Rabu, 17 Januari 2018

GL untuk Goverment Servant! Penting ke???

***Ini gambar single bed yg mak dpt sebab guna GL. Dan untuk makluman kos bayaran wad inj walau pun first class PERCUMA ya..... dan kos rawatan mak sepanjang di HKL free sebab mak isteri penjawat awam . Abah pencen askar British army. So segala kemudahan pesara kerajaan (tentera) mak dapat. Tak harap anak anak! Cuma nya dpt mak dok first class kalau tak 3rd class itu aja! 

Baca sini : https://www.facebook.com/nur.w.zakaria/posts/10156153585084617



Kakitangan kerajaan yg bekerja utk kerajaan malaysia ni tolong amik berat anda semua layak utk mendapat rawatan secara PERCUMA selagi mana anda berkhidmat dengan kerajaan Malaysia. Kalau anda pencen pun kerajaan still tanggung segala kos anda di hospital KERAJAAN. 

Yang jadi hal bila anda lergi ke hospital swasta or private mmg kena bayar sendiri. 


*Sebelum korang perleceh service Hospital Kerajaan meh aku nak share kos kos yg kena bayar jika tak de GL. Kiranya besar kos yg kerajaan kena tanggung. 


*Ni pekeliling yang mengatakan apa yg kita boleh dpt dengan GL. Tambahan.. katakan lah hopsital kerajaan tak dpt sediakan perkara tersebut hanya ada di swasta. Maka kita boleh dpt treament di hospital swasta dan KERAJAAN akan TANGGUNG. Maksudnya kita boleh claim kemudian. Bayar dahulu. Tapi mesti ada surat sokongan doktor. Selalu nya ini jarang berlaku sebab hospital kerajaan lengkap. Kalau tak, kita ditransfer ke hospital kerajaan yg lain. Contoh incubator. Kerajaan akan support kalau takde kena masuk hospital lain contoh dr Melaka  ke Hospital Muar dan lan lain. Mahal incubator ni. Kalau di swasta satu malam sewa incubator mencecah ratusan ringgit. 

Aku tahu sebab masa Iyad ank no 2 aku nak lahir doktor baru tau siap siap, Hospital Melaka takde incubator so kena transfer ke Hospital Muar . 


*Ini pulak komen komen facebook pasal isu GL ni. Semua pun macam aku tertipu Mati mati ingat kena tolak duit sendiri bila pencen nnt. Itulah... bila takde ilmu ... 




** so nak habaq mai tak besar tara mana lah hang kalo takat  kasik surat GL hingaq macam  hang kena tanggung ribu ribu.. malu ooii! Its free okay! No Cost at ALL!!!! 

Meh ambik GL aku... 

Jangan pandang rendah ek... cer bayangkan admitted kt Institut Pediatrik kena buat operate kos pembedahan boleh mencecah ribuan ringgit malah belasan ribu jika di private hospital tapi kami mendapat percuma utk Iyad. 

Kemudian, bersalin. Kos bersalin mahal sebenarnya. Apatah lagi kalau kena operate. So dengan GL ni percuma. Jadi kena bawa surat GL ni dari majikan masing masing dan sah hanya untuk tempoh 3 bulan. Dulu takde HRMIS mmg kena tunjuk GL tak tunjuk kena bayar. Aku dulu bodoh! Ingat kena bayar gak masa pencen so aku pun tak berapa kisah GL ni... tapi SILAP! Dengan GL mmg percuma dan tak effect langsung bayaran pencen kita takde kena mengena. 


Ni nak tambah lagi kalau ko g hospital kerajaan yg canggih macam Putrajaya, Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya, HUKM pun percuma! Termasuk IJN . Diulangi IJN ok! Kalau tak ko bayar lah semalam beribu ribu.  Wad lagi , consultation doktor lagi, dan lain lain. Kalau kena operate pun kerajaan tanggung ! In case ada benda benda yg tak kerajaan tanggung dia akan cakap pada kau dulu. Mampu tak ko bayar ? Bukan main masuk je.....

