Isnin, 25 Disember 2023

Sehari ke Muar

Cuti sekolah sudah seminggu berlalu . 
Kami belum bercuti ke mana mana.. kalau nak bercuti pun tiggal beberapa hari sahaja. esok rabu. 
Ahad Imran dah balik ke asrama . sehari awal berbanding hari yang sepatutnya budak budak balik.

so nampaknya kami boleh pergi short trip ke mana mana dalam masa Jumaat, Sabtu  dan Ahad ini.
belum tahu nak jalan jalan ke mana. 
nak kata mandi swimming pool ..hari hari kami mandi swimming pool. nak ke pulau musim tengkujuh .cuaca pun kurang baik hujung tahun ni . 

hari hari mandi swimming pool

so semalam kami decide jalan jalan ke Muar. Asal nya nak makan asam pedas jalan joned . dh sampai jam 3 semua lauk pun habis .kecewa budak budak ni jauh jauh jalan makna ni je kata diorg .
lepas tu kami ke Watex mall yang ada di sana . beli brg dapur sikit .kemudian kami duduk tepi sg muar tu sambil makan takoyaki . 

sebelum balik singgah sabak awor makan ikan bakar.

pemandangan menarik di masjid Sultan Jamek Sultan Ibrahim


dah cat baru sebelum ni warna biru putih

Masjid ini merupakan masjid tertua di Johor dan pembinaannya bermula pada tahun 1925,

disebelah masjid ni ada tempat duduk sambil melayan tengok laut.



masa kami sampai ni dh pukul 6.40 petang . masuk terus duduk kedai no satu .
okaylah makanan dia not bad ,tanya kawan kawan ramai tak recommend kami makan di sini . rata rata bgtau makan di bus stand lagi happening siap ada busking. tapi sebab belum pernah sampai ke sini so kami ke sini . sebenarnya mmg seronok lagi melaka berbanding muar ni ..tak hairanlah ada kawan kawan yang duduk muar bgtau diorg selalu turun melaka . melaka best 
ni terbalik pulak kami ke Muar . 








tengah makan org meja sebelah offer nasi. diorg kata membazir kalau tak makan .so kami amiklah ..kalau tak kami order lima pinggan je nasik .
total makan RM186.
kami order ikan yang sederhana besar, masak dua jenis .satu masak stim dan ikan tiga rasa, pahat masak cili api, kerang 1/2 kilo, ada udang, dan sotong goreng tepung. 

kami sampai rumah solat Isyak dan berehat. 
Esoknya, mak nya masak nasi lemak dan makan tepi pool. 
malas nya nak bersenam di gym .




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...