Rabu, 5 Disember 2012

durian crepe


 
 
 
 
 
 

sibuk orang cerita mengenai crepe..termasuk rakan rakan whats app yang menayang crepe memasing hihi..kat melaka ni manalah nak cari crepe bagai ...restaurant yg best pun kuranglah sangat ,tu yang aku sibuk belajar masak dari internet utk rasa makanan yang best best ,,hihi...berbalik pada crepe..kali pertama beli durian tak confident sangat nak buat ..kali kedua beli kuatkan azam buat crepe...alhamdulillah berjaya ! terima kasih kat kak ita yang sudi share resepi durian crepe yang sangat lazat!wallla..

CREPE

40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste

Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis

Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!

~ pengalaman saya buat sendiri kan ..ambik masa ,,jgn terus angkat nnt mentah ..tunggu sampai keliing dia kering ..automatik dia senang diangkat ..percayalah..crepe ni sangat lembut tau...
 resepi seterusnya sila layari blog kak ita sendiri di masam manis...







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...