So ! Untung sebenarnya kakitangan kerajaan ni... cuma org tak tahan nak  QUENE utk dpt rawatan dengan pakar. Yelah satu Malaysia pergi governments Hospital kot sebab murah berbanding Hospital swasta. Dan sah sah lah kakitangan kerajaan pun pergi hospital kerajaan sebab percuma. 

Aku nak share posting pasal ni dlm fb. Org yg pakar dalam bab persaraan bercakap... 

Adui. Aku ingatkan dah selesai dah hal bodoh ni, rupanya ada lagi yang membuat onar ya.
Final words dari aku: Guna GL time dalam perkhidmatan, TAK DIPOTONG DARI FAEDAH PERSARAAN! Xde relation langsung dua2 perkara ini.
Sape yang buat dakyah ni, mai berdiskusi dengan aku. Kalau sudi la berdiskusi dengan org yang setahun jagung dlm perkhidmatan awam ni, x lama pun aku keje kat Bahagian Pasca, dalam 7 tahun je. Tu pun buat operasi kelulusan persaraan dan pembangunan dasar je.
Yang buat dakyah tu mungkin anggap aku x layak pun berdiskusi dengan diorang sebab diorang lagi hebat agaknya. Xpelah, sekurang kurangnya kalau ada yang nak berdiskusi, aku bukan cakap kosong. Aku akan sandar kepada Akta Pencen 1980, Perintah Am Bab F, Pekeliling Perkhidmatan 4/2003 dan Pekeliling Perkhidmatan 21/2009.
Oh ye: kenapa aku bising dalam fb? Bukan ada kesan pada aku pun? Sebab aku kesian kepada 1.4 juta penjawat awam, 700 000 pesara dan penerima pencen dan pegawai2 yang menuruskan persaraan. X pasal2 kene tipu bodoh2 utk sesetengah pihak punya keuntungan, dan sebilangan penjawat awam x pasal2 kene luang masa menjawab soalan bodoh ni.
Bagi sesetengah orang, benda ni kecik je, x perlu remehkan. Tapi bagi kami yang berkhidmat TIDAK! Beribu panggilan kami terima pasal isu ini dan beribu yang terkena dengan orang yang ingin membuat untung dengan menyebar maklumat palsu.
So this is my effort. Please orang di luar sana, kalau nak jual produk ke ape, silakan. Tapi tolong gunakan fakta yang betul. Jangan nak lepas tangan "saya copy and paste je". Copy and paste ni la yang jadi sebahagian FITNAH. 
So please read, investigate and ask before spreading anything!
untuk lebih kepastian baca pekeliling di bawah ini ..lebih tepat dan sohih.


Terima kasih sudi membaca . 

Contoh lain nak tambah dialisis..mmg banyak pakai duit .sekali dialisis rm250 seminggu dua kali ..kalau sebulan? mmg kos rawat buat pinggang ni besar . Ya Allah ..ujian semua ni ..

jadi samalah kita jaga kesihatan tubuh badan kita 
jg makan, jaga berat badan. exercise dan jaga emosi supaya jgn marah marah dan stress.

sekarang dh ada sistem hrmis. sistem tu kumpulkan maklumat kakitangan awam .so dia boleh trace kita ..tak payah lagi bawak GL. Gl tu Guanrantee Letter. 

apa apa info sila pm sis!

8 ulasan:

  1. Slm klu msuk hspital uia...70% ditggung gov dengn tunjuk gl...blh claim ke kos rwatan...

    BalasPadam
  2. kena check dulu hospital UIA tu gov atau private. kalau gov .penjawat awam tak perlu bayar cukup gunakan GL sahaja.

    BalasPadam
  3. IJN swasta la. Boleh guna GL. tapi tolak nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. IJN is GLC yer... Boleh guna GL.. N semua kos di situ free utk government servet

      Padam
  4. Kalau pensioner gov mcm ayah saya, lepas tunjuk kad pencen, semua rawatan dan prosedur di IJN percuma. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klau pembedahan kat ijn blh pakai gl juga ke?

      Padam
  5. kalo sy kakitangan kerajaan,mak admit ward uia..boleh guna GL?

    BalasPadam

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...