Khamis, 29 Februari 2024

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni berjalan ke oversea tiga kali :

- hatyai done

- next trip nak Sapa, Vietnam

- bandung naik panorama train. 

Jadiklah pergi asean country ja.

2025 kita pasang niat nak buat haji. 

Oklah aku book lee Garden plaza Hotel . Satu malam dlm 200 ringgit. Sebenarnya ada je hotel lain yg lebih murah. Rm50 semalam, dua katil queen . Besar kot bilik dia.


Bilik aku ni tak lah besar mana. Cuma bawah tu shopping mall. So kira jadi main attraction lah kat bawah hotel ni. Parking pun senang ada basement . 

Cuma masa nak check in dia minta pasport semua org. Pandai pandai lah korang kalau book hotel lebih dr sepatutnya. 

Jumaat 16 Februari 2024

Kami bertolak dr kl ke perlis. Jauh betul rasanya. 

Kami terus check in di homestay perlis. 

Homestay kami taklah best sgt. Tapi bersih sebab baru je launch homestay ni.

Petang tu kami jumpa kakak aku , dan petang tu juga anak saudara aku bawa kami masuk ke thailand utk kali pertama dan declare kereta sekali

Rumit juga prosesnya. Tp sebba siddiq tolong oklah sikit. 

Just masuk dan singga 7 elevan beli burger. Esok sabtu baru kami sekeluarga akan masuk. 

Sebagai info: nak masuk thailand naik kereta kena ada geran asal pemilik kereta dan pemilik kereta kena pergi utk tanda tangan. 

Kena isi borang dan satu salinan declaration kereta tu kena serahkan pada peg custom thai. 

Satu lagi kita simpan . Bg masa nak keluar. 

Sabtu 17/2/2024

So selepas breakfast kami masuk ke Hatyai. Tak jauh pun dr padang besar. Rezeki kami tak ramai org Malaysia ke padang besar. Kami bergerak sekitar jam 10 dalam jam 12 sampai sebab bawa slow slow je.

Kami tak check in hotel sebab sampai terlalu awal . Kami sampai jalna jalan dulu kemudian naik tuk tuk ke Floating market. 


View bilik kami. 
Floting market masih belum org start niaga sepenuhnya. Baru bukak sgt. Memandangkan kami dh kenyang . So tak lah membeli sgt. 

Kami terus balik ke hotel setelah berjalna jalan di floating market.

Ada insiden sebenarnya. Tp aku malas nak cerita. Benda kuranh seronok . Nnt aku ada mood aku cerita. Cuma pesan anak anak , jgn sentuh barang jualan . Kes anak aku dia sentuh dia picit peniaga tu  mengamuk. Nak bayar dia taknak pasti ungkit macam ni ke perangai muslim. Gaduh pulak dengan suami aku! 

Aduh… aku rasa tak happy bila jadi perkara tu. 

So kami balik bilik solat lepaknlepak .. terus keluar utk makan buffet 299. Kami pergi drive sendiri.


















Homestay kami belakang tu sawah padi


TRX

Pengalaman menjejakkan kaki kali pertama ke TRX Mall. Takde beza dengan mall mall yg lain. 

Pada aku yg paling berbeza trx mall
Ni ada garden .. rooftop garden yg agak luas. 
Dan ada park utk anak anak main. Siap boleh mandi lagi tu kat air pancut. 
Tapi yg paling tak best makanan macam susah je nak cari dlm ni. Dah jumpa zus coffe tu rasa marhaen sgt .. sebab dlm mall tu camnpelin pelik je restoran nya. Paling boleh makan absolute thai . Tp harga mmg mahallah. 
Itu je pilihan yg ada. 
Kalau dtg naik kereta ada laluan khas ke trx ni kat terowong smart

















 So sebagai rakyat malaysia kita berbangga lah ada bangunan kedua tertinggi kut di dunia berada dlm negara kita 

Tp semoden mana negara kita masih ada rakyat kita yg mengemis di negara sendiri.

Tak ada rumah , merempat .. bukan nak salah kan negara . Sebab kalau kita pergi mana mana negara maju mmg ada homeless ni.. kat jepun london pun ada. Oklah. 

Nk sambung cerita pasal trip ke hatyai pulak. 

Isnin, 25 Disember 2023

Sehari ke Muar

Cuti sekolah sudah seminggu berlalu . 
Kami belum bercuti ke mana mana.. kalau nak bercuti pun tiggal beberapa hari sahaja. esok rabu. 
Ahad Imran dah balik ke asrama . sehari awal berbanding hari yang sepatutnya budak budak balik.

so nampaknya kami boleh pergi short trip ke mana mana dalam masa Jumaat, Sabtu  dan Ahad ini.
belum tahu nak jalan jalan ke mana. 
nak kata mandi swimming pool ..hari hari kami mandi swimming pool. nak ke pulau musim tengkujuh .cuaca pun kurang baik hujung tahun ni . 

hari hari mandi swimming pool

so semalam kami decide jalan jalan ke Muar. Asal nya nak makan asam pedas jalan joned . dh sampai jam 3 semua lauk pun habis .kecewa budak budak ni jauh jauh jalan makna ni je kata diorg .
lepas tu kami ke Watex mall yang ada di sana . beli brg dapur sikit .kemudian kami duduk tepi sg muar tu sambil makan takoyaki . 

sebelum balik singgah sabak awor makan ikan bakar.

pemandangan menarik di masjid Sultan Jamek Sultan Ibrahim


dah cat baru sebelum ni warna biru putih

Masjid ini merupakan masjid tertua di Johor dan pembinaannya bermula pada tahun 1925,

disebelah masjid ni ada tempat duduk sambil melayan tengok laut.



masa kami sampai ni dh pukul 6.40 petang . masuk terus duduk kedai no satu .
okaylah makanan dia not bad ,tanya kawan kawan ramai tak recommend kami makan di sini . rata rata bgtau makan di bus stand lagi happening siap ada busking. tapi sebab belum pernah sampai ke sini so kami ke sini . sebenarnya mmg seronok lagi melaka berbanding muar ni ..tak hairanlah ada kawan kawan yang duduk muar bgtau diorg selalu turun melaka . melaka best 
ni terbalik pulak kami ke Muar . 








tengah makan org meja sebelah offer nasi. diorg kata membazir kalau tak makan .so kami amiklah ..kalau tak kami order lima pinggan je nasik .
total makan RM186.
kami order ikan yang sederhana besar, masak dua jenis .satu masak stim dan ikan tiga rasa, pahat masak cili api, kerang 1/2 kilo, ada udang, dan sotong goreng tepung. 

kami sampai rumah solat Isyak dan berehat. 
Esoknya, mak nya masak nasi lemak dan makan tepi pool. 
malas nya nak bersenam di gym .




 

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...