Sabtu, 2 Februari 2013
Luahan ayah I
Ahad, bersamaan 30 Julai 2011 merupakan hari yang sangat penting buat Ayah kerana malam sebelumnya Ayah menerima panggilan telefon daripada nursery Hospital Besar Melaka.Hati Ayah penuh debaran mengenangkan kemungkinan-kemungkinan buruk yang boleh berlaku pada kesihatan anak Ayah yang baru berusia 3 hari pada malam tersebut. Anak Ayah yang lahir 34 minggu melalui pembedahan hanyalah seberat 1.55kg. Betapa gemuruhnya hati Ayah sewaktu diterangkan oleh doktor mengenai pembedahan penting yang perlu dijalani anak Ayah Muhammad Iyad (adik) pada keesokan harinya. Pembedahan untuk membetulkan saluran pemakanan adik yang secara semulajadi bercantum dengan saluran pernafasan yang dikenali dalam istilah perubatannya iaitu Trachea Oseophagus Fistula (TOF). Kejadian yang jarang berlaku iaitu 1 bagi setiap 3500 kelahiran menyukarkan/ tidak membenarkan adik untuk menyusu. Patutlah reyls tiub yang masuk ke dalam saluran perut adik bila dilakukan x-ray, tiub tu sebenarnya tak masuk ke dalam perut tetapi melengkung pula ke atas. Susu ibu yang dimasukkan melalui reyls tiub rupanya masuk ke paru-paru adik menyebabkan berbuih-buih mulut adik. Dahla hidung ditutup dengan oksigen. Semuanya merungsingkan Ayah adik. Memikirkan kebarangkalian buruk yang boleh terjadi, dengan berat hatinya Ayah bersetuju. Doktor minta Ayah datang sebelum jam 8 pagi kerana temujanji pembedahan adik pada jam 10 pagi di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. Memang susah ayah nak tido malam tu adik. Seawal 5 pagi ayah dah bangun dan bertolak ke Hospital Besar Melaka. Seusainya solat Subuh di masjid negeri Al-Azim, terus Ayah mendapatkan ibu bagi memaklumkan prosedur pembedahan yang adik akan jalani pagi ini. Untuk pengetahuan, ibu hanya melihat adik buat kali pertama pada keesokan hari iaitu pada hari Jumaat bersamaan 28 Julai 2011. Yalah, ibu terlalu lemah dan tidak bermaya untuk menjenguk adik walau hati terlalu teringin menatap wajah adik.Setelah menerangkan prosedur yang akan dilakukan terhadap adik pada pagi ini, ibu dengan berat hatinya membenarkan. Terus ayah mendapatkan adik di nursery bagi melihat persiapan untuk ke HKL. Sementera menunggu ambulan sampai, ayah terus bergegas ke HKL.Ayah sempat singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak kerana kebetulan memang tangki minyak ayah dah hampir kehabisan. Sewaktu mengisi minyak ayah perasan ada sebuah ambulan lalu dalam keadaan kecemasan dan ayah perasan ambulan tu dari Hospital Besar Melaka. Lagi tak keruanlah ayah dibuatnya. Selesai sahaja mengisi minyak ayah terus bergegas ke HKL dan sampai 5 minit sebelum jam 8.00 pagi. Terus Ayah ke KK9, Institut Pediatrik, HKL dan mendapatkan jururawat yang bertugas. Panik ayah bila tengok adik tiada di situ. Dalam hati ayah berkata-kata " takkanlah adik terus ke bilik pembedahan tanpa merujuk kepada bapanya dahulu?". Selepas itu, ada seorang jururawat mendapatkan ayah dan memaklumkan bahawa adik masih belum sampai lagi. Bukan main lega lagi ayah waktu itu.Akhirnya adik sampai juga ke HKL dalam jam 9.30 pagi. Adik terus di bawa ke KK9 dan terus diperiksa oleh Mr. Mughni pakar bedah Institut Pediatrik, HKL. Beliau terus memaklumkan prosedur yang adik akan jalani pada hari ini. Secara teknikalnya, Mr Mughni telah menerangkan bagaimana saluran makanan yang bersambung ke saluran pernafasan (trachea) adik itu akan dipotong dan disambungkan dengan saluran terpisah yang berhubung dengan bahagian perut adik. Mr. Mughni turut menerangkan implikasi kesan daripada pembedahan tersebut iaitu pertamanya kebarangkalian pembedahan tidak berjaya menyambungkan yang sepatutnya. Maka tiada jalan lain, mereka akan menutup terus saluran tersebut dan memberi adik susu dari saluran yang akan ditebuk terus ke perut adik. Pembedahan akan dibuat semula setelah usia adik meningkat. Kedua, pembedahan berjaya, tetapi risiko saluran menyempit di tempat pembedahan (stricture). Ini memerlukan prosedur dilatation dilakukan bagi mengembangkan semula saluran yang menyempit. Dilatation mungkin perlu dilakukan sekali atau setiap kali saluran didapati menyempit, mungkin sehingga adik besar dilatation perlu dilakukan. Ketiga, kesan dari pembedahan akan menyebabkan paru-paru adik mengalami masalah (secretion) dan mungkin membantutkan perkembangan adik. Panjang lebar penerangan Mr. Mughni adik. Menurutnya lagi, beliau tiada pilihan dan terpaksa jua mendepani risiko yang berkenaan berbanding kesan yang lebih teruk jika pembedahan tidak dapat dijalankan. Mr. Mughni meminta Ayah untuk menunggu di luar sementara mendapatkan kebenaran memasuki bilik pembedahan. Beberapa jam menunggu, Ayah dipanggil sekali lagi. Rupanya, darah ibu yang diambil tempohari untuk tujuan pembedahan adik telah tercemar. Geram sungguh rasanya. Botol darah ibu didapati terbuka semasa dalam perjalanan ke HKL. Cuai betul mereka ni.Mr. Mughni telah meminta ibu datang segera ke HKL bagi mendapatkan darah ibu. Jika tidak dapat hari ini, adik akan menghadapi risiko kerana menangguhkan pembedahan tersebut. Alhamdulillah, nasib baik Wak Azmi dengan Mbah ada di Melaka. Berkat pertolongan mereka maka ibu sampai juga ke HKL. Setelah darah ibu diambil, maka Ayah dan Ibu pun menanti dengan penuh debaran saat-saat adik nak dibawa ke dewan pembedahan. Kebetulan hari itu adalah malam 1 Ramadhan yang pertama adik. Malam yang penuh dengan keberkatan dan barakah.Ayah bawa ibu makan steak di Kg Baru. Maklumlah ibu terlalu lemah dan memerlukan sumber tenaga yang banyak bagi menggantikan darah-darah yang keluar sewaktu melahirkan anak, lebih-lebih lagi dalam tempoh berpantang (baru 4 hari). Malam tu ayah tak pergi mengerjakan solat tarawih kerana mengenangkan adik nak menjalani pembedahan.Tetapi......rupanya pembedahan ditanggungkan ke keesokan harinya.....aduh.Penantian memang suatu yang menyiksakan lebih lagi yang berhubung soal kesihatan adik. Anak Ayah kesayangan. (bersambung)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Family Day MozaRoha
14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...
-
okay dah sampai masa aku membebel. ni perihal kelas relief di sekolah . utk korang yang bukan guru mesti tanya apa guru relief tu? oklah ka...
-
OK..apa yang aku nka share ni adalah berdasarkan keputusan peperiksaan SPM yang baru keluar semalam. 5 Mac 2020. ok kita pergi satu pe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan