Sabtu, 2 Februari 2013

Luahan Ayah II

Assalamualaikum adik. Dikesempatan yang ada ini setelah lebih setahun lamanya tidak menyambung penulisan penceritaan sejarah hidup adik, hari ini 3/2/2013 ayah menyambung kembali penulisan sejarah hidup adik. Pada ketika ini usia adik ialah setahun enam bulan. Adik baru sahaja pandai berjalan tepat pada sambutan bulan kelahiran adik yang ke-18. Syukur tidak terkata ayah pada Allah SWT tuhan yang maha berkuasa. Ya...menyambung kembali cerita adik...selepas mengetahui mengenai penundaan pembedahan adik pada keesokan harinya, dengan berat hati ayah terpaksa meninggalkan adik berseorangan pada malam 1 Ramadhan kerana ayah perlu hantar ibu pulang ke rumah opah di Shah Alam untuk berehat dan menjaga diri dalam tempoh berpantang. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, memang tidak sanggup meninggalkan adik bersendirian di hospital. Namun dikuatkan juga semangat. Terima kasih kepada jururawat - jururawat yang menjaga adik dengan baik sepanjang tempoh adik mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Sesampainya di rumah, ibu terus berehat di bilik auntie Mahirah dengan hati dan perasaan gelisah dan tidak tenang memikirkan keadaan adik di hospital. Malam itu selain menguruskan keperluan ibu, ayah juga menyiapkan segala keperluan adik sepanjang tempoh adik berada di hospital. Ibu pula menggigihkan diri cuba mengepam susu badan sebagai persiapan untuk keperluan adik ketika boleh menyusu nanti. Esok 1 Ogos 2011 (Isnin) bersamaan 1 Ramadhan 1432H, seawal mungkin lepas bersahur dalam pukul 5.00 pagi ayah telah bertolak dan sampai di Wad KK9 menanti dengan penuh debaran hari pembedahan adik. Awal ayah sampai. Surau dekat hospital itulah tempat ayah selesaikan solat Subuh. Syukur alhamdulillah ayah dapat letak kenderaan begitu hampir dengan wad adik di Istitut Pediatrik Hospital Besar Kuala Lumpur. Penat menanti,lepas seorang datang lagi seorang doktor yang datang menerangkan prosedur pembedahan dari doktor bedah, doktor medikal, doktor bius sampailah kepada nasihat-nasihat jururawat. Macam-macam lah borang ayah perlu tandatangan sampaikan ayah menjadi bimbang dan ragu terhadap risiko pembedahan yang bakal dijalankan. Berjam-jam lamanya menunggu. Selepas solat Zohor berjemaah di masjid ayah pun berehat dan melelapkan mata sekejap dalam kereta. Maklumlah ayah memang penat yang teramat. Langsung tidak berapa lama selepas itu dalam pukul 2.00 petang, ayah menerima panggilan dari wad KK9 memaklumkan adik sedang dihantar ke bilik pembedahan. Dengan pantas ayah bergegas ke bilik pembedahan yang dimaklumkan berada di bangunan utama pembedahan di HKL. Dekat 20 minit jugalah ayah menapak ke sana. Ketika tiba di lokasi rupa-rupanya bilik pembedahan ialah di Institut Pediatrik di aras satu di bawah wad adik sahaja. Menapak lagilah ayah selama 20 minit. Geram pun ada tapi disimpankan jua dalam hati. Ayah mengisi masa-masa menunggu dengan bersolat hajat memohon supaya Allah SWT memudahkan urusan dan memberi hidayah kepada doktor-doktor yang menjalankan pembedahan adik. Alhamdulillah, akhirnya setelah menunggu lebih 2 jam adik pun selesai dibedah dan dihantar semula ke Wad KK9 untuk rawatan dan pemerhatian rapi. Doktor Mr Yusof rupanya yang mengetuai pasukan pembedahan tersebut. Beliau memaklumkan pembedahan telah berjaya dilakukan. Sekarang peringkat pemerhatian. Adik dimasukkan dadah jenis morfin bagi mengurangkan kesakitan. Sehingga kesan bius hilang dan adik tidak lagi bergantung dengan alat bantu pernafasan, selapas itu baru adik akan dibenarkan menyusu sedikit demi sedikit dengan menggunakan mesin perfusion. Alhamdulillah, syukurnya tidak terhingga atas kejayaan pembedahan tersebut. Terima kasih buat Mr Yusof dan pasukan jurubedahnya yang selesai menjalankan prosedur pembedahan dengan jayanya. Bersambung....

