Jumaat, 14 Disember 2012

oh my diet!

sejak akhir akhir ni kenapalah aku ni dah tak semangat nak diet..Ya Allah...walaupun berat masih di tahap selamat namun memang merisaukan tambah pulak dah ade member nak chalenge diet heheh..nama di rahsiakan ..actually baguskan sebab kita akan lebih semangat..oh semangat datanglah padaku ..

tadi makan roti sandwich..erm..sebenarnya dulu ade makan sandwich telur rebus ni kat hotel seri malaysia masa hi tea ..sedapnye..yang pelik rasa initi telur tu sejuk je masuk mulut..hahah...pastu terus ingat jom lah buat bekpes esok sandwich telur rebus ..menu diet lah ni...hikhik....so lepas layan maharaja lawak dalam kul 12 tengah malam aku pun merebuslah telur..tetiba ada satu telur yang pecah..hahah..rebus telur pun fail ! apalagi terus google..


Petua merebus telur yang tak pecah:


1) didihkan air terlebih dahulu..aku tekan air panas coway senang cite


2) Masukkan cuka utk cepat matangkan cuka


3) masukkan garam


4) Rebus 15 minit


5) Jangan rendam telur lama dalam air bila dah masak.Angkat dan biarkan dia di atas penapis..


Perasan tak kalau orang buat telur rebus kenduri orang akan masukkan dalam plastik dan tembukkan lubang pada plastik sebabnya senang nak angkat banyak telur sekaligus dan telur dapat di kuarkan air rebusannya..faham ke ayat aku yang agak tunggang langgang..apepun rujuklah link ini.. http://www.petuatradisional.com/tips/petua-rebus-telur


Then nak share sikit resepi buat sandwich


SANDWICH TELUR REBUS 


4 keping roti putih
1 biji telur-direbus dan di lecek
3 sudu makan mayonis
1/2 sudu lada sulah
garam secukup rasa
daun salad/timun/tomato

Cara-caranya:


Gaul semua bahan iaitu telur,mayonis,lada dan garam.
Sapukan mentega pada roti.
Sapukan adunan telur tadi pada roti.
Susun salad,timun dan tomato.
Tutup dengan sekeping roti.
Akhir sekali,potong bentuk segitiga.

gambar dari petuatradisional.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...