada signboard yg tunjuk hotel kami Eden Berjaya Hotel.dekat je jalan kaki.dan sebelah kiri station ada Hyde Park ...hyde Park ni mmg luas.tak silap 14 hektar kot. 
So kami aim Hyde Park ni kendian kendian jelah jalan😊😊

Kat sekitar sini pun ada macam2 tempat menarik. Nasib kami merasa jalan semua ..yg kami nak pergi.


Hyde Park belakang tu
Yang belah pokok pokok tu lah Hyde Park. 
Lepas checknin hotel ..kami solat jamak takdim dan kami keluar utk pergi ke malaysia hall.dipendekkan cerita kami ke Primark selepas tu di Oxford Street. 



Curam betul escalator di Tottenham Road ni. Seram kita. Tak lama jalan jumpa Primark.Memang best shopping sini..nak borong kat LV tak mampu ni jelah...kamj beli baju anak yg banyak kat sini sebab mmg murah jeans dalam £7.T shirt £1.40, dress girl £4,£5 mmg murahlah. Dan jugak juga aku capai shawl, rayban dan t shirt. 


Oxford Street

Setelah penat shopping di Primark kami ke Queensway dan beli kebab langsung balik.solat dan tidur. 

Esok baru nak jalan sekitar London.
Target nak ke Big Ben, London Eye, Tower Bridge dan sekitarnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...