Cerita iyad I

Iyad membawa maksud kekuatan, yang mengukuhkan.. mmg amat sesuai nama iyad dengan orang nya.. iyad anak yang sy special dan hadiah dari Allah.. melihat iyad mendekatkan ibu pada Allah. iyad dilahirkan pada 28 julai 2011.. secara caesar di hospital besar melaka 8.50 malam jumaat bersamaan 27 sya'ban 1433H, itupun setelah dua hari ibu ditahan di wad kerana air ketuban pecah awal tanpa ada apa apa rasa sakit.. no contraction.. ibu jadi berani dan mengatakan pada doctor.."Doktor saya nak baby sy dikeluarkan..lebih baik dia kat luar dari kat dlm.. kita taktahu apa yang berlaku..instinct ibu menyatakan air ketuban semakin sikit dan baby dah kurang bergerak.. " asal doktor taknak, nak hold dulu sebab baby masa tu 34 minggu dan berat scan 1.9kg.. actually we hv no prob with this weight..and bla..bla..bla..tapi bile last doctor scan air ketuban mmg sgt sedikit dan tak cukup utk tampung baby.. so doctor kata ok kita proceed..indius 3 kali bermula pukul 6.30 ptg.. namun bile ctg baby tak cantik.. iibu tak boleh di indiuskan..dan Doctor kata "akak kita operate ye.." there is no answer yes or no.. dengan sekelip mata ibu dah pun ditolak masuk ke OT..hanya sempat mencium tangan ayah ditgh jalan seaktu ditolak ke OT ayah yang kelihatan nervous sebb baru sampai dari jusco beli blanket baru!Waktu tu.. Ibu macam tak dpat pikir apa apa.. cuma teringat kalau ALLAH KATA SELAMAT , SELAMATLAH KALAU TAK ..ALAM DUNIA KU BERAKHIR DI SINI...pertama kali masuk bilik ot..lampu terang benderang ..ibu hanya ditutupi sehelai kain putih yang memang tk menjamin apa apa.. seorang doctor perempuan menyucuk bius di tulang blkg.. "Lembutkan badan jgn melawan ya.." Kemudian tak lama selepas itu separuh badan kebas dan tak mmpu di angkat walaupun seinci.. penglihatan ibu ditutupi dengan dinding yng menghalang proses pngeluaran baby dilakukan..ibu cuba tgk dari lampu di syiling .. namun tak nampak.. tapi disebabkan bius separuh badan jadi ibu sedar apa yang berlaku.. terjadilah borak borak antara ibu dan doctor yang memberi oksigen..Ibu: baby dah keluar ke?Doctor:dah.. akak dapat baby boy..( tapi ibu tk dengar apa apa bunyi tangisan mungkin baby di bawa laju untuk di masukkan ke inkubator)Ibu: oo.. tu dia tgh buat apa..Doctor: jap.. dia tgh keluarkan uri akak..Dalam masa yang sama ibu masih dapat rasa orang menekan nekan perut dan memgosok gosok perut guna kapas. operatian dilakukan sangat cepat dan efisyen..tapi Yang tak syoknya tengah operate operate tu diorang sembang pasal bola.. Ada ke patut.." malaysia dah gol belum..singapore berapa..?Terbit rs syukur baby dah selamat dilahirkan.. tak berapa lama kemudian ibu keluar.. dan diletakkan di kawasan menunggu sehingga pesakit boleh menggerakkan kaki tanda bius semakin berkurangan .. tiba tiba terdengar .. " patient nama jamaliah..?" ibu angkat tangan.. dh macam dlm kelas pulak ..rupanya ayah yang sedang menunggu di cermin kaca sambil memandang ibu.. aah nampak lega bila nampak ibu angkat tangan..hati ibu bagai menjerit tanya " ayah!bby macam mana?.." tapi ayah tak dengar.Dalam sekitar pukul 10 ibu dihantar ke wad..ayah jumpa ibu.." baby ok?" " ok.." kata ayah senyum.. " cukup tak jari kaki semua...?" Ibu tanya . " tak.. " "Hah?" "Lebih.. Baby ada satu extra finger kat sini tunjuk ayah kat sebelah ibu jari tangan.. ibu senyum..so sweet.. tapi ibu tak tahu bby ini ada banyak lagi yang istimewa...sebab ibu belum dapat jumpa baby..ibu kena baring selama 6 jam tanpa boleh bergerak.. dan esok ibu akan jumpa baby..

Luahan ayah I

Ahad, bersamaan 30 Julai 2011 merupakan hari yang sangat penting buat Ayah kerana malam sebelumnya Ayah menerima panggilan telefon daripada nursery Hospital Besar Melaka.Hati Ayah penuh debaran mengenangkan kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh berlaku pada kesihatan anak Ayah yang baru berusia 3 hari pada malam tersebut. Anak Ayah yang lahir 34 minggu melalui pembedahan hanyalah seberat 1.55kg. Betapa gemuruhnya hati Ayah sewaktu diterangkan oleh doktor mengenai pembedahan penting yang perlu dijalani anak Ayah Muhammad Iyad (adik) pada keesokan harinya. Pembedahan untuk membetulkan saluran pemakanan adik yang secara semulajadi bercantum dengan saluran pernafasan yang dikenali dalam istilah perubatannya iaitu Trachea Oseophagus Fistula (TOF). Kejadian yang jarang berlaku iaitu 1 bagi setiap 3500 kelahiran menyukarkan/ tidak membenarkan adik untuk menyusu. Patutlah reyls tiub yang masuk ke dalam saluran perut adik bila dilakukan x-ray, tiub tu sebenarnya tak masuk ke dalam perut tetapi melengkung pula ke atas. Susu ibu yang dimasukkan melalui reyls tiub rupanya masuk ke paru-paru adik menyebabkan berbuih-buih mulut adik. Dahla hidung ditutup dengan oksigen. Semuanya merungsingkan Ayah adik. Memikirkan kebarangkalian buruk yang boleh terjadi, dengan berat hatinya Ayah bersetuju. Doktor minta Ayah datang sebelum jam 8 pagi kerana temujanji pembedahan adik pada jam 10 pagi di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Memang susah ayah nak tido malam tu adik. Seawal 5 pagi ayah dah bangun dan bertolak ke Hospital Besar Melaka. Seusainya solat Subuh di masjid negeri Al-Azim, terus Ayah mendapatkan ibu bagi memaklumkan prosedur pembedahan yang adik akan jalani pagi ini. Untuk pengetahuan, ibu hanya melihat adik buat kali pertama pada keesokan hari iaitu pada hari Jumaat bersamaan 28 Julai 2011. Yalah, ibu terlalu lemah dan tidak bermaya untuk menjenguk adik walau hati terlalu teringin menatap wajah adik.Setelah menerangkan prosedur yang akan dilakukan terhadap adik pada pagi ini, ibu dengan berat hatinya membenarkan. Terus ayah mendapatkan adik di nursery bagi melihat persiapan untuk ke HKL. Sementera menunggu ambulan sampai, ayah terus bergegas ke HKL.Ayah sempat singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak kerana kebetulan memang tangki minyak ayah dah hampir kehabisan. Sewaktu mengisi minyak ayah perasan ada sebuah ambulan lalu dalam keadaan kecemasan dan ayah perasan ambulan tu dari Hospital Besar Melaka. Lagi tak keruanlah ayah dibuatnya. Selesai sahaja mengisi minyak ayah terus bergegas ke HKL dan sampai 5 minit sebelum jam 8.00 pagi. Terus Ayah ke KK9, Institut Pediatrik, HKL dan mendapatkan jururawat yang bertugas. Panik ayah bila tengok adik tiada di situ. Dalam hati ayah berkata-kata " takkanlah adik terus ke bilik pembedahan tanpa merujuk kepada bapanya dahulu?". Selepas itu, ada seorang jururawat mendapatkan ayah dan memaklumkan bahawa adik masih belum sampai lagi. Bukan main lega lagi ayah waktu itu.Akhirnya adik sampai juga ke HKL dalam jam 9.30 pagi. Adik terus di bawa ke KK9 dan terus diperiksa oleh Mr. Mughni pakar bedah Institut Pediatrik, HKL. Beliau terus memaklumkan prosedur yang adik akan jalani pada hari ini. Secara teknikalnya, Mr Mughni telah menerangkan bagaimana saluran makanan yang bersambung ke saluran pernafasan (trachea) adik itu akan dipotong dan disambungkan dengan saluran terpisah yang berhubung dengan bahagian perut adik. Mr. Mughni turut menerangkan implikasi kesan daripada pembedahan tersebut iaitu pertamanya kebarangkalian pembedahan tidak berjaya menyambungkan yang sepatutnya. Maka tiada jalan lain, mereka akan menutup terus saluran tersebut dan memberi adik susu dari saluran yang akan ditebuk terus ke perut adik. Pembedahan akan dibuat semula setelah usia adik meningkat. Kedua, pembedahan berjaya, tetapi risiko saluran menyempit di tempat pembedahan (stricture). Ini memerlukan prosedur dilatation dilakukan bagi mengembangkan semula saluran yang menyempit. Dilatation mungkin perlu dilakukan sekali atau setiap kali saluran didapati menyempit, mungkin sehingga adik besar dilatation perlu dilakukan. Ketiga, kesan dari pembedahan akan menyebabkan paru-paru adik mengalami masalah (secretion) dan mungkin membantutkan perkembangan adik. Panjang lebar penerangan Mr. Mughni adik. Menurutnya lagi, beliau tiada pilihan dan terpaksa jua mendepani risiko yang berkenaan berbanding kesan yang lebih teruk jika pembedahan tidak dapat dijalankan. Mr. Mughni meminta Ayah untuk menunggu di luar sementara mendapatkan kebenaran memasuki bilik pembedahan. Beberapa jam menunggu, Ayah dipanggil sekali lagi. Rupanya, darah ibu yang diambil tempohari untuk tujuan pembedahan adik telah tercemar. Geram sungguh rasanya. Botol darah ibu didapati terbuka semasa dalam perjalanan ke HKL. Cuai betul mereka ni.Mr. Mughni telah meminta ibu datang segera ke HKL bagi mendapatkan darah ibu. Jika tidak dapat hari ini, adik akan menghadapi risiko kerana menangguhkan pembedahan tersebut. Alhamdulillah, nasib baik Wak Azmi dengan Mbah ada di Melaka. Berkat pertolongan mereka maka ibu sampai juga ke HKL. Setelah darah ibu diambil, maka Ayah dan Ibu pun menanti dengan penuh debaran saat-saat adik nak dibawa ke dewan pembedahan. Kebetulan hari itu adalah malam 1 Ramadhan yang pertama adik. Malam yang penuh dengan keberkatan dan barakah.Ayah bawa ibu makan steak di Kg Baru. Maklumlah ibu terlalu lemah dan memerlukan sumber tenaga yang banyak bagi menggantikan darah-darah yang keluar sewaktu melahirkan anak, lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang (baru 4 hari). Malam tu ayah tak pergi mengerjakan solat tarawih kerana mengenangkan adik nak menjalani pembedahan.Tetapi......rupanya pembedahan ditanggungkan ke keesokan harinya.....aduh.Penantian memang suatu yang menyiksakan lebih lagi yang berhubung soal kesihatan adik. Anak Ayah kesayangan. (bersambung)

